LaBoheme Made With KITKAT®. Kalau anda peminat coklat dan suka mencuba makanan baharu, ada satu kolaborasi menarik yang mungkin buat anda tak sabar nak singgah ke AEON Delicatessen!
Kali ini, bakeri terkenal LaBoheme tampil dengan koleksi menu baharu hasil kolaborasi bersama jenama coklat KitKat®, AEON Delicatessen dan Coco Cafe. Gabungan pastri kegemaran ramai dengan rasa coklat KitKat® ini memang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi buat mereka yang suka menikmati hidangan manis di waktu petang.
Table of Contents
Menariknya, produk-produk baharu ini juga mendapat perhatian di media sosial, terutamanya di platform Threads. Nampaknya, ramai yang mula tertarik untuk mencuba sendiri menu kolaborasi yang cukup menggoda selera ini!
7 Menu Roti Baharu Hanya Di AEON Delicatessen
Terdapat beberapa pilihan pastri dan minuman berasaskan coklat yang boleh menarik perhatian peminat KitKat®.

Ini 7 menu roti dan pastri terbaharu di LaBoheme AEON:
- Choco Crispy Donut – Donut bersalut coklat dengan taburan rangup dan kepingan KitKat® di atasnya, memang nampak menyelerakan!
- Double Choco Sourdough – Roti berkhasiat yang disalut coklat berkrim KitKat® yang sesuai untuk penggemar coklat.
- Chocolate Wafer Muffin – Muffin dengan topping coklat yang nampak gebu dan menarik.
- Choco Brioche Twist – Roti berinti atau bersalut coklat yang sesuai dijadikan snek ketika lapar.
- Choco Royale Mini Croissant – Pastri croissant berinti coklat dan hiasan kepingan coklat KitKat® yang pasti menggoda selera.
- Choco Burst Kunlaman – Setiap gigitan terasa kemewahan rasa coklatnya.
- Donut Colek Chocolate Wafer – Donut mini yang mudah dimakan dengan coklat cair.
Daripada donut hingga ke croissant, setiap pilihan menawarkan pengalaman menikmati coklat dalam bentuk yang berbeza. Memang sesuai untuk mereka yang suka mencuba pelbagai jenis hidangan manis!
LaBoheme made with KITKAT® Jadi Bualan Di Threads
Apa yang menarik perhatian ialah produk kolaborasi ini turut menjadi bualan di media sosial, khususnya Threads. Trend berkongsi penemuan makanan baharu memang tidak pernah habis, lebih-lebih lagi apabila melibatkan jenama popular seperti KitKat®.
Jadi, kalau anda ternampak perkongsian tentang menu ini ketika scroll Threads, bolehlah masukkan dalam senarai makanan yang perlu dicuba selepas ini.
Sama ada nak beli untuk dinikmati sendiri, dibawa pulang untuk keluarga atau dikongsi bersama rakan pejabat, pilihan pastri dan minuman ini boleh menjadi satu lagi sebab untuk singgah ke AEON Delicatessen.
Ada Sampai Hujung Tahun Sahaja!
Untuk yang berminat nak mencuba, jangan tunggu terlalu lama kerana koleksi produk baharu LaBoheme Made With KitKat® ini hanya ada sampai penghujung tahun 2026.
Berita baiknya, anda boleh membeli roti-roti ini di mana-mana AEON Delicatessen yang berdekatan.
Jadi, kalau kebetulan anda sedang berkunjung ke AEON MALL, apa kata singgah sebentar ke AEON Delicatessen untuk melihat sendiri koleksi kolaborasi istimewa ini.
Majlis Pelancaran Yang Meriah
Bagi menghebahkan menu roti terbaharunya, AEON Delicatessen telah mengadakan majlis pelancaran kolaborasi tersebut di Level 1 AEON Shah Alam pada hari Sabtu 21 November lepas. Selain para jemputan yang terdiri daripada pempengaruh, orang ramai turut berpeluang merasa sendiri menu roti tersebut serta minuman coklat.
Turut diadakan untuk memeriahkan acara pelancaran adalah jualan coklat KitKat® di mana pembeli berpeluang mendapat hadiah percuma sling bag edisi terhad.
Selain daripada itu pembeli yang membuat pembelian coklat bernilai RM25 ke atas berpeluang untuk bermain game yang tersedia di situ.

Jom Cuba Sebelum Terlepas!
Kolaborasi LaBoheme Made With KitKat® ini sememangnya menarik untuk dicuba, terutamanya buat peminat pastri dan coklat. Dengan pilihan menu yang menggabungkan tekstur pastri dan keenakan coklat, bolehlah jadikan ia sebagai pilihan untuk kudapan atau minum petang.
Ingat, produk ini hanya ada sehingga hujung tahun 2026. Jadi, jangan sampai terlepas peluang untuk mencubanya!

Dah nampak menu mana yang paling menarik perhatian anda? Jom singgah ke AEON Delicatessen terdekat dan rasai sendiri keenakan kolaborasi dua jenama terkenal ini!
Baca juga nitasawal.com/tanam-pokok-di-aeon/