Solusi rawat kulit ekzema anak sentiasa menjadi keutamaan ibu-ibu yang ada anak mempunyai masalah tersebut.
Bergelar ibu bukannya mudah tetapi ia bukan juga satu beban. Nikmat jadi ibu hanya yang melalui sahaja tahu.
Bila sudah mempunyai anak sendiri barulah kita faham perasaan ibu kita dulu. Sentiasa sahaja risaukan keadaan anaknya.
Masa tu kita tak faham dan kadangkala rasa rimas bila ibu seolah-olah terlalu mengongkong kita.
Ibu Cari Solusi Rawat Masalah Kulit Anak
Rupanya risau ibu bertempat, walaupun kadangkala raut wajah ibu nampak garang bila bebelkan si anak tapi sebenarnya dia risaukan keadaan buah hatinya.
Apatah lagi kalau anak yang dikandung selama sembilan bulan dan bertarung nyawa melahirkannya mempunyai masalah kesihatan.
Ibu sedaya upaya menyembunyikan kedukaan di sebalik wajah cerianya membesarkan si anak.
Namun jauh di sudut hati ibu terpendam sebuah kerisauan melihat keadaan anak yang tidak seperti anak orang lain.
Bayangkanlah anaknya yang masih kecil terpaksa menanggung kesakitan masalah kulit yang teruk. Jika boleh, seorang ibu sanggup menukar kesakitan si anak kepada dirinya. Sebab itu seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha mencari solusi rawat kulit ekzema anak.
Biar dia yang tanggung sakit tetapi bukan anak. Setiap kali si kecil menangis kesakitan, setiap kali itu juga ibu menangis dalam hati.
Dia cuba menunjukkan wajah kuat di depan anak tetapi dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Ini Solusi Rawat Kulit Ekzema Anak
Sudah bermacam jenis rawatan dilakukan, pantang orang bagi cadangan tempat rawatan, ibu sanggup bawa anak dapatkan rawatan tersebut.
Soal wang ringgit tolak ke tepi kerana ia boleh dicari tapi kesihatan anak sukar digalang ganti. Solusi rawat kulit ekzema anak menjadi keutamaan ibu bapa yang ada anak mempunyai masalah penyakit kulit ekzema.
Dengan izin Allah setelah puas mencuba pelbagai jenis ubat, ikhtiar pemakanan dan tak putus-putus berdoa, akhirnya doa ibu dimakbulkan.
Penyakit kulit anak perlahan-lahan menunjukkan kesembuhan dengan solusi rawat kulit ekzema. Walaupun tidak secara drastik penyembuhannya tetapi proses perubahan yang positif itu melegakan ibu.
Semuanya asbab ibu mencuba minum susu Rizqi Mamadil. Setelah beberapa kotak minum susu ini.
Dengan izinNya sakit kulit yang anak tanggung semakin berkurangan. Sebenarnya ia salah satu ikhtiar yang dilakukan dan dikurniakan kesembuhan dariNya.
Baca juga Bio Essense Rose Gold Water
Kebaikan Minum Susu
Kita sedia maklum susu adalah minuman yang baik untuk kesihatan badan bahkan ia turut menjadi minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW.
Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW minum susu. Antaranya riwayat daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
Maksudnya : “Makcikku pernah memberi hadiah kepada Nabi SAW daging dhob, keju dan susu. Kemudian daging dhob tersebut diletakkan di atas hidangan baginda. Kalaulah daging dhob itu haram, ia tidak akan diletakkan (di situ). Baginda meminum susu dan memakan keju.” [HR al-Bukhari (5402)]
Ramai pakar kesihatan dan pemakanan telah melakukan kajian dan menunjukkan bahawa susu sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan badan manusia.
Dikatakan susu berasal daripada mamalia yang mempunyai kelenjar susu iaitu manusia, lembu, kambing, unta, biri-biri dan kerbau dan mempunyai kandungan laktosa, lemak dan protein yang lebih kurang sama.
Antara kandungan nutrisi paling popular terdapat dalam susu ialah kalsium yang bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.
Selain itu nutrisi seperti Vitamin D, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi mampu membantu mengawal tekanan darah serta mencantikkan rambut dan kulit, menguatkan imunisasi badan, melancarkan proses penghadaman dan memberikan tumbesaran yang sihat.
Susu Rizqi, Solusi Rawat Kulit Ekzema?
Ternyata minum susu itu salah satu amalan sunnah Rasulullah SAW dan sebagai umatnya kita patut mencontohi amalan tersebut dari kecil sampai dewasa.
Susu Rizqi sememangnya pilihan yang tepat kerana ia sesuai diminum untuk bayi berusia 6 bulan ke atas sehingga dewasa dan sangat tepat menjadi solusi rawat kulit ekzema.
Bagaimanapun untuk bayi 6 bulan ke atas, sebaiknya ibu yang menyusukannya minum Susu Rizqi untuk kesan yang lebih efektif.
Sebelum kita menghuraikan khasiat yang ada di dalam Susu Rizqi, sebaiknya kita memahami terlebih dahulu apa kandungan dalam susu ini.
Susu Rizqi diperbuat daripada pemakanan sunnah iaitu :
- susu kambing
- habbatus sauda
- ekstrak kurma
- kismis
- madu
- ekstrak buah zaitun.
Susu Kambing
Susu kambing terkenal dengan khasiatnya seperti kandungan laktosa yang rendah. Kaya dengan protein, enzim, vitamin dan mineral yang sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Madu
Kita sedia maklum, madu adalah makanan sunnah yang kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi yang baik untuk sistem pertahanan badan. Bahkan ia juga mampu memberi tenaga dan kecerdasan minda.
Habbatus Sauda
Ia juga dikenali sebagai jintan hitam yang terkenal mempunyai khasiat perubatan. Sesiapa yang mengamalkan makan habbatus sauda dikatakan boleh menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga.
Habbatus sauda juga boleh menjadi makanan penggalak susu ibu jika ibu menyusu mengamalkan pengambilannya.
Ekstrak Kurma
Kurma antara makanan sunnah yang sangat baik dan mengandungi glukosa semula jadi yang menyediakan tenaga segera kepada tubuh badan, kaya dengan mineral semula jadi antaranya zat besi, kalsium dan magnesium yang membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal.
Ekstrak Kismis
Khasiatnya terkenal khusus untuk kecerdasan minda. Vitamin dan mineral yang terdapat dalam kismis membantu meningkatkan daya tumpuan dan kecerdasan memori.
Madu
Madu adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi yang bukan sahaja memberi tenaga dan kecerdasan minda malah menjadikan kulit halus dan licin.
Ekstrak Buah Zaitun
Buah zaitun kaya dengan protein, zat besi, vitamin dan mineral.
Ternyata kandungan utama yang ada dalam Susu Rizqi iaitu 6 jenis makanan sunnah membekalkan khasiat terbaik untuk tubuh badan mereka yang meminumnya secara konsisten terutama oleh kanak-kanak yang aktif, ibu hamil, ibu menyusu dan orang dewasa yang sentiasa bergerak aktif dan memerlukan tenaga yang banyak.
Kesan Positif Lepas Minum Susu Rizqi
Rata-rata testimoni yang telah mengamalkan Susu Rizqi sebagai minuman harian mendapati banyak khasiat yang mereka nikmati. Ternyata ia benar-benar berkesan sebagai solusi rawat kulit ekzema.
Antara perubahan jelas yang diperoleh selepas minum susu yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan halal ini adalah:
- Perubahan pada kulit
Kesihatan kulit menjadi lebih bersih dan berseri.
Susu Rizqi yang juga telah dianugerahkan Asia Pacific Super Health Brand 2018/2019 tidak mempunyai kandungan kolagen tambahan, sangat sesuai untuk semua orang seawal usia 6 bulan dan ke atas.
Bahkan kandungan susu kambing dalam Susu Rizqi langsung tiada sebarang bau kurang menyenangkan dan sedap diminum turut disarankan kepada mereka yang ada masalah dermatologi sama ada jangkitan kulit, kulit terbakar atau sesetengah masalah kulit yang tidak kronik.
Kandungan protein kasein A2 dan Alpha Hydroxy Acids (AHA) dipercayai membantu melembapkan, mencerahkan dan menetapkan warna kulit wajah dan badan yang tak sekata.
Susu Rizqi adalah susu kambing yang diimport 100% dari Belanda didapati dalam tiga perisa iaitu vanila yang rasanya seperti ais krim, coklat dan strawberi.
Cara pengambilannya juga cukup mudah, cuma campurkan 1 sachet dengan 150ml air suam panas atau sejuk, dah boleh minum. Anda disarankan minum 1 sachet pagi atau malam tetapi boleh juga diambil 2 kali sehari jika mahu.
eh.. susu rizqi ni bawah mamadil kan … kakak2 aku wey.. kulit elook
lahh kau tk tau ke susu rizqi ni lah produk mamadil haha