Cara Masak Mee Bandung Muar Asli

Cara Masak Mee Bandung | Hidangan mee bandung cukup sinonim dengan negeri Johor khususnya daerah Muar yang dikatakan tempat asal resepi tersebut.

Walaupun berasal dari negeri Johor tetapi menu mee bandung Muar boleh didapati di seluruh negara cuma sesetengah resepi sudah diubah suai mengikut cita rasa sendiri.

Bagaimanapun rasa mee bandung Muar asli sebenarnya terletak pada rasa kuahnya yang pekat, pedas dan manis.

Gabungan udang kering, pes cili, kacang tanah tumbuk serta udang segar dan daging menjadikan rasa mee bandung Muar asli sangat tersendiri. Gabungan rasa pedas dan manis kuah mee Bandung Muar daripada bahan-bahan utama merupakan identitinya menjadikan ia resepi yang asli.

Saya juga ada kongsi resepi Sambal Goreng Jawa Sedap & Senang untuk dibuat.

RESEPI MEE BANDUNG MUAR ASLI

cara masak mee bandung
Bahan-bahan utama kuah mee bandung Muar

Bahan-bahan :

  • 10 – 15 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 280 gram kacang tanah (goreng tanpa minyak kemudian kisar halus)
  • 2 sudu besar udang kering blend
  • 200 gram udang
  • 200 gram daging (dihiris)
  • 3 biji telur
  • 3 – 4 tangkai sawi
  • 2 biji tomato
  • 500 gram mee kuning
  • 500 ml air

CARA MASAK MEE BANDUNG :

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih.
  2. Tumis 8 sudu besar cili kisar guna minyak yang banyak sampai garing tapi jangan hangus.
  3. Masukkan udang kering yang telah direndam dan dikisar. Kacau rata sampai sebati.
  4. Masukkan kacang tanah dan kacau sebati. Ketika ini perlu jaga api jangan kuat sangat sebab mudah hangus.
  5. Masukkan 500ml air.
  6. Masukkan daging sampai empuk.
  7. Masukkan udang.
  8. Tambahkan garam dan gula. Penting untuk mendapatkan rasa pedas dan manis kuah sebab mee bandung Muar punya signature adalah kuah pedas manis.
  9. Pecahkan telur sebiji-sebiji dan jangan kacau. Kalau suka yang kuning separuh masak biar je telur mendidih dalam periuk.
  10. Akhir sekali masukkan tomato yang sudah dipotong enam dan sawi.
  11. Boleh dimakan dengan mee kuning yang sudah dicelur.

Cara masak mee bandung ini sama dengan resepi mee bandung Che Nom kecuali tidak dimasukkan campuran biskut marie seperti dalam resepi Che Nom.

Musim durian cubalah buat Resepi Bingka Durian Guna Sukatan Cawan

KENALI MEE BANDUNG MUAR

Perkataan bandung berasal daripada makna literal perkataan itu dalam bahasa Melayu yang bermaksud campuran, bergabung, berpasangan, berganda. Daerah Muar secara umumnya dikatakan sebagai tempat asal resepi mee bandung tersebut.

Mee bandung ialah masakan yang asalnya dimasak dengan mee kuning digandingkan dengan telur di samping kuah pekat yang diperbuat daripada gabungan udang kering, bawang, cili dan kacang tanah.

Mee bandung Muar resepi adalah gabungan bahan udang segar dan daging menjadikan rasa kuahnya pedas manis yang sangat tersendiri. Itu adalah identiti asli kuah mee bandung Muar, jadi jangan sekali-kali letak sos dalam kuah mee bandung kerana itu sememangnya bukan bahan asli mee bandung.

Nak tahu Petua Sambal Nasi Lemak Sedap & Tahan Lama

LOKASI MEE BANDUNG MUAR SEDAP SEKITAR JOHOR

Sekiranya melawat ke negeri Johor, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba keaslian hidangan mee bandung Muar. Berikut adalah senarai lokasi mee bandung Muar asli yang sedap, simple dan harga berpatutan di sekitar negeri Johor.

  • Selera Rasa Kulai

Jika mencari mee bandung simple yang tidak keterlaluan hidangannya, restoran Selera Rasa Kulai di Arked Mara Kulai ini pasti tidak mengecewakan. Puas hati makan mee bandungnya yang sedap dengan harganya sangat berpatutan iaitu RM8 sepinggan.

  • Kedai Abang Ujong

Salah satu daripada kedai makan klasik yang sudah berusia lebih 30 tahun ini menghidangkan pelbagai menu antara yang popular adalah mee bandung Muar asli. Kedai ini terletak di tepi dewan Kampung Melayu Kluang Johor.

Mee Bandung Abang Ujong
  • Mee Bandung Abang Sayang

Restoran ini nampak biasa sahaja dari luar tapi rasa mee bandungnya yang sedap membuatkan tidak putus menerima kunjungan pelanggan. Mee bandung Muar bandar Maharani ini, menarik kerana berdekatan di tepi Sungai Muar. Pelanggan boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan tepi sungati dan menikmati angin segar.

  • Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Restoran ini sangat terkenal dengan keaslian resepi mee bandungnya turun temurun menggunakan rempah tersendiri sejak tahun 1930 lagi. Kepekatan kuah memang lazat dan kaya dengan rasa udang. Hidangannya penuh dan cukup untuk seorang.

Restoran ini terletak di Jalan Abdullah, Pekan Muar yang turut menjual pes mee bandung yang mudah disediakan sendiri di rumah.

  • Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Antara pelengkap utama hidangan mee bandung adalah udang yang memberikan rasa manis dan bertambah sedap kuahnya. Kalau nak menikmati resepi mee bandung udang galah anda bolehlah mencuba di restoran Mee Bandung Udang Galah Muo Ori yang terletak di Jalan Kesang.

Baca juga Roti Gardenia

Mee Bandung Muar Shah Alam

Jika tidak berpeluang ke Muar, anda masih boleh menikmati mee bandung Shah Alam yang tak kurang sedap sama seperti di daerah asalnya Muar.  Antara mee bandung Shah Alam yang sedap ada di :

  • Kedai Kopi Kebun
cara masak mee bandung
Mee bandung Muar Kedai Kopi Kebun

Café yang terletak di Plaza Shah Alam ini mempunyai menu utama mee bandung Muar. Kepekatan kuahnya dengan hirisan daging yang banyak pasti memuaskan hati peminat mee bandung.

  • Restoran Corner

Restoran yang terletak di deretan kedai di Bukit Jelutong Timur ini sememangnya menggunakan resepi asli dari Muar.

  • Teh Laris Cafe

Kafe yang banyak menghidangkan menu dari Johor ini tidak ketinggalan turut mempunyai hidangan mee bandung yang patut dicuba.

Belajar Buat Resepi Bingka Durian Guna Sukatan Cawan

PERBANDINGAN MEE BANDUNG MUAR DAN MEE REBUS JOHOR

Sekali pandang macam sama je dua jenis menu ini. Bagi orang yang tak biasa dengan menu makanan Johor ini mungkin beranggapan tiada beza antara keduanya.

  • Tetapi sebenarnya ada perbezaan dari segi penyediaan bahan hiasan dan kuahnya. Persamaan antara kedua hidangan mee ini iaitu kuahnya disediakan berasingan dan dituang ke atas mee yang sudah dicelur. Bagaimanapun bahan asas kuahnya berbeza sedikit.
  • Kuah mee rebus wajib ada ubi keledek yang dikisar halus sementara kuah mee bandung pula mesti ada udang kering dan kacang tanah kisar.
  • Apabila dihidangkan, mee rebus dihias dengan hirisan tauhu goreng, telur rebus, hirisan kentang rebus dan sedikit kicap manis.
  • Manakala mee bandung mesti ada udang, hirisan daging, sawi, tomato dan telur yang dimasak separuh masak di dalam kuahnya.

9 thoughts on “Cara Masak Mee Bandung Muar Asli”

Leave a Comment

error: Content is protected !!