Doa Mustajab Depan Kaabah | Rezeki menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji dianggap perkara paling menggembirakan setiap umat Islam.
Tidak sabar hendak berada di tanah haram Mekah untuk beribadah sekaligus berdoa sepuas hati di hadapan kaabah.
Selain doa mustajab depan Kaabah, ada beberapa tempat-tempat mustajab berdoa terletak di Mekah dan Madinah iaitu:
- Multazam
- Hijir Ismail
- Rukun Yamani
- Dalam Kaabah
- Belakang Makam Ibrahim
- Saie Safa & Marwah
- Mudzalifah & Mina
- Raudhah (Masjid Nabawi)
Table of Contents
Cara Kirim Doa Orang Ke Mekah
Bagaimanapun tidak semua daripada kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke kota Mekah. Masih belum ada rezeki dari Allah.
Tetapi tumpang seronok melihat kawan-kawan yang dijemput sebagai Duyufurahman (tetamu Allah).
Biasanya sahabat-sahabat yang ke Mekah menawarkan kita untuk kirim doa. Sudah tentu kita tidak melepaskan peluang merebut doa mustajab depan Kaabah.
Bagaimanapun kadangkala kita buntu macam mana sebenarnya cara kirim doa depan Kaabah?
Untuk mengirimkan doa kepada seseorang yang mengerjakan ibadah umrah atau haji, anda boleh mengirimkan melalui beberapa cara seperti:
- Melalui kiriman mesej di WhatsApp
- Mengirim senarai doa yang ditulis di kertas
- Melalui komen di media sosial kenalan yang pergi Mekah
Contoh Doa Mustajab Depan Kaabah
Saya juga pernah doa depan kaabah untuk sahabat-sahabat yang mengirimkan doa ketika mengerjakan ibadah umrah pada November.
Sebenarnya jangan rasa malu kalau menyusahkan mereka pula untuk bacakan semua doa yang kita hajatkan.
Ini kerana orang yang ke Mekah itu sendiri ingin mengumpul pahala membantu orang lain dengan cara membacakan doa mereka di tempat mustajab berdoa.
Baca juga Selawat Ke Atas Nabi
Saya juga pernah keliru macam mana cara nak kirim doa pada orang pergi Mekah, tapi lepas baca tip dan cara betul, memang tak lepaskan peluang mengirim doa pada kawan-kawan yang ke Mekah.
Kalau ada yang tak tahu cara nak kirim doa kepada sahabat yang ke tanah suci Mekah, boleh ikut contoh ayat ini.
“Ya Allah, sahabat aku XXX (nama sahabat) ingin memohon kepada Mu beberapa perkara:
Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosanya, ibu bapanya dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.
Ya Allah, XXX memohon kepada Mu agar Engkau memberikan kesihatan yang sempurna, panjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka dapat menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu.
Ya Allah, XXX memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anak-anaknya, anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan kepada anak anaknya di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, bantulah XXX dalam perniagaan yang dijalankannya. Kurniakanlah dia rezeki yang banyak, halal dan berkat. Jauhkan dia dari rezeki yang haram dan syubhah.
Ya Allah, berilah kekayaan yang melimpah ruah kepada XXX, mudah-mudahan dengan kekayaan itu, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.
Ya Allah, XXX memohon agar Engkau memilih mereka utk pergi menunaikan Haji sebelum mereka berumur 35 tahun.
Ya Allah, inilah hajat yg XXX ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat XXX ni.
Amin Ya Rabbal Alamin.”
Ini sekadar contoh doa yang dikirim. Terpulanglah kepada hajat masing-masing boleh tulis ikut keselesaan sendiri ayat doa tersebut. Yang penting jadikan nama diri sendiri sebagai ganti diri orang ketiga.
Tip Kirim Doa Mustajab Depan Kaabah
- Nak mudahkan orang untuk bacakan doa kita, tulis doa dengan membahasakan diri sendiri guna nama kita. Contohnya nama pengirim Mohd Amir.
- Tulis ayat ikut keselesaan sendiri cuma jadikan diri anda sebagai ganti diri orang yang ketiga untuk mudahkan sahabat yang nak tolong bacakan doa tu.
- Doa biar yang jelas dan straight to the point. Jangan bagi ayat yang panjang sangat.
Baca juga: Cara Zikir Rasulullah SAW
Hukum Kirim Doa Di Mekah
Tentu ada yang musykil apa hukum mengirim doa kepada orang lain yang pergi ke Mekah. Menurut penjelasan daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan ini adalah penjelasannya.
Berdoa di tanah haram tidak dinafikan mempunyai beberapa kelebihan dan keutamaannya yang tertentu. Kami kongsikan kenyataan Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya Lathaif al-Ma’arif (Hlm. 269) yang berkata:
Ketahuilah bahawasanya penggandaan pahala bagi setiap amalan itu berlaku dengan beberapa sebab seperti berikut:
Pertama: Kemuliaan tempat yang dilakukan padanya amalan tersebut, seperti tanah haram. Oleh kerana itulah solat di dalam dua masjid Makkah dan juga Madinah itu dilipatgandakan ganjarannya. Sebagaimana yang telah sabit di dalam sebuah hadis yang sahih daripada Nabi S.A.W baginda bersabda:
صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ – أَوْ كَأَلْفِ صَلاَةٍ – فِيمَا سِوَاهُ مِنَ الْمَسَاجِدِ إِلاَّ أَنْ يَكُونَ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Maksudnya: Solat di dalam masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah lebih baik berbanding 1000 solat – atau menyamai 1000 solat – berbanding masjid-masjid selainnya, kecuali Masjid al-Haram.
Riwayat Muslim (1394)
Justeru, hal ini jelas menunjukkan bahawa ibadah yang dilakukan di tanah haram itu dilipatgandakan ganjaran pahalanya, dan termasuklah dalam perbuatan ibadah itu adalah doa yang dilakukan oleh sesorang itu di dalam tanah haram.
Kami berpendapat bahawa perbuatan meminta orang lain yang terpilih di sisi Allah S.W.T untuk menunaikan ibadah di Tanah Haram agar mendoakan kebaikan kepada kita yang tidak berada di sana, yang lebih makruf di sisi uruf masyarakat kita dengan perbuatan mengirimkan doa, hukumnya adalah dibolehkan.
Kami kongsikan sebuah riwayat daripada Saidina Umar al-Khattab R.A bahawa beliau pernah meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk menunaikan umrah, lalu baginda mengizinkannya dan berkata kepada Umar:
لاَ تَنْسَنَا يَا أُخَىَّ مِنْ دُعَائِكَ
Maksudnya: Jangan lupakan kami wahai saudaraku dari doa kamu.
Riwayat Abu Daud (1498)
Semoga dengan usaha mengirim doa mustajab depan Kaabah dan dibacakan oleh sahabat-sahabat yang direzekikan mengerjakan haji atau umrah di tanah suci Mekah, Allah makbulkan doa-doa yang kita hajati.
Baca sini: Anak Cemerlang Cara Rasulullah SAW
Terima kasih kak infonya.. moga terbentang luas rezeki untuk ke rumahNya.
Sebelum ni memang malu nak kirim doa pada kawan-kawan. mungkin lepas ni boleh kirim doa ikut tip ini.
Takpe sis tak yah malu. In sha Allah org yg dikirim akan simpan doa2 kiriman utk bacaan dia shj sbg amanah drp pengirim
In sha Allah Aamiin
Alhamdullilah, terima kasih utk info ni. Moga diperluaskan rezeki kerana bawak doa kawan2 di depan kaabah
eh! dah pernah komen rupanya.. hihi
Terima kasih diatas infonya….
Terima kasih diatas infonya
Rindunya nak kembali ke Tanah Suci. Rindu nak berdoa depan kaabah…Moga ada rezeki lagi…Aamiin.