Tips Pam Susu Ibu | Kenapa tips pam susu ibu di ofis dengan pantas & banyak penting untuk ibu-ibu menyusu tahu? Bagaimana hendak menjadi ibu menyusu bekerja yang berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun?
Ibu menyusu yang bekerja wajib kuasai tips pam susu ibu yang betul semasa di ofis dengan pantas dan efektif.
Tugas pam susu ibu di ofis bagi ibu menyusu yang bekerja bukanlah satu perkara yang mudah tau. Teringat kisah diri sendiri yang sangat gigih dan komited mengepam susu ketika waktu bekerja.
Jangan tak percaya, sambil sis buat kerja di work station sendiri sambil pam susu tapi guna nursing cover. Semuanya demi nak capai KPI kena pam susu sehari at least 3 sesi di ofis hahaha kelakar pulak bila teringat kenangan tu.
Teringat kisah sis pernah ditegur oleh seorang teman sepejabat yang sama lebih kurang tarikh bersalinnya dengan sis masa tengah pam susu di surau ofis masa tu.
Dia bertanya berapa kali pam susu sehari. Sis kata tiga kali di ofis dan dua kali di rumah. Wah terkejut dia sebab katanya dia hanya mengepam sekali saja. Wah saya pula terkejut.
Tips pam susu ibu
Kata kawan saya lagi, dia pam tak tentu masa. Saya apa lagi terus ‘menurunkan’ ilmu pentingnya konsisten dengan masa mengepam kita untuk membolehkan susu terus dikeluarkan oleh kilang pengeluaran.
Kalau ikut jadual konsisten yang ibu-ibu bekerja kena berdisiplin, sehari kena pam 5 kali semasa di ofis. Wah, mampu ke kita ibu-ibu bekerja semua? Dengan meeting, dateline, discussion lagi.
Sebenarnya ilmu tu pun saya baru tahu masa sibuk mengumpul stok susu ibu waktu berpantang hari itu. Hihihi dah anak ketiga baru nak tahu. Takpelah biar lambat daripada tak tau langsung. Jadi dengan semangat ‘sharing is caring’ saya pun dengan panjang lebar menerangkan ilmu itu kepada kawan saya.
Tak sangka pulak dia bersemangat balik hendak pam ikut sistem masa yang konsisten. Hihihi kan bagus macam tu. Tiba-tiba seorang kawan yang sedang mengandung yang ada di surau tu terus bersemangat hendak jadikan saya mentor penyusuannya nanti. Aikk… akak pun sikit je ilmu dik. tapi takpe apa salahnya kita sama-sama bagi semangat kan.
Alhamdulilah berkat usaha gigih dan doa tanpa henti setakat detik ini susu saya cukup untuk si kecik. Saya memang berniat sejak awal mengandung lagi untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada anak ketiga saya ni.
Bila orang tanya “banyak dapat susu?” setiap kali lepas mengepam, saya jawab “Alhamdulilah cukup untuk bekalan anak saya”. Saya ada banyak cerita susah senang sepanjang empat bulan hendak menyusukan anak secara eksklusif dan akan terus berusaha menyusukannya sehingga usia dua tahun InshaAllah.
Susu Ibu Demand vs Supply
Sebenarnya susu saya tak banyak melimpah ruah macam sesetengah orang tapi saya percaya pada pentingnya formula ‘demand’ & ‘supply’ dalam bab penyusuan. Maka sebab itulah saya kena rajin mengepam. Lagi satu yang peningnya kita kena tahu tips pam susu yang betul.
Tapi terpaksa berhenti setakat ini malam ni sebab sambil menaip sambil berperang dengan Aina Najla yang sedang menyusu. Dia sekarang tak reti diam kalau tengah menyusu terutama kakinya yang asyik nak menyepak je.
Nanti saya kongsikan lagi cerita kumpul stok susu ibu di lain hari ya. Doakan perjalanan penyusuan saya dipermudahkan Allah SWT.
As a result, ni hasil perahan malam ni, sambil pam sambil BF Aina. Tandem nursing namanya…Alhamdulillah
long tail keywords
tips pam susu badan
tips pam susu
pam susu terbaik untuk ibu bekerja
cara pam susu ibu yang betul
cara pam susu badan manual
pam susu manual
jadual pam susu dalam pantang
jadual pam susu ibu bekerja
berapa lama pam susu badan
pam susu elektrik di farmasi
- mula dengan urutan
Lakukan urutan awal bermula dari bahagian ketiak.
Gunakan jari dari tangan yang bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara. Lakukan berulang kali.Kemudian, anda juga perlu buat urutan dari dada hingga ke Areola. Lakukan urutan yang sama juga pada payudara di sebelah. Jangan lupa, setiap aktiviti hendaklah dimulakan dengan basmalah.
Buat rutin harian
2.Buat rutin harian yang sama
- Pam dengan kerap
- Mulakan awal pagi
- Lakukan tandem pumping
- Minum air secukupnya
- Pam di work station
- Buat power pumping
- makan makanan penggalak susu
10.Jangan skip mengepam
Waahh masa ni aiman kecil kan
Hello I am so delighted I found your blog, I really found you by mistake, while I was looking on Aol for something else, Regardless I am here now and would just like to say kudos for a incredible post and a all round entertaining blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse it all at the minute but I have book-marked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the fantastic job.