5 Cara Simpan Emas Pergi Haji Dan Umrah

Simpan Emas Pergi Haji | Semua tahu keuntungan simpan emas untuk jangka masa panjang. Misi simpan emas pergi haji dan umrah juga boleh jadi faktor penggalak untuk konsisten simpan emas. Sebenarnya tak susah pun nak buat simpanan emas. Dengan serendah RM100 korang sebenarnya dah boleh ada simpanan emas. Lagi best kita boleh simpan emas secara online sahaja.

Simpan emas dalam Islam juga ada disebut Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 75 yang bermaksud:

“Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

Tapi bila dah cukup jumlah emas yang wajib kena zakat iaitu 85 gram, jangan lupa untuk mengeluarkan zakat emas ya.

Baca cara Daftar Haji Online 2023 supaya tak terlambat dapat panggilan bila dah cukup simpan emas pergi haji korang tu.

CARA SIMPAN EMAS PERGI HAJI

Masih belum terlambat untuk memulakan misi simpan emas tunai haji dan umrah. Ini cara simpan emas untuk menunaikan haji dan umrah yang anda perlu tahu.

  • Beli emas RM100 setiap bulan

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang tak banyak bajet untuk beli dinar atau bar emas dalam jumlah yang banyak.

Walaupun nampak sedikit nilai emas yang disimpan tetapi percayalah cara ini kalau buat konsisten, dalam masa tak sampai 10 tahun, impian korang nak ke tanah suci Mekah pasti tercapai.

Public Gold sediakan kaedah mudah untuk kita membeli emas tanpa perlu modal yang besar. Kaedah itu ialah beli emas melalui akaun emas GAP (Gold Accumulation Program).

  • Simpan emas 1 Gram sebulan

Ini juga salah satu cara mudah tetapi perlu konsisten setiap bulan. Bagaimanapun harga 1 gram emas akan berbeza setiap masa bergantung pada harga emas semasa.

Tetapi jika korang konsisten, dalam masa lebih kurang 4 tahun, pasti boleh pergi menunaikan umrah dan haji. Apabila ditukarkan dengan nilai bayaran untuk haji dan umrah, ia sangat mencukupi!

  • Beli emas fizikal

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ada bajet lebih. Tak perlu bersusah payah ke kedai emas untuk membeli emas fizikal.

Anda hanya perlu membuka akaun Public Gold sahaja. Selepas itu anda boleh urus sendiri cara membeli emas mengikut bajet yang dimiliki.

Korang boleh pilih sama ada nak beli emas fizikal dinar atau bar. Semuanya bergantung kepada bajet sendiri.

Yang bestnya juga, korang boleh beli secara bayar terus (kalau ada duit lebih) atau boleh buat secara ansuran mengikut shariah atau EPP (Easy Payment Purchase).

  • Beli perhiasan emas sebagai aset

Golongan wanita sudah tentu menyukai barang kemas sebagai perhiasan. Walaupun diakui emas perhiasan 916 mempunyai susut nilai berbanding emas 999 tetapi ia tetap boleh dijadikan simpanan.

Dibandingkan dengan simpanan wang, barang kemas tetap mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang. Biasanya mak-mak kita zaman dulu suka membeli barang kemas sebagai salah satu cara simpanan duit untuk pergi haji dan umrah.

  • Duit kutu beli emas

Selain membeli emas setiap bulan untuk dijadikan simpanan pergi umrah dan haji, anda juga boleh menggunakan teknik duit kutu. Cara ini dilihat sangat berkesan dan boleh menjana lebih banyak simpanan emas setiap bulan.

Sebagai contoh, jika satu kepala RM100 sebulan dan ahlinya seramai 20 orang, jadi anda akan mendapatkan duit kutu sebanyak RM2,000 kan? Jadi, dalam masa 2 tahun, pasti anda sudah memiliki simpanan emas sekitar 6.5gram.

Baca juga Sedekah Subuh

KELEBIHAN SIMPAN EMAS PERGI HAJI

Kalau kos tersebut terus meningkat saban tahun tetapi wang simpanan kita tetap sama setiap bulan, jadi sampai bila kita nak cukupkan simpanan tunai haji dan umrah?

Perbezaan kos haji jika dibandingkan dalam tunai dengan emas dari tahun ke tahun memang patut kita buat perancangan simpan emas pergi haji dan umrah.

Kos haji diukur dalam RM, makin lama makin mahal. Kos haji diukur dalam gram emas, makin lama makin murah.

simpan emas pergi haji

Simpanan emas merupakan simpanan yang nilainya lebih terjamin. Ini kerana duit yang disimpan dalam bank hanya terjamin dari sudut nombornya.

Tetapi simpanan emas terjamin dari sudut nilainya dalam jangka panjang. Memang tak dinafikan emas tetap ada risiko turun naik harga.

Tetapi duit yang kita simpan sekain lama tidak berusik dalam bank pun turut sama ada kesan naik turun nilainya.

Walaupun nombor pada duit masih sama (kekal) tetapi hakikatnya nilai duit tersebut semakin merosot disebabkan inflasi.

Kalau RM10,000 hari ini kita simpan, kuasa belinya sudah pasti tak sama pada 10 tahun akan datang. Kuasa beli duit mengecil disebabkan inflasi.

Baca juga artikel menarik ini

Doa Mustajab Depan Kaabah

RAHSIA EMAS SEBAGAI SIMPANAN MENGUNTUNGKAN

Masih belum terlambat untuk memulakan misi simpan emas pergi haji dan umrah. Jadi, sebaiknya mulakan simpan emas pergi haji dan umrah korang sekarang.

Saya bagi contoh kiraan kalau kita simpan emas untuk pergi haji. Contohnya kita guna duit simpanan sebanyak RM6,000 dari Tabung Haji untuk beli emas sebanyak 21.74 gram pada bulan Februari 2023.

Itu adalah nilai yang kita pegang mengikut tarikh tersebut tak termasuk yang kita tambah bulanan secara gram atau RM100 dalam akaun emas kita.

Katakanlah lagi 4 tahun harga emas akan naik dua kali ganda menjadi 552/gram. Kita keluarkan dan jual (RM552 x 21.74 gram) = RM12,000. Ini jumlah wang yang kita bakal peroleh hasil jualan emas yang menjadi simpanan selama 4 tahun.

Tetapi kalau duit tabung haji hanya kita biarkan sahaja dalam akaun sebanyak RM6000 sahaja, selepas 4 tahun wang kita hanya bertambah lebih kurang RM7019 sahaja selepas ditambah nilai dividen yang diperoleh setiap tahun.

Jadi, nampakkan betapa beruntungnya kalau kita konsisten membuat simpanan emas yang tidak pernah akan merugikan dalam tempoh masa yang panjang.

TIP MUDAH MENABUNG EMAS

  1. Daftar akaun GAP Public Gold secara online.
  2. Menabung secara konsisten minima RM100 bila-bila masa tanpa komitmen.
  3. Lebihan 1 gram – arahkan sistem pos berinsuran hantar emas ke alamat anda. Baki 1 gram biarkan dalam akaun untuk akaun kekal aktif.
  4. Selalu belek emas fizikal yang disimpan sebagai pembakar semangat untuk terus menyimpan emas.

Tanpa sedar sedikit-sedikit simpanan emas korang boleh melebihi setahun gaji. Tak susah sebenarnya. Emas itu sendiri sangat bernilai, tak mungkin akan murah.

Sekarang kos mengerjakan haji sekitar 37 gram. Jadi kita fokus cukupkan gram. Apabila dah cukup jadikan ia sebagai dana menunaikan haji.

Baca juga : https://nitasawa.com/senarai-pengelola-jemaah-haji

KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS?

  1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
  • Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
  • Emas tidak boleh dibinasakan.
  • Tahan lasak.
  • Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
  • Ia sukar diperoleh.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz

Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

4. Aset yang terunggul

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Ternyata memang simpan emas merupakan pelaburan selamat dan menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Baca ni juga Buah tangan untuk orang meninggal

3 thoughts on “5 Cara Simpan Emas Pergi Haji Dan Umrah”

Leave a Comment

error: Content is protected !!