Suntikan Dexa Ibu Mengandung Sakit Sangat

Suntikan Dexa Ibu Mengandung | Sakitnya kena suntikan Dexa masa mengandung tak akan dilupakan sampai bila-bila. Ramai yang berpengalaman ambil suntikan dexa ibu mengandung bagitau kesakitannnya di tahap paling sakit.

Teringat kenangan ketika kena cucuk ubat Dexa sebab masa itu usia kandungan baru 36 minggu tetapi sudah keluar tanda kelahiran iaitu show (keluar darah).

Suntikan kortikosteroid (dexamethasone) atau nama ringkasnya dexa untuk mematangkan paru-paru bayi di dalam kandungan.

Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan.

SUNTIKAN DEXA IBU MENGANDUNG

Kortikosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu yang dijangka melahirkan bayi pramatang atau tidak cukup bulan

Suntikan Dexa ibu mengandung ini amat penting untuk ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi pramatang atau tak cukup bulan. Suntian Dexa bertujuan untuk mematangkan paru-paru bayi di dalam kandungan in case dia lahir tak cukup bulan.

Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

Baca juga Prasekolah

Selepas minggu ke-37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan tersebut paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi. Jadinya walaupun lagi sehari je nak genap 37 minggu, aku tetap kena cucuk Dexa.

CUCUK DEXA DI BAHAGIAN MANA

Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada paha, lengan atau pada punggung. Ia diberikan melalui dua dos atau ada yang diberikan sebanyak empat dos dalam tempoh 24 – 48 jam.

Ubat ini telah digunakan sejak bertahun lamanya bagi membantu meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan.

Selain itu, ia dapat mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan disebabkan paru-paru bayi masih tidak matang, pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius atau masalah pada salur pencernaan.

CUCUK DEXA BERAPA KALI

Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone.

Sebagai contoh ibu mengandung mengambil dos yang pertama di hospital pada jam 8 pagi, maka dos yang kedua perlu diambil sekitar jam 8 malam.

Suntikan kortikosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama

Baca juga Nama Anak Lelaki

KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN DEXA

Suntikan Dexa ini akan bermanfaat selepas 24 jam bermula suntikan yang pertama hingga hari yang ke-7. Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.

Maksudnya tiada kesan sampingan kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan kecuali sakit yang teramat sekali dirasakan oleh ibu.

SUNTIKAN DEXA SAKITKAH?

Bagi ibu mengandung yang tak pernah melalui pengalaman ini memang tak tahu bagaimana rasanya kena cucuk Dexa.

Tetapi kalau soalan ini ditanya di media sosial, ramai ibu mengandung yang pernah ambil suntikan Dexa mengakui ia paling sakit. Bagi aku yang pertama kali kena masa nak bersalinkan anak ketiga, memang sakit sangat suntikan Dexa ni.

Bila ubat Dexa tu mengalir masuk dalam badan, sakitnya rasa tak tau nak cakap. Bukan sakit jarum yang dicucuk tapi rupanya ubat tu memang menyakitkan bila dia mengalir dalam darah kita.

Kandungan Dexa ini memang pekat dan tidak boleh disuntik sekaligus kepada pesakit. Ia perlu disuntik secara perlahan-lahan sekitar 2 minit.

Jadi barulah ibu-ibu tidak akan merasakan kesakitan seperti yang dirasakan bila disuntik sekaligus. Kalau tidak punyalah terkejut dengan rasa sakit tu sampai terkeluar air mata. Rasa macam nak tumbuk je doktor yang cucuk tu.

Solusi Rawat Kulit Ekzema Anak

5 KATEGORI PENERIMA SUNTIKAN DEXA

Ibu dinasihatkan menerima suntikan ini jika ada potensi untuk melahirkan bayi pramatang sebelum 35 minggu kehamilan termasuklah kategori berikut:

  • Ibu sedang mengalami kontraksi pramatang
  • Air ketuban sudah pecah walaupun tiada kontraksi
  • Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim.
  • Ibu mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia.
  • Jika ibu akan menjalani pembedahan caesarean elektif sebelum minggu ke-39 disarankan menerima suntikan Dexa

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

2 thoughts on “Suntikan Dexa Ibu Mengandung Sakit Sangat”

Leave a Comment

error: Content is protected !!