Tanam Pokok Di AEON: 1,500 Pokok Bakal Hiasi KL Midtown Mall!

Tanam pokok di AEON merupakan komitmen yang diamalkan oleh pusat membeli-belah terkemuka ini sejak sekian lama dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Sempena pembukaan cawangan AEON yang ke-28 di Malaysia, iaitu di KL Midtown Mall, Program AEON Hometown Forest telah berlangsung pada 31 Oktober dengan sangat meriah.

Tanam Pokok Di AEON Libatkan 150 Peserta

Program yang dijalankan seawal jam 9 pagi di hadapan pintu masuk KL Midtown Mall dan foyer hotel Hyatt Regency Kuala Lumpur itu berjaya menghimpunkan kira-kira 150 orang peserta termasuk 30 orang murid dari The Japanese School of Kuala Lumpur (JPS) diikuti ibu bapa masing-masing, Ahli Lembaga Pengarah AEON, komuniti setempat serta warga kerja AEON.

tanam pokok di aeon
Peserta AEON Hometown Forest Programme

Terima kasih kepada pihak pengajur kerana turut menyediakan sarapan pagi satu pek sandwic telur dan keju yang sangat sedap untuk mengisi perut sebelum memulakan program.

Acara dimulakan oleh pengacara memperkenalkan para jemputan dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah AEON dan mengalu-alukan kedatangan semua peserta yang menyokong usaha bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan mesra di sekitar pusat beli-belah baharu itu.

Turut dijemput dua orang kakitangan yang menunjukkan demo mengeluarkan pokok renek dari polybag atau bekas plastik sebelum ditanam di batasan tanaman.

Didik Kanak-Kanak Sayangkan Pokok

Semua peserta terutama kanak-kanak dari JPS begitu teruja dan masing-masing tidak sabar untuk menanam pokok menjadikan suasana pada pagi tersebut sangat meriah. Usaha pihak AEON ini memang patut dipuji kerana berjaya mendidik generasi muda untuk sayang kepada alam sekitar dengan cara menghijaukan persekitaran.

Sebahagian murid sekolah The Japanese School of Kuala Lumpur

Setiap peserta diberikan satu beg yang dilengkapi dengan sepasang sarung tangan, penyodok tanah, sepasang baju hujan dan sebotol air mineral.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan C dan masing-masing mempunyai ketua yang akan membantu sepanjang program penanaman itu. Setiap kumpulan bertanggungjawab untuk menanam pokok di setiap batasan yang dibahagikan kepada 3 kawasan di hadapan foyer hotel Hyatt Regency.

Apabila acara dimulakan, murid-murid sekolah JPS yang masing-masing memakai sepasang sarung tangan tidak kekok untuk menggali lubang kecil dan mengeluarkan pokok renek dari polybag untuk ditanam. Semuanya nampak bersemangat menyelesaikan tugasan tersebut!

Komitmen AEON Terhadap Kelestarian Alam Sekitar

Program penanaman kira-kira 1,500 pokok renek adalah sebahagian daripada usaha landskap pusat beli-belah itu menjelang pembukaannya kepada orang awam pada 5 November 2026.

Sejak sekian lama pusat beli-belah ini sememangnya terkenal sering menganjurkan program tanam pokok di AEON yang akan melibatkan pelajar sekolah dan komuniti setempat di lokasi tersebut.

Inisiatif ini dilakukan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan mesra di sekitar pusat beli-belah baharu itu.

Aktiviti tanam pokok di AEON ini mencerminkan komitmen berterusan AEON terhadap pemuliharaan alam sekitar serta falsafahnya untuk mengejar keamanan dengan pelanggan sebagai titik permulaan, menghormati insan dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Program pada hari tersebut merupakan sebahagian daripada usaha landskap yang lebih besar di seluruh AEON Mall KL Midtown. Kehijauan ini bertujuan untuk menyerikan kawasan sekitar pusat beli-belah serta mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk pengunjung dan komuniti setempat.

AEON Hometown Forest, Usaha Jadikan KL Midtown Lebih Hijau

Selain usaha tanam pokok di AEON, pusat beli-belah ini juga menerapkan elemen kelestarian dalam pembinaan bangunan mereka. AEON Mall KL Midtown sendiri telah diiktiraf menepati ciri-ciri bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold.

Kelayakan tersebut diberikan kerana ia dilengkapi sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan serta kelengkapan penjimatan air. Pusat beli-belah ini turut menampilkan taman linear di atas bumbung seluas 1.5 ekar yang menyediakan ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar.

Tampilkan Konsep Bangunan Mesra Alam

Melalui usaha ini, AEON berhasrat menjadikan tempatnya bukan sekadar lokasi untuk membeli-belah sahaja. Sebaliknya ia turut menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah, dengan menyediakan persekitaran mesra untuk orang ramai berkumpul, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, serta lebih dekat dengan alam semula jadi.

tanam pokok di aeon
AEON Mall KL Midtown

Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown memperkukuh usaha berterusan dalam menyokong kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan penyertaan komuniti dalam membina masa depan yang lebih hijau.

Sebagai salah seorang blogger yang dijemput ke program tersebut, saya berharap usaha kecil yang kami lakukan membantu tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak AEON Mall dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar dan menjadikan jenama mereka terkenal sebagai pusat beli-belah mesra alam secara semula jadi.

Blogger bergambar kenangan bersama Mr. Hidekazu Iwaoka, Deputy Managing Director, AEON CO. (M) Bhd (lima dari kiri) dan bos besar AEON dari Jepun

Baca juga https://nitasawal.com/aeon-mall-eco-journey/

https://nitasawal.com/rancang-nak-hamil/

Leave a Comment

error: Content is protected !!