Cara Zikir Rasulullah S.A.W | Selepas tahu cara zikir diajar Rasulullah S.A.W, memang rugi kalau kita tak amalkan. Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W, kita kenalah ikut apa yang diajar Baginda.
Ia sebagai salah satu bukti cinta kita pada Rasulullah S.A.W. Amalan zikir juga antara amalan mudah hadiah Allah untuk hambaNya.
Sebagai umat Islam kita patut menjadikan zikir sebagai amalan harian. Tapi kadang-kadang sibuk sendiri sampai lupa nak berzikir. Padahal cuma perlu guna mulut je berzikir. Terasa diri sangat kerdil. Semakin banyak belajar semakin banyak tak tahu.
Allahuakhbar! Kita sahaja yang kadang kala tidak menghargainya.
Kata ustaz, ilmu agama kalau sudah dipelajari hendaklah disebarkan kepada semua orang, agar semua mendapat manfaatnya.
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam senantiasa berdzikir kepada Allah setiap waktu.”
(HR. Muslim)
Table of Contents
CARA ZIKIR RASULULLAH S.A.W PALING MUDAH
Amalan cara zikir Rasulullah S.A.W merupakan satu ibadat yang mudah dilakukan dan balasan ganjaran dari Allah sangat hebat. Bayangkan sambil buat kerja di pejabat atau di rumah, kita boleh kumpul pahala.
Saranan Rasulullah S.A.W terhadap zikir tertentu dan sebahagiannya dengan bilangan tertentu adalah saranan terbaik yang selayaknya diambil berat dalam amalan seharian seseorang muslim. Ini tiada perbezaan pendapat terhadapnya.
Baca ini juga : Daftar Haji Online 2023 Melalui THiJARI
Dengan mengingat dan menyebut nama Allah SWT sama ada di dalam hati atau di bibir.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca SubhanaAllah selepas setiap sembahyang 33 kali, dan membaca Alhamdulillah 33 kali dan membaca Allahuakhbar 33 kali, kemudian mencukupkan bilangan 100 dengan Laailaaha Illalaahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qadiir diampunkan dosa-dosannya.”
Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca: Subhaanallahi Wa Bihamdihi sehari 100 kali akan dileburkan segala kesalahan-kesalahannya.”
“Dua kalimah yang ringan disebutkan oleh lidah, tetapi amat berat dalam timbangan, juga amat dicintai oleh yang Maha Pengasih iaitu (1) Subhaanaallahi Wa Bihamdihi (2) Subhaanallaahil ‘Azhiim.”
“Sebaik-baik pertuturan kepada Allah Taala empat: (1) SubhanaAllah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa Ilaaha Illallaah, (4) Allahuakhbar. Tidak ada halangannya untuk memulakan yang mana satu dari yang empat itu terlebih dahulu.”
Baca juga Surah al Kahfi 1-10
Jadi rajin-rajinlah lidah membaca cara zikir Rasulullah S.A.W
- SubhanaAllah
- Alhamdulillah
- Laa Ilaaha Illallaah
- Allahuakhbar
- Subhaanaallahi Wa Bihamdihi, Subhaanallaahil ‘Azhiim
CARA DAN TEKNIK RASULULLAH S.A.W BERZIKIR
Teknik dan cara zikir Rasulullah S.A.W adalah mengira dengan jari dan bukan dengan bantuan alat seperti tasbih atau kerikil.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,
“Saya melihat, Rasulullah s.a.w mengira zikir beliau dengan tangannya.” (HR. Ahmad 6498 dan dinilai hasan oleh Syuaib Al-Arnauth).
Kemudian dari seorang sahabat wanita, Yusairah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan,
Rasulullah S.A.W berpesan kepada kami (para sahabat wanita),
“Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil, mensucikan nama Allah. Janganlah kalian lalai, sehingga melupakan rahmat. Kiralah dengan jari-jari kalian, kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara.” (HR. Ahmad 27089, Abu Daud 1501, Turmudzi 3583, dan sanadnya dinilai hasan oleh Syuaib Al-Arnauth dan Al-Albani).
Yusairah bintu Yasir Al-Anshariyah adalah sahabat wanita. Beliau termasuk salah satu wanita yang ikut menjadi peserta Baiat aqabah.
Baca juga
KELEBIHAN AMAL CARA ZIKIR RASULULLAH S.A.W
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w, Abu Musa As’hari atau nama sebenarnya Abdullah bin Qais r.a.
“Orang yang sentiasa ingat Allah yakni berzikir, hati dan badannya sentiasa hidup.
Tapi orang yang tidak mengingat Allah seperti mayat hidup walaupun dia sibuk bekerja 24 jam dan sangat kaya raya tetapi hatinya mati.”
Nauzubillahhiminzalik, jauhkan kita daripada tergolong dalam golongan orang-orang yang hatinya mati.
Apa guna ada pangkat besar, kerja hebat, kedudukan tinggi, duit banyak tetapi rupanya hanyalah mayat hidup!
Satu lagi hadis diriwayatkan daripada Abu Darda atau nama sebenar sahabat Nabi s.a.w ini adalah U’waimir bin Amir r.a. Nabi menyebut kepada sahabat:
“Sebaik-baik amalan paling suci dan tinggi darjatnya, lebih baik daripada menderma emas dan perak atau lebih baik daripada kamu bertemu musuh dan kamu memegang leher mereka dan mereka memegang leher kamu (jihad fisabilillah dan mati syahid) adalah menyebut dan mengingat Allah SWT.”
Jadi siapa orang paling sibuk, orang sakit, orang tua, kaum wanita, sentiasalah kita basahkan lidah dengan menyebut nama Allah.
Baca sini : Melatih Anak Sifat Kepimpinan Bermula Dengan Disiplin
Walaupun tidak boleh pergi berjihad. Tak perlu ambil air sembahyang. Allah bagi tawaran istimewa secara percuma. Tepuk dada tanya iman!
Jom mulakan hari ini. Lakukan zikir supaya Allah pelihara kebahagiaan kita dan seluruh keluarga.
Tq share ilmu ni…
Moga kita sama2 dpt manfaatnya In shaa Allah
Terima kasih kak Ita kongsi ilmu