Harga Braces Murah | Buat yang sedang mencari-cari klinik gigi yang tawarkan harga braces murah, korang boleh cuba buat di Pusat Pergigian, Fakulti Pergigian UiTM, Sg Buloh. Selain klinik pergigian kerajaan (KKM) yang boleh bagi harga murah, Pusat Pergigian UiTM pun menawarkan harga braces murah berbanding di klinik swasta.
Yang penting sekali kena pergi daftar dahulu di Pusat Pergigian UiTM di Sg Buloh atau boleh juga ke Klinik Pergigian Jasmine, Puncak Perdana Shah Alam.
Table of Contents
Harga Braces Murah Di Pusat Pergigian UiTM
Pusat Pergigian UiTM, Fakulti Pergigian menawarkan rawatan pergigian di premis mereka. Bagaimanapun korang kena faham yang Pusat Pergigian UiTM adalah premis latihan klinikal untuk para pelajar Fakulti Pergigian UiTM.
Jadi mungkin proses rawatan yang pernah dilalui sebelum ini berbeza dengan UiTM. Bagaimanapun, jangan risau sebab pelajar Fakulti Pergigian UiTM semua dipantau secara berterusan untuk memastikan kualiti yang terbaik.
Proses mendapatkan rawatan
- Pendaftaran
Datang secara ‘walk-in’ ke klinik mengikut jadual ini. Caj pendaftaran adalah RM10.
- Pemeriksaan Awal (Saringan) – ‘walk-in’
Selepas mendaftar, pesakit baru akan menjalani pemeriksaan pergigian (saringan) di Klinik Rawatan Primer (Sapphire). Selepas itu akan dirujuk ke klinik yang berkenaan secara temujanji.
- Rawatan (Temujanji)
Anda akan diberitahu masa dan tarikh temujanji selepas mendapt pemeriksaan. Bergantung kepada keperluan dan kes anda. Pelajar atau pakar akan merawat masalah pergigian korang.
Jadual Waktu Perkhidmatan
Sebelum pergi membuat janji temu pastikan anda periksa dulu waktu operasi mereka.
Hari | Masa |
Isnin – Khamis | 8 pagi – 12 tengah hari/ 2-4 petang |
Jumaat | 8 – 11 pagi |
Sabtu, Ahad & Cuti umum | Tutup |
Klinik Gigi Braces Murah
Bagi yang pertama kali nak datang buat rawatan di Pusat Pergigian UiTM, korang kena buat langkah ini dulu ya.
- Bawa dokumen pengenalan yang sah (Kad pengenalan atau passport (dengan visa yang sah).
- Senarai ubatan anda jika ada.
- Bawa rekod kesihatan yang penting jika ada.
Yang bestnya buat rawatan di sini, kita akan diperiksa oleh pegawai pergigian secara mendalam lebih daripada apa yang kita minta.
Tapi bila buat rawatan pergigian dan nak rebut harga braces murah di Pusat Pergigian UiTM ni korang kena bersabar sebab ambil masa sikit untuk tunggu giliran.
Maklumlah pusat pergigian yang bagi harga berpatutan jadi permintaan tinggi kecuali kes kecemasan.
Baca ni juga Persatuan Suri rumah Malaysia
Klinik Pergigian Jasmine Perdana UiTM
Selain buat temujanji di Pusat Pergigian UiTM, Sg Buloh kita boleh juga pergi ke Klinik Pergigian Jasmine Perdana yang terletak di Puncak Perdana.
Ia merupakan sebuah klinik di bawah pengurusan Fakuliti Pergigian UiTM untuk warga kampus dan masyarakat sekitarnya.
Prosesnya sama sahaja macam pertama kali datang ke Pusat Pergigian UiTM cuma untuk kes-kes yang agak kritikal, pesakit akan dirujuk ke PP UiTM Sg Buloh untuk pemantauan ketat oleh doktor Pakar Ortodontik.
Pengalaman Dapat Harga Braces Murah
Aku pernah tanya harga pakai braces di klinik swasta. Biasanya harga total bagi klinik swasta antara RM7,000 hingga RM10,000. Memang mahal kan!
Tapi jangan risau kerana biasanya klinik swasta mengenakan caj bayaran secara ansuran. Biasanya kita kena bayar deposit antara RM1,500 hingga RM2,000 (bergantung kepada klinik) dan baki perlu dibayar secara ansuran setiap bulan mengikut caj klinik masing-masing.
Disebabkan kos rawatan untuk pakai braces anak aku mencecah RM10,000 di klinik swasta, jadinya itu yang survey di Pusat Pergigian UiTM. Ini journey anak aku pakai braces di Pusat Pergigian UiTM.
- Mula-mula daftar di Klinik Pergigian Jasmine, Puncak Perdana.
- Lepas dua minggu dia call suruh datang untuk pemeriksaan.
- Doktor pelatih akan membuat pemeriksaan x-ray untuk periksa masalah gigi pesakit.
- Melakukan cabutan gigi dan doktor pakar ortondotik dapati ada gigi tambahan di bahagian lelangit. Jadi kena buat pembedahan membuang Supernumerary tooth tersebut dan 4 batang gigi lain di Hospital UiTM, Sg Buloh pada Ogos 2017. Duduk wad 3 hari 2 malam.
- Deposit untuk pemasangan pertama braces pada September 2017.
- Pemeriksaan bulanan bermula November 2017 hingga September 2018.
- Pemasangan retainer dan cabut braces pada Februari 2021.
Pemakaian braces anak aku mengambil masa hampir empat tahun disebabkan PKP, jadi jadual temu janji dan rawatan susulan terpaksa diubah.
JENIS RAWATAN | HARGA |
1. Pembedahan cabut gigi | RM339.60 |
2. Deposit pakai braces | RM1000 |
3. Ansuran bulanan (RM100 x 10 bulan) | RM1000 |
4. Retainer tetap | RM400 |
5. Retainer bonded | RM500 |
6. Lain-lain | RM610 |
Jumlah | RM3849.60 |
Klinik Gigi Buat Braces
Sebenarnya ada 3 tempat yang diiktiraf untuk pasang braces iaitu:
- Klink Pergigian Kerajaan (KKM)
- Klinik Pergigian swasta
- Klinik Pergigian semi kerajaan (Hospital UiTM)
Ada perbezaan antara ketiga-tiga pilihan tersebut tau. Jom semak lebih lanjut tentang braces atau pendakap gigi dan ketahui harga anggaran yang ditawarkan di klinik-klinik tersebut
Apakah Braces Atau Pendakap Gigi?
Braces atau pendakap gigi adalah alat ortodontik yang digunakan untuk memperbaiki kedudukan gigi yang tidak teratur atau mempunyai masalah gigi yang lain, seperti gigi yang saling bergeser, gigi yang bergeser atau gigi yang berjarak terlalu lebar.
Braces terdiri daripada plat-plat khas yang dipasang di atas gigi untuk memperbaiki kedudukan gigi secara bertahap.
Pendakap gigi dapat terbuat dari berbagai jenis bahan, seperti logam, plastik atau keramik. Pilihan bahan yang tepat akan ditentukan oleh keperluan individu dan saranan doktor gigi atau Pakar Ortodontik.
Braces perlu dipasang dalam tempoh antara beberapa bulan atau mungkin bertahun bergantung kepada tahap masalah gigi yang dihadapi.
Selama tempoh pemakaian braces, pesakit mesti mengikut segala arahan doktor gigi dan menjaga kebersihan gigi dan mulut dengan baik untuk mencegah masalah kesihatan gigi yang lain.
Baca : 10 Pemutih Gigi Terbaik
Harga Braces Terkini 2023
- Harga Braces Gigi Klinik Kerajaan
Klinik pergigian kerajaan menawarkan harga serendah RM500 untuk pemasangan braces. Anda hanya perlu menambah sekitar RM100 atau RM200 sahaja untuk rawatan tambahan jika berlaku sebarang kekangan.
Subsidi yang diberikan kerajaan sangat membantu kos rawatan perubatan pergigian di Malaysia. Harga di setiap klinik kerajaan juga adalah sama sahaja.
Anda hanya perlu membuat temujanji dan menunggu dengan penuh sabar untuk rawatan anda.
Walaupun murah, namun tidak semua pesakit akan mendapatkan rawatan ini. Biasanya klinik kerajaan akan mengutamakan pesakit berusia 18 tahun ke bawah.
Untuk pesakit 18 tahun ke atas, mereka akan ditapis terlebih dahulu.
Jika anda lepas saringan, nama anda anda masuk ke dalam senarai menunggu. Jadi, anda perlulah tunggu sehingga giliran anda.
2. Harga Braces Gigi Klinik swasta
Untuk klinik swasta, ada beberapa perkara yang korang perlu tahu dan fikir sebelum ambil keputusan untuk buat braces. Korang kena tahu beberapa harga dalam rawatan pemakaian braces supaya tidak terkejut.
- Deposit
Kebanyakan klinik swasta memang mengenakan bayaran deposit. Bisanya deposit perlu dibayar pada hari pertama pemasangan braces.
Bayaran deposit yang dikenakan adalah antara RM1,000 hingga RM2,000 bergantung pada klinik tersebut.
Pastikan sebelum buat keputusan memakai braces, korang dah survey dulu tentang bayaran deposit.
- Jumlah keseluruhan braces
Harga jumlah keseluruhan braces adalah berbeza-beza bergantung juga kepada jenis braces.
Harga keseluruhan braces bagi klinik swasta biasanya berharga antara RM 5,000 hingga RM 10,000.
- Ansuran bulanan
Harga keseluruhan pakai braces bukanlah murah ya. Kalau nak bayar sekaligus bukan semua orang mampu.
Mujur ada bayaran secara ansuran yang ditawarkan oleh klinik swasta, maka ramailah yang boleh memakainya.
Harga ansuran bulanan ialah baki yang anda perlu bayar secara ansuran setiap bulan bila anda datang untuk pemeriksaan follow-up braces. Contoh harga jumlah braces : RM6,000 , deposit RM1,000
RM6,000 – RM1,000 = RM5,000
Baki RM4,000 ini perlu dibayar setiap bulan mengikut caj ansuran klinik. Biasanya harga ansuran bulanan bagi rawatan braces adalah RM200 ke atas.
Ketika temu janji pemeriksaan bulanan braces, biasanya doktor akan periksa perkembangan pergerakan gigi serta betulkan bracket atau wire dan sebagainya.
Nota Penting : Sesetengah klinik akan caj ansuran bulanan sehingga pesakit habis bayar jumlah baki. Ada juga klinik yang akan caj pesakit selagi braces tak ditanggalkan. Jadi anda perlulah jelas tentang perkara ini dengan klinik.
- Harga X-Ray
Sebelum proses memakai braces, anda kena menjalani pemeriksaan x-ray terlebih dahulu. Jadi, pastikan anda tanya betul-betul dengan doktor sama ada harga pakai braces tersebut termasuk caj x-ray atau tidak.
Kalau dah tahu awal, bolehlah siap-siap kira bajet caj x-ray kalau kena bayar sendiri. Takdelah terkejut nanti.
Biasanya untuk braces, anda perlukan dua jenis x-ray.
Harga bagi setiap x-ray adalah antara RM80 hingga RM200.
- Harga cabut gigi
Pemakaian braces pasti memerlukan anda untuk cabut sekurang-kurangnya 2 batang gigi. Bagi klinik yang tak sertakan caj cabutan gigi, anda perlulah sediakan wang untuk cabutan gigi kira-kira RM120 sebatang.
Kalau nak cabut di klinik kerajaan pun boleh. Biasanya doktor di klinik swasta akan berikan kebebasan kepada pesakit.
Bagi yang berminat untuk dapatkan rawatan braces di klinik swasta, pastikan anda jelas betul-betul tentang harga braces serta prosedur berkaitan sama ada dicaj berasingan atau tidak seperti cabutan gigi dan x-ray.
Harga retainer
Lepas buka braces bukan bermakna korang dah selesai proses rawatan gigi tau. Kena ada lagi pemakaian aksesori wajib untuk mereka yang pakai braces iaitu memakai retainer.
Retainer akan dibeikan selepas braces dibuka dan wajib dipakai untuk kekalkan kedudukan gigi yang sudah teratur. Kalau tak pakai, risiko gigi anda akan bergerak semula ke tempat asal sangat tinggi!
Harga retainer adalah antara RM500 ke atas bergantung kepada jenis dan klinik.
Baca juga info Pasar Payang Terengganu
Apapun pilihan anda, pastikan anda memilih rawatan dengan doktor gigi yang bertauliah. Jangan sesekali dapatkan rawatan fake braces.
Rawatannya yang murah dibuat oleh individu yang tiada kepakaran dan beroperasi tanpa lesen.
Kesimpulannya, kedua-dua rawatan sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta adalah baik. Bagi klinik kerajaan, harganya jauh lebih murah, namun anda perlulah tunggu giliran yang lama.
Bagi klinik swasta pula, biasanya waktu menunggu tidak lama. Namun, harganya jauh lebih mahal.
berapa range harga buat braces dekat uitm(kalau tiada pembedahan cabutan gigi)?