Daftar Haji Online 2023 | Sudahkah anda mendaftar untuk menunaikan Haji? Musim haji pada tahun Islam 1444H akan bermula dalam tempoh masa beberapa bulan lagi.
Mengikut kiraan dalam laman web Tabung Haji, wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah 1444H bersamaan 27 Jun 2023 akan bermula dalam tempoh masa 169 hari lagi bermula tarikh hari ini.
Pastikan anda telah mendaftar Haji apabila sudah membuka akaun di Tabung Haji dan telah mencukupi jumlah simpanan minimum yang ditetapkan.
Kalau belum mendaftar dikongsikan cara daftar haji secara online melalui THiJARI atau secara manual di kaunter Tabung Haji (TH).
Table of Contents
KONSEP DAFTAR HAJI TH
TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995. Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Ini bermakna, semua pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.
DAFTAR HAJI BERAPA
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
- Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
- Tidak pernah menunaikan fardu haji.
- Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter TH.
- Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.
DAFTAR HAJI ONLINE 2023
Pendeposit TH sepatutnya sudah pun memuat naik aplikasi THiJARI kerana banyak urusan berkaitan akaun TH boleh dilakukan di hujung jari sahaja.
Sekiranya anda belum mendaftar haji, lakukan langkah daftar haji online 2023 seperti berikut:
- Login ke akaun THiJARI
- Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (seperti gambar di bawah)
- Klik Pendaftaran Haji
- Klik ikon Tambah Pemohon
- Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
- Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
- Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
- Tahun diperuntukan untuk pergi menunaikan haji akan dimaklumkan.
Nak tahu Cara Masak Mee Bandung Muar
DAFTAR HAJI KWSP
Sekiranya pendeposit TH masih belum cukup simpanan RM1300 dalam akaun, anda masih boleh mendaftar Haji menggunakan simpanan KWSP.
- Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
- Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.
- Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
- Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji KWSP, pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.
Baca di sini cara Buka Akaun SSPN Online Untuk Anak
SALURAN PENDAFTARAN LAIN
Selain daripada cara daftar haji online dan KWSP, pendeposit TH juga boleh mendaftar haji melalui cara berikut:
- Kaunter TH dan Kaunter Bergerak TH
- Rakan Strategik TH
- Tabung Haji Contact Centre (THCC) di 03-6207 1919
KOS HAJI
Kos haji merujuk kepada kos-kos langsung pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala kos langsung jemaah PJH / THTS tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH / THTS.
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, bayaran haji bagi musim haji 1443H/2022M untuk Jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:
Kos Haji RM25,540
Bayaran Haji Bagi Seorang Jemaah (RM)
Kumpulan B40 RM10,980
Kumpulan Bukan B40 RM12,980
Penetapan kadar bayaran haji yang bersasar akan memastikan golongan berpendapat paling rendah tidak akan terlalu terbeban dengan kenaikan tersebut, di mana peningkatan kadar bayaran haji dalam kumpulan B40 adalah peningkatan RM1 ribu sahaja atau 10% sahaja selepas 13 tahun tidak berubah.
Bagi Bakal Haji dalam kumpulan bukan B40, peningkatan RM3,000 seorang daripada RM9,980 kepada RM12,980 merupakan peningkatan purata 2.3% setahun dalam tempoh 13 tahun (2009 sehingga 2013).
Bantuan Kewangan Haji untuk kumpulan B40 adalah pada kadar 57% dari kos haji, manakala bagi untuk Bakal Haji dalam kumpulan bukan B40 masih pada kadar 49% dari kos haji tahun semasa.
TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:
- Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
- Kursus-kursus haji,
- Petugas haji kebajikan dan perubatan,
- Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
- Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
- Ubat-ubatan.
PERMOHONAN KELUAR WANG KWSP BAKAL HAJI
Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.
Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Baca Juga: Cara Zikir Diajar Rasulullah SAW
Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Ahli KWSP
- Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
- Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
- Berumur kurang 55 tahun
RAYUAN HAJI ONLINE 2023 (THiJARI)
Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat setiap tahun. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, boleh melakukan langkah-langkah ini:
- Login ke akaun THiJari
- Klik Perkhidmatan Haji
- Klik Rayuan Haji
- Klik Rayuan Permohonan Haji
- Baca Garis Panduan
- Klik ‘Saya Faham’
- Sila Pilih Kategori Rayuan Haji
- Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
- Klik Berikutnya
- Klik Ya/Tidak (Perakuan Istito’ah)
- Klik ‘Hantar’
- Muat Turun Surat Akaun
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Baca juga: Pilih Nama Anak Biar Bawa Makna Baik Jadi Satu Doa
SYARAT HAJI 2023
Menurut kenyataan di Facebook Tabung Haji, permohonan rayuan haji hanya sah pada tahun semasa sahaja. Sehingga kini, rayuan haji 1444H/2023M masih belum dibuka dan tarikh rayuan haji belum ditetapkan.
Sehubungan itu, pendeposit disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan pengesahan berkenaan tarikh rayuan dibuka. Setelah permohonan rayuan haji 1444H/2023M dibuka, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan haji untuk diproses selanjutnya.
Selain dari itu Tabung Haji juga masih menunggu pengesahan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berkenaan syarat umur dan peraturan lain menunaikan haji bagi musim haji 1444H/2023M.
Hebahan akan dilakukan dalam laman media sosial Tabung Haji. Mohon semua pendeposit untuk sentiasa alert dengan hebahan maklumat.
Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji ATAU
Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) talian +603 – 6207 1919. Faks : +603 – 7728 4959. E-mail : th-info@lth.gov.my
Belajar cara buat Resepi Bingka Durian Guna Sukatan Cawan
Senangkan sekarang dah boleh daftar haji online je kat THiJARI.. dulu saya buat kat kaunter. Kebetulan simpan duit terus buat.
Alhamdulillah apa2 pun kena register anak2 juga
Alhamdulillah dah register jgk semuanya
dulu aku bodo ita.. hahahah duit dah cukup min 1.5k tapi tak tau kena daftar . kalau dak sure lama dah aku pi haji hahah. tapi perancangan Allah mesti yang terbaik kan .. redho jelah
In Sha Allah dapat tu panggilan haji tak lama lagi
Alhamdulillah, dah daftar dah cuma gilirannya umur 80an. Tapi kita doa banyak-banyak lah kan. Mana tau rezeki.
samalah kita sis
Sekarang ini mudah dah boleh daftar haji online guna THiJARI.. saya dulu daftar kat kaunter waktu nak simpan duit.. TQ kak infonya.
Hehe tulah kan senang sgt nk buat urusan