Zoo Negara : Harga Tiket Beli Online Berbaloi Bawa Anak Tengok Haiwan

Zoo Negara merupakan salah satu tarikan pelancongan bagi seisi keluarga terutama yang ada anak kecil. Kali terakhir saya berkunjung ke Zoo Negara iaitu 12 tahun dahulu (2011) ketika anak sulung baru berusia 10 tahun.

Kunjungan baru-baru ini menyaksikan banyak perubahan di lokasi tarikan pelancongan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan ini.

Zoo Negara Kuala Lumpur: Info Terkini

zoo negara

Zoo Negara dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 dan telah berkembang menjadi zoo yang terkenal di seluruh dunia. Mempunyai sejumlah lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Sebenarnya Zoo Negara diuruskan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Sesuai dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, zoo sendiri turut mengalami proses transformasi ke arah konsep zoo terbuka.

Secara beransur-ansur, lebih 90% haiwannya diletakkan di dalam ruang pameran dengan landskap yang luas yang sesuai dengan alam semula jadinya dan bukan lagi terkurung seperti dahulu.

Baca juga : Harga Braces Murah

Cara Pergi Ke Zoo Negara

Zoo Negara meliputi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur.

Lokasi Zoo Negara sememangnya mudah diakses dengan kenderaan sendiri dan kenderaan awam. Jadi, jangan risau membawa anak-anak anda melawat ke zoo.

Google Maps:

Alamat: Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Menggunakan LRT :

Turun di Stesen Wangsa Maju, Laluan Kelana Jaya
Menaiki teksi ke Zoo Negara

Menggunakan bas :

Rapid KL nombor 253 dari Putra LRT Station, Wangsamaju, Kuala Lumpur
Rapid KL nombor 220 dari Lebuh Ampang, Kuala Lumpur

Waktu operasi

9.00 pagi – 4.00 petang (setiap hari)

Harga Tiket Zoo Negara

Tiket masuk ke boleh dibeli di kaunter tiket. Harga tiket masuk adalah berbeza mengikut peringkat usia.

Warganegara Malaysia turut mendapat keistimewaan membeli tiket harga promosi dengan syarat menunjukkan My Kad mereka semasa membeli tiket zoo negara.

Harga Tiket 2023

Kategori

Dewasa (RM45) – Harga kaunter , (RM37) – Harga online

Kanak-Kanak (3 – 12 tahun) – (RM18) – Harga kaunter, (RM15 – RM16.20) – Harga online

Warga Emas (60 tahun ke atas) – (RM23) – Harga kaunter, (RM20,70) – Harga online

Pengangkutan Tram

Dewasa – RM8.90
Kanak-kanak – RM5.90
OKU – Diskaun 10%
Kanak-kanak bawah umur 2 tahun (PERCUMA)
VIP booking – (1 jam) – RM399

zoo negara

Cara Beli Tiket Murah

Bagi yang ingin menjimatkan masa daripada beratur panjang di kaunter tiket, anda boleh beli secara dalam talian (online) dan ia lebih murah harganya.

Antara portal yang menyediakan pembelian tiket secara online adalah:

www.ticket2u.com.my (Pembelian tiket dalam talian rasmi zoo negara)

  • Kena pilih tarikh
  • Tiket perlu dibeli sehari awal sebelum tarikh lawatan

www.pelago.com

Harga tiket RM36.60

  • Tiada pembatalan
  • Pengesahan segera
  • Kena pilih tarikh
  • Tebus tempahan mesti dilakukan sekurang-kurangnya satu hari selepas tarikh tempahan
  • Perlu tunjuk E-baucar pada telefon bimbit dan MyKad/MyKid/MyPR di kaunter yang ditetapkan untuk menerima wristband masuk ke zoo

www.klook.com
Harga tiket dewasa RM37

  • Tiket hanya boleh ditebus untuk hari berikutnya selepas pembelian (Sila beli 1 hari lebih awal)
  • Tiada pembatalan
  • Pengesahan segera
  • Tiket perlu diambil secara fizikal di kaunter

www.tipcarte.asia
Harga tiket dewasa RM37
Kanak-kanak RM15

  • Tiket TIDAK sah pada hari pembelian yang sama
  • Tiket ini akan dikembalikan jika belum ditebus
  • Tiket yang telah ditebus di kaunter tidak akan dikembalikan
  • Akan ada 10% yuran pembatalan untuk semua bayaran balik
  • Semua tiket sah selama 6 bulan dari tarikh pembelian
  • Tidak perlu mencetak tiket, cuma tunjukkan kod QR melalui telefon anda
  • Tebus tiket di kaunter. MyKad atau MyKid mesti dikemukakan ketika menebus tiket

Aktiviti Menarik Zoo Negara

Selain menyaksikan haiwan-haiwan, pengunjung turut berpeluang melihat pelbagai aktiviti menarik di Zoo Negara.

Antara aktiviti menarik termasuklah :

AKTIVITIMASA PERTUNJUKAN
Pertunjukan haiwanSetiap hari (11 pagi & 3 petang)
Jumaat tutup (kecuali cuti sekolah dan cuti umum)
Memberi makan haiwanSabtu, Ahad, Cuti umum
Pameran Rusa Bintik (11.30 pagi – 12 tengah hari)
Dunia Kanak-Kanak (12 tengah hari – 1 petang)
Pameran Rusa Jawa & Walabi (2 – 3 petang)
zoo negara

Selain dari itu terdapat 16 pameran utama di zoo ini iaitu :

  • Rimba Reptilia
  • Pameran Monyet & Kera
  • Pameran Gajah Malaysia
  • Pameran Burung Tasik
  • Taman Burung
  • Pameran Nokturnal
  • Dataran Australia
  • Penguin Humboldt
  • Dunia Kanak-Kanak
  • Kompleks Beruang
  • Pusat Konservasi Panda Gergasi
  • Laluan Savvanah
  • Badak Air Nil
  • Dunia Mamalia
  • Akuarium Tunku Abdul Rahman
  • Laluan Kucing
  • Pusat Mawas
  • Zoo Serangga

Melihat gelagat panda merupakan antara yang paling dinantikan oleh kanak-kanak. Selain daripada berada di tempat yang berhawa dingin (selepas berpanas melihat haiwan lain), gelagat comel panda juga sangat mencuit hati.

Baca juga Bangi Wonderland

Kalau dah penat berjalan menyaksikan gelagat haiwan, anda boleh berehat sambil makan dan minum kerana terdapat pelbagai kafetaria di dalam kawasan ini.

Ini adalah senarai kafetaria di sini :

  • The Wild Restaurant
  • Mane Delicious
  • Panda Cafe

Bagi pengunjung beragama Islam juga tak perlu risau mencari tempat bersolat kerana ada disediakan surau yang lengkap berhawa dingin berdekatan dengan pintu masuk. Selain dari itu ada beberapa fasiliti lain yang turut disediakan seperti :

  • Zoo Huts – memudahkan pengunjung berehat seketika bersama keluarga
  • WiFi PERCUMA
  • Kerusi roda

Perkhidmatan kerusi roda berdasarkan siapa cepat dia dapat disediakan di Kaunter Maklumat B. Bayaran sewa adalah RM5.00 dan deposit yang akan dikembalikan sebanyak RM50.00 diperlukan.

  • Stroller

Perkhidmatan stroller boleh didapati di Kaunter Maklumat B atas dasar siapa cepat dia dapat. Bayaran sewa ialah RM20.00. Deposit yang akan dikembalikan sebanyak RM50.00 diperlukan.

  • Lockers

Tip Bawa Anak Kecil Ke Zoo

Sebelum membawa anak ke zoo, pastikan korang tahu beberapa tip berikut sebagai panduan.

  1. Bawa topi & botol air sebab anak akan cepat dahaga semasa berjalan dalam cuaca panas.
  2. Bawa snek makanan sebab anak pasti akan lapar dan harga makanan snek di kafe sekitar zoo boleh tahan mahal harganya.
  3. Pakaikan anak dengan kasut yang selesa untuk berjalan di zoo supaya tiada risiko kaki melecet dan sebagainya.
  4. Pakai pakaian diperbuat dari kain kapas yang selesa dan mudah menyerap peluh selain memudahkan pergerakan mereka untuk berlari dan bergerak aktif.

Kelebihan Bawa Anak Tengok Haiwan

Kanak-kanak secara semula jadi sukakan haiwan. Kunjungan ke zoo merupakan salah satu tempat yang mereka ingin lawati.

Selain daripada berseronok melihat haiwan, kanak-kanak sebenarnya belajar banyak perkara di zoo.

Mengikut fakta perkembangan kanak-kanak, anak yang suka haiwan dikategorikan sebagai jenis Naturalistic Learner.

Foto: www.zoonegara.my

Anak yang jenis Naturalistic Learner adalah anak yang sangat cepat tangkap ilmu yang dipelajari bila:

  • Melibatkan benda di luar bilik darjah
  • Dikelilingi oleh alam semula jadi
  • Melibatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
  • Belajar sesuatu yang ada unsur “hands-on activities”

Anak saya seorang pecinta haiwan. Dari usia 5 tahun dia ajak mak dia ke zoo tapi macam-macam halangan. Sebelum ini saya pernah bawa dia melihat haiwan di Farm In The City. Suka betul dapat pegang dan lihat sendiri kancil dan arnab di situ.

Jadi kalau korang belum bawa anak berkunjung ke zoo, cepat-cepatlah book tiket online dan bawa mereka ke sana. Anak pasti akan seronok dan tak habis-habis bercerita tentang gelagat haiwan yang mereka lihat.

Baca ni juga Cherry Blossom Di Jeju

4 thoughts on “Zoo Negara : Harga Tiket Beli Online Berbaloi Bawa Anak Tengok Haiwan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!