Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap & Senang

Resipi Sambal Goreng | Ramai yang suka makan sambal goreng Jawa. Tapi berapa ramai tahu resipi sambal goreng makanan tradisi masyarakat Jawa ni? Biasanya sambal goreng dimakan dengan nasi impit atau nasi biasa. Bila hari raya tak lengkap rasanya kalau takde menu sambal goreng Jawa.

Walaupun namanya sambal goreng tapi rasanya tidaklah pedas sangat. Disebabkan sedap maka eloklah kita belajar masak sendiri. Sebabnya kalau nak beli memang jarang orang jual.

Baca ni: Betul Ke Kajian Kata Makan Sambal Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Resipi sambal goreng Jawa ni diajar oleh mak saya dan memang jadi resipi tradisi turun temurun keluarga. Kiranya kalau hari raya memang semua ternanti-nanti sambal goreng Jawa air tangan mak.


BAHAN MASAK RESIPI SAMBAL GORENG

Cara memasak sambal goreng ini sebenarnya senang sahaja tapi perlu gigih menyediakan bahan-bahannya.

Tapi seriously sebenarnya proses penyediaan untuk masak sambal goreng Jawa ni agak renyah. Sis sendiri pun jarang memasaknya bila mengenangkan kena potong dadu bahan-bahan utamanya dalam kuantiti yang banyak haha.

Antara bahan utama yang sinonim dengan orang Jawa adalah tempe yang menjadikan sambal goreng bertambah kick. Kalau korang nak tahu tempe ni banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan.

Kalau ikut info dalam Mingguan Wanita, tempe adalah sumber protein yang sangat baik. Kandungan nutrisi dalam tempe terbukti lebih berkualiti berbanding kacang soya.

Resipi sambal goreng

Maka sebab itulah kita jadikan ia hidangan di hari raya saja. Kalau hari biasa nak masak pun boleh tapi perlukan kesabaran yang tinggilah untuk buat persediaan. Bagaimanapun cara memasaknya sangatlah senang.

resipi sambal goreng

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan dikisar

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Ikan bilis
  • Belacan

Bahan dihiris

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang merah

Bahan dalam sambal goreng

  • Udang
  • Soohoon (rendam)
  • Tempe (potong bentuk dadu kecil & goreng)
  • Kentang (potong bentuk dadu kecil & goreng)
  • Tauhu (potong bentuk dadu kecil & goreng)
  • Kicap
  • Kicap pekat
  • Air asam jawa

Ini Cara Masak Sambal Goreng Jawa

  1. Mula-mula tumis bahan dikisar sampai garing.
  2. Kemudian masukkan udang yang dah dibuang kulit dan kacau rata.
  3. Masuk cili merah, cili hijau dan bawang merah yang dah dihiris.
  4. Tidak ketinggalan soohoon yang dah lembut direndam.
  5. Masukkan bahan-bahan utama iaitu tempe, kentang, tauhu.
  6. Masukkan air asam.
  7. Bagi menambah rasa masin kita masukkan kicap. Saya guna kicap cap Jalen warna kuning
  8. Untuk tambah warna kehitaman sambal goreng Jawa, bolehlah letak sikit kicap pekat cap Jalen yang botol dia tutup warna purple. Kalau tak nak letak pun tak pe.
  9. Ok dah siap. Senang kan

2 thoughts on “Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap & Senang”

Leave a Comment

error: Content is protected !!