Resepi Tempe Crispy : Tak Terkata Kesedapannya, Tak Sedar Habis Sepinggan

Resepi tempe crispy paling senang nak buat. Hanya guna campuran kunyit, ketumbar, garam dan tepung yang digaul sebelum disalut untuk digoreng.

Ini resepi diajar mak saya. Sebagai orang Jawa ini antara lauk biasa yang wajib kami makan sejak kecil lagi. Nostalgia makan tempe goreng cicah sambal kicap sentiasa menggamit memori.

Sekarang bila dan berkeluarga, menu ni antara yang menjadi kegemaran anak-anak dan suami. Kalau goreng sepinggan sekejap je licin.

RESEPI TEMPE CRISPY

Bahan-bahan

  • 4 keping tempe
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • 1 1/2 sudu besar biji ketumbar (dikisar halus)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air

CARA MASAK

  1. Tempe dipotong dua bahagian kemudian belah setiap satu bahagian supaya lebih nipis.
  2. Gaul tepung, ketumbar yang sudah dikisar, serbuk kunyit dan garam. Masukkan sedikit air sampai jadi adunan macam nak goreng pisang.
  3. Goreng dalam minyak yang panas sampai tenggelam hingga berwarna kuning keemasan.
  4. Angkat dan tos minyak.
  5. Siap.

Baca juga : Resepi Sambal Goreng

TEMPE GORENG CRISPY CICAH SAMBAL KICAP JOHOR

Tak lengkap rasanya makan tanpa cicah dengan sambal kicap. Sambal kicap Johor memang padu. Ia juga popular dan sedap dimakan dengan pisang goreng dan sup ayam.

resepi tempe crispy

Bahan-bahan

  • 15 biji cili padi hijau
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan kicap

CARA BUAT SAMBAL KICAP

  1. Kisar semua bahan-bahan dalam pengisar sampai halus.
  2. Siap untuk dihidang.
  3. Masukkan sambal kicap dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk stok bila-bila nak makan. Boleh tahan berbulan-bulan tau.

Baca ni juga Rendang hitam

KHASIAT

Makanan tradisi masyarakat Jawa yang turut digemari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Ini antara fakta menarik tentang khasiatnya.

  • Makanan yang dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya itu dipelbagaikan dalam pelbagai jenis masakan dan ia juga boleh dimakan begitu sahaja. Selain digoreng, masyarakat Jawa turut gemar masak menu ungkep yang simple tapi juga enak dimakan.
  • Kandungan nutrisi protein di dalamnya dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik.
  • Enzim proteolitik dapat memecahkan rantai panjang protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh.
  • Ia juga mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zatbbesi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging.
  • Selain itu, ia juga kaya dengan kalsium, mengandungi antioksidan serta dan keradangan.
  • Ia juga dikatakan dapat membantu mencegah hipertensi.

CIRI-CIRI TEMPE BERKUALITI

Sebelum membeli, pastikan anda periksa terlebih dahulu kualitinya. Ada beberapa ciri-ciri penting yang mesti diambil kira.

Baca juga tentang Daun kesum

  • Warna

Warna yang bagus adalah yang berwarna putih. Warna putih yang menutupi kacang soya sebenarnya adalah kulat. Oleh kerana ditutupi oleh kulat atau benang dari kulat maka sebab itulah muncul warna putih menutupinya.

  • Suhu

Kalau nak pilih yang bagus, anda boleh cuba memegangnya untuk mengetahui suhu kacang soya tersebut. Tempe yang berkualiti baik sepatutnya rasa hangat bila kita pegang menandakan pertumbuhan kulat yang menghasilkan suhu tinggi.

  • Tidak berbau

Aroma juga menunjukkan kualitinya. Jika dibandingkan dengan makanan berasaskan kacang soya lain, tempe mempunyai aroma paling neutral dan tiada bau kurang menyenangkan. Tempe yang bagus sepatutnya berbau tersendiri dan tidak ada bau masam.

  • Tekstur

Tekstur yang sudah dipotong turut penting untuk melihat kualitinya. Sepatutnya yang bagus tidak akan hancur apabila dipotong. Kalau hancur kemungkinan proses penapaian tidak berlaku dengan baik sehingga menyebabkan kulat tidak dapat mengikat kacang soya dengan baik.

Kesimpulan

Tempe adalah makanan tradisional yang dibuat daripada kacang soya. Ia kaya khasiat protein dan rendah lemak, tempe merupakan sumber nutrisi penting. Proses penapaian meningkatkan kandungan asid amino dan enzim, memperbaiki pencernaan. Selain itu, ia juga mengandung probiotik yang baik untuk kesihatan usus. Dengan kandungan khasiat yang bagus, ia terus menjadi pilihan makanan sihat bagi kebanyakan orang yang mementingkan kesihatan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!