22 Senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) 2023 – TH

Senarai Pengelola Jemaah Haji | Musim haji 1444/2023, akan bermula pada bulan Zulhijjah/Jun akan datang.

Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H/2023.

Pemilihan PJH dibuat secara tahunan dan menurut TH pemilihan ini bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi serta berwibawa dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji negara.

SENARAI PENGELOLA JEMAAH HAJI 2023

Senarai berikut adalah 23 agensi pelancongan (22 syarikat pelancongan tempatan dan 1 anak syarikat TH) yang diberi Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi musim haji 1444H/2023 untuk rujukan pembaca terutamanya bakal haji:

  1. TH TRAVEL & SERVICES Sdn Bhd.
  2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS Sdn Bhd.
  3. ALIF TRAVEL & TOURS Sdn Bhd
  4. AL BALAD TRAVEL & TOURS Sdn Bhd
  5. BATUTA TRAVEL & TOURS Sdn Bhd
  6. C.S. HOLIDAYS Sdn Bhd
  7. CITRA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  8. EIMAN TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  9. EMRAZ TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  10. FELDA TRAVEL Sdn. Bhd.
  11. GEMILANG TRAVEL AND TOURS Sdn. Bhd.
  12. JAD TRAVEL & TOURS (M) Sdn. Bhd.
  13. JUARA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  14. MIMM TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  16. RAYHAR TRAVELS Sdn. Bhd.
  17. TM TOURS & TRAVEL Sdn. Bhd.
  18. TRI-D TRAVEL & TOURS Sdn Bhd.
  19. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS Sdn. Bhd.
  20. WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS Sdn. Bhd.
  21. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN Sdn. Bhd.
  22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
  23. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.

Kebenaran dan pengeluaran Lesen PJH ini adalah tertakluk kepada pengumuman/keputusan rasmi oleh Kerajaan Arab Saudi dan/atau Kerajaan Malaysia berhubung pelaksanaan haji oleh Jemaah Haji Malaysia bagi Musim Haji 1442H.

Oleh yang demikian, THTS/PJH ini tidak boleh menerbitkan sebarang iklan perkhidmatan pengelolaan haji dan tidak boleh mengambil bayaran deposit dari bakal haji atau apa-apa bayaran berkaitan perkhidmatan pengelolaan haji dan pakej haji sehingga TH memaklumkan boleh berbuat demikian.

Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang mengiklankan, menawarkan atau mengelola perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995.

Baca Cara Kirim Doa Mustajab Depan Kaabah kepada bakal jemaah haji 1444H /2023.

KELEBIHAN PAKEJ HAJI PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH)

Ini sebabnya kenapa bakal haji perlu memilih PJH:

  • Menerima lesen daripada TH atas kelayakan.
  • Rekod perkhidmatan yang baik.
  • Dikawal selia oleh TH
  • Prestasi perkhidmatan dinilai oleh TH

MANFAAT IBADAH HAJI MELALUI PAKEJ HAJI SWASTA 2023

syarikat pengelola jemaah haji

Ada pelbagai manfaat yang bakal dinikmati oleh jemaah haji yang memilih pakej haji swasta 2023.

  • Perkhidmatan Mutawif 24 jam disediakan
  • Pembimbing berpengalaman.
  • Kelas intensif haji dan pengajian umum sebagai persediaan Jemaah haji menunaikan haji.
  • Fadilat Manasik. Kemuncak manasik bermula pada hari Tarwiyyah (8 Zulhijjah) hingga Nafar Thani (13 Zulhijjah).
  • Nisbah Petugas. Penyediaan nisbah petugas yang bersesuaian dengan jumlah haji yang dikawal selia.

KELEBIHAN PERKHIDMATAN PAKEJ PENGELOLA JEMAAH HAJI

Setiap Jemaah haji yang memilih perkhidmatan pakej PJH Tabung Haji 2023 berpeluang menikmati kelebihan berikut:

  • Pilihan hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang.
  • Jarak hotel berhampiran Masjidilharam & Masjid Nabawi.
  • Menikmati tiga kali sehari sajian secara buffet di hotel penginapan.
  • Mendapat bimbingan dalam kumpulan kecil di Tanah Suci.
  • Masya’ir. Nilai tambah pada khemah.
  • Nisbah petugas membantu Jemaah haji lebih ramai.
CARA TUNAI HAJI DENGAN PAKEJ HAJI SWASTA
senarai pengelola jemaah haji

Sekiranya ada yang hendak menunaikan ibadah haji dengan memilih pakej haji swasta, anda perlu buat 5 langkah berikut:

  • Perlu daftar haji dengan TH.
  • Terima tawaran tunai haji.
  • Mendapatkan brosur pakej haji dari agensi pelancongan berlesen dengan TH.
  • Membuat pilihan syarikat Pengelola Jemaah Haji yang berdaftar dengan TH.
  • Membuat pilihan pakej mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Pastikan berkongsi maklumat mengenai senarai syarikatn PJH dengan ibu bapa atau saudara mara yang tidak tahu mendapatkan info secara online.

Sekurang-kurangnya kita dapat membantu lebih ramai lagi daripada menjadi mangsa penipuan scammer haji yang saban tahun pasti ada menjadi mangsa.

2 thoughts on “22 Senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) 2023 – TH”

Leave a Comment

error: Content is protected !!