Nasi arab merupakan hidangan popular berasal dari negara Timur Tengah. Tetapi menu ini sekarang semakin mendapat tempat di hati ramai masyarakat di Malaysia. Kesedapan rasa aroma rempah ratus nasinya dimakan dengan lauk ayam atau kambing bakar cukup menyelerakan. Hidangan menu ini terkenal digandingkan dengan lauk sama ada kambing atau ayam panggang dimasak dengan rempah ratus terkenal negara asalnya.
Table of Contents
5 Nasi Arab Shah Alam
Di bandaraya Shah Alam terdapat banyak restoran, kedai atau kiosk nasi Arab yang boleh dikunjungi. Boleh dikatakan di setiap seksyen terdapat sekurang-kurangnya satu restoran hidangan popular Timur Tengah ini. Memang tak susahlah orang Shah Alam kalau mengidam nak makan nasi Arab.
Berikut antara senarai restoran nasi Arab sedap pilihan saya di sekitar Shah Alam.
Nasi Arab Aroma Hijrah, TTDI Jaya
Restoran ini sangat terkenal di kalangan peminat nasi Arab bukan sahaja di sekitar kawasan tersebut bahkan dari luar Shah Alam juga.
Ramai kalangan orang yang saya kenali bersetuju menu nasi Arab di sini menepati cita rasa penduduk tempatan. Resepi nasi Arab Mandy sangat saya gemari. Memang ngam dimakan dengan kambing gril dan sup style Arab.
Antara kelebihan Restoran Aroma Hijrah ini iaitu saiznya yang luas dengan dekorasi kemas dan simple menjadi pilihan ramai pengunjung menjadikan ia lokasi gathering sekeluarga atau bersama kawan-kawan.
Portion hidangan mereka juga sangat sesuai jika datang dengan kumpulan yang besar. Memang puas hati makan di sini.
Alamat: 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Selasa – Khamis (11.30 pagi – 3.30 petang, 5.00 petang – 10.00 malam)
Jumaat (11.30 pagi – 1.00 petang, 2.15 petang – 10.00 malam)
Sabtu – Ahad (11.30 pagi – 6.00 petang, 7.45 malam – 10.00 malam)
Isnin (Tutup)
Taiba Food Nasi Arab, Giant Seksyen13
Kiosk ini terletak di dalam pasaraya Giant, Seksyen 13. Pemiliknya berasal dari Syria yang memulakan perniagaan ketika zaman PKP. Pertama kali merasa hidangan nasinya saya terus jatuh cinta sebab rasanya cukup sempurna.
Jika anda mencari nasi Arab murah tapi sedap, singgahlah ke sini. Anda pasti berpuas hati menikmati nasi Kabsa dengan ayam yang dipanggang sempurna. Boleh beli bungkus atau makan sahaja di food court.
Alamat: B38, Giant Hypermarket, Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi – 7.30 malam)
Baca juga: 5 Resepi Ikan Tongkol
Spiced Pumpkin Cafe, Kompleks KPPMS
Kafe yang terletak di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 ini dimiliki oleh pasangan Malaysia dan Palestine yang merealisasikan kisah cinta melalui hidangan makanan.
Pelbagai hidangan menu Timur Tengah ada di sini dan menu nasi Arab sangat sedap rasanya dan membuatkan anda kenyang sepanjang hari.
Dekorasi dan persekitaran restoran yang menarik turut menjadi tarikan ramai pengunjung. Turut disediakan ruang permainan kanak-kanak, membuatkan ibu bapa boleh makan dengan selesa tanpa gangguan.
Alamat: Lot 291, Kompleks KPPMS, 2, Jalan RU 3/9a, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Isnin – Khamis (12.00 tengah hari – 7.00 malam)
Jumaat – Sabtu (12.00 tengah hari – 9.00 malam)
Restoran Zam Zam Seksyen 13
Restoran Zam Zam ditubuhkan sejak tahun 2011 dan awalnya terletak bersebelahan Hotel Concorde, Shah Alam sebelum berpindah lokasi di Seksyen 13.
Ia antara restoran makanan Arab terkenal sejak sekian lama lagi. Antara menu popular mereka ialah nasi Mandy, Kabsah, nasi beriani, Hummus, Kebab dan banyak lagi. Sekiranya anda peminat makanan Arab, memang kena cuba sendiri hidangan di restoran ini.
Alamat: 46, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 11.00 malam)
Restoran Sahara Tent, Plaza Shah Alam
Dari luar lagi sudah terasai vibe restoran Timur Tengah dengan replika unta perhiasan yang diletak di bahagian luar.
Sebaik melangkah pasti terasa seperti berada di negara Arab. Hidangan terkenal mereka adalah nasi Mandy ayam yang sangat juicy dan lembut.
Restoran Sahara Tent ini bukan hanya ada di Malaysia, bahkan ada di luar negara juga, di Auckland dan Hamilton City. Di Malaysia sahaja, ia mempunyai tiga cawangan, iaitu di Bukit Bintang, Ampang dan Shah Alam.
Alamat: No 2 , Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Section 9 Sahara Tent. Lot F.3, 1st Floor Plaza, Plaza Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Isnin – Ahad (10.00 pagi – 11.00 malam)
Sebenarnya ada banyak lagi pilihan restoran atau kedai nasi Arab di Shah Alam tetapi yang disenaraikan ini semuanya yang saya pernah makan dan memenuhi cita rasa. Orang Shah Alam boleh google je nasi arab near me, pasti berderet senarai restoran dan kedai akan keluar.
Bagi yang tidak pernah atau takut hendak mencuba hidangan popular negara Timur Tengah ini, pastikan anda datang dengan perut kosong dan datang sekurang-kurangnya dua orang kerana kuantiti hidangan mereka sangat banyak untuk seorang makan.
Sedapnya makan nasi arab. Menarik untuk dicuba tempat makan nasi arab ni.. tq kak info.