AEON MALL ECO JOURNEY. Dalam dunia yang semakin memberi perhatian kepada isu kelestarian alam sekitar, ramai antara kita mula mencari cara mudah untuk menyumbang kepada eko sistem bumi yang lebih baik. Menariknya, kini aktiviti membeli-belah harian juga boleh menjadi salah satu usaha kecil yang memberi impak besar kepada alam sekitar.
Menerusi kempen AEON MALL Eco Journey 2026, pusat membeli-belah ini mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Kempen ini berlangsung di 27 buah caawangan AEON MALL di seluruh negara dan membawa mesej bahawa setiap pilihan yang kita buat hari ini mampu membentuk masa depan yang lebih lestari.
Table of Contents
Membeli-Belah Sambil Menyokong Kelestarian
AEON MALL Eco Journey bukan sekadar kempen biasa-biasa. Ia merupakan satu inisiatif yang menggalakkan pengunjung membuat pilihan lebih mesra alam melalui pembelian produk lestari, aktiviti pendidikan dan ganjaran eksklusif.
Melalui kerjasama dengan pelbagai jenama terkenal seperti The Body Shop, Starbucks, Bayu Somerset, Mattel dan banyak lagi, pengunjung berpeluang meneroka pelbagai produk dan inisiatif yang menyokong gaya hidup lebih mampan.
Kempen ini membuktikan bahawa langkah ke arah kelestarian tidak semestinya rumit. Kadangkala ia bermula dengan keputusan simple seperti memilih produk yang lebih mesra alam atau mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan negatif kepada persekitaran.
Pengalaman Menarik di AEON MALL Eco Journey Safari
Salah satu tarikan utama kempen tahun ini ialah AEON MALL Eco Journey Safari yang sedang berlangsung di AEON MALL Tebrau City pada 26 Mei hingga 7 June dan AEON MALL Bukit Tinggi pada 2 hingga 14 Jun 2026.

Konsep safari yang interaktif dan mesra keluarga ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan sambil menyampaikan mesej penting tentang penjagaan alam sekitar. Pengunjung boleh meneroka pelbagai karya seni bertemakan ekologi, mengenali produk mesra alam yang ditawarkan pada harga istimewa serta menyertai aktiviti menarik yang membantu membentuk tabiat lebih positif terhadap alam sekitar.
Ia menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sambil mempelajari kepentingan menjaga bumi untuk generasi akan datang.
Ganjaran Eksklusif untuk Pembeli Prihatin Alam Sekitar
Sebagai penghargaan kepada pelanggan yang menyokong kempen ini, AEON MALL turut menawarkan beberapa hadiah eksklusif yang unik dan menarik.
Antaranya ialah Plantable Postcard edisi terhad yang membolehkan pengguna menanam tumbuhan sendiri di rumah. Inisiatif kreatif ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman menghijaukan persekitaran secara mudah dan menyeronokkan.

Selain itu, terdapat juga AEON MALL Toy Story Bath Mat eksklusif yang menggabungkan elemen gaya hidup dan mesej kelestarian. Ganjaran sebegini membuktikan bahawa amalan mesra alam boleh menjadi sesuatu yang praktikal, menarik dan memberi manfaat kepada semua.
Langkah Kecil, Impak Besar
Apa yang menjadikan AEON MALL Eco Journey 2026 istimewa ialah fokusnya terhadap perubahan kecil yang boleh dilakukan oleh setiap individu. Sama ada memilih produk yang lebih lestari, menyertai aktiviti pendidikan atau menyokong jenama yang prihatin terhadap alam sekitar, setiap tindakan mempunyai kesan positif dalam jangka panjang.
Kempen ini menunjukkan bahawa usaha menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab organisasi besar, malah boleh dimulakan oleh setiap daripada kita melalui pilihan harian yang lebih bijak.

Sumbangan Kecil Penuh Bermakna Kepada Alam Sekitar
AEON MALL Eco Journey 2026 membuktikan bahawa membeli-belah dan kelestarian boleh bergerak seiring. Dengan gabungan pendidikan, pengalaman interaktif, peluang membeli-belah mesra alam dan ganjaran menarik, kempen ini menginspirasikan masyarakat untuk mengambil langkah kecil ke arah masa depan yang lebih hijau.
Jadi, jika anda merancang untuk berkunjung ke AEON MALL, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini kerana setiap pembelian bukan sekadar transaksi, tetapi satu langkah ke arah masa depan yang lebih baik untuk kita semua. Bawalah ahli keluarga anda meneroka dan membuat sumbangan kecil tetapi bermakna kepada alam sekitar dan bumi kita.
Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial AEON MALL atau terus singgah ke kaunter Khidmat Pelangan AEON MALL.
- www.aeonmallmy.com
- Facebook: https://aeonmall.my/
- Instagram: aeonmallmalaysia