5 Cara Melatih Anak Sifat Kepimpinan Bermula Dengan Disiplin

Melatih Anak Sifat Kepimpinan | Melatih anak sifat kepimpinan mestilah bermula dari rumah dengan rutin dan disiplin. Tanpa disiplin mana mungkin seorang manusia itu boleh berjaya.

Anak-anak lahir ibarat kain putih yang bersih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi warna apa.

Setiap manusia itu sendiri bertanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan bumi Allah. Dengan kata lain lahir sahaja di dunia kita semua adalah pemimpin.

Kenapa Penting Melatih Anak Sifat Kepimpinan?

Ciri-ciri kepimpinan bukan hanya patut ada pada orang yang berjawatan pemimpin dalam negara, organisasi, pekerjaan mahu pun di sekolah.

Tetapi kena ingatkan anak-anak, setiap manusia bertanggungjawab ke atas perkara yang mereka lakukan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam bab mendidik anak dengan disiplin ni memang aku salute dengan cara suamiku. Dia memang seorang bapa yang tegas dan mementingkan rutin dan disiplin dalam mendidik anak-anaknya.

Tanpa disedari oleh ia sebenarnya telah melatih anak sifat kepimpinan.

Baca juga Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

melatih anak sifat kepimpinan
Walaupun tegas dan kelihatan garang tapi Baba penyayang orangnya

Kadangkala aku yang jadi penat tengok dia tak pernah jemu atau lupa mengingatkan rutin dan disiplin yang sama setiap hari pada anak-anak.

Tetapi aku akui secara perlahan-lahan anak-anak membesar sebagai seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri dan boleh diharap.

Cara Latih Anak Ciri Pemimpin

Aku lebih selesa berkongsi pengalaman aku sendiri dalam proses membesarkan anak. Melatih anak sifat kepimpinan perlu bermula dari ibu bapa di rumah lagi.

  1. Solat berjemaah bersama

Aku dan suami percaya amalan solat berjemaah sekeluarga bukan sekadar mengeratkan hubungan keluarga. Tetapi ia perkara asas penting mendidik kita berdisiplin.

Alhamdulillah sehingga hari ini setiap waktu solat 5 waktu akan dilaksanakan secara berjemaah kecuali ada urusan lain yang tak dapat dielakkan.

Kadangkala, suami bagi peluang pada satu-satunya anak lelaki aku, Muhammad Aiman untuk menjadi imam solat. Ia juga salah satu cara terbaik melatih anak sifat kepimpinan.

2. Baca al-Quran setiap hari

Pesan suami kepada anak-anak aku, jangan sesekali tinggal baca al-Quran setiap hari walau di mana sahaja kita berada.

Aku sentiasa percaya dengan menanamkan asas agama yang kuat dan sifat beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW ia mampu menjadikan seseorang pemimpin itu tidak sesekali mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Aku doakan semoga anak-anak aku akan tetap mengikut pesanan dan didikan Babanya sampai bila-bila.

3. Didik anak tanggungjawab

Apabila dah didik mereka tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah maka kita beralih pula pada tanggungjawab dalam rumah. Setiap orang dalam rumah kena ada tanggungjawab atau tugasan masing-masing.

Bermula daripada yang paling kecil sampailah yang besar semua kena tahu dan buat tanggungjawab masing-masing.

Contohnya anak lelaki aku memang dari usia sekolah rendah ditugaskan memikul tanggungjawab utama menyidai dan mengangkat pakaian di jemuran (walau tengah PdPR, Aiman akan settlekan tugasan itu selepas habis kelas), membuang sampah di rumah dan memastikan lantai rumah bersih daripada kotoran.

4. Utamakan kebersihan

Bab kebersihan rumah memang pasangan hidup aku nombor satu. Aku memang kalah bab ni hehe. Pendek kata anak-anak jangan main-main bab jaga kebersihan rumah.

Masa kecik dulu memang anak-anak rasa tak suka bila Baba dorang bebel bab kebersihan. Tapi lama-kelamaan bila makin besar mereka sendiri pun sedia maklum pentingnya jaga kebersihan kat rumah.

Malahan anak aku yang kecik, Aina Najla pun dah faham. Lepas dia berkreatif atau menyepahkan mainannya ketika bermain, dia akan kemas kembali semuanya tanpa perlu disuruh. Ini sebab sudah didisiplinkan sejak baby lagi hal ini.

melatih anak sifat kepimpinan
Lepas main Jela tak lupa kemas sendiri semua barang dia

Aku percaya disiplin yang suami aku terapkan pada anak-anak lebih dihargai bila mereka semakin besar dan sudah berhijrah tinggal sendirian menyambung pelajaran.

Contohnya, anak sulung aku, Alya Izzati yang tinggal menyewa bersama rakan-rakan kolejnya selalu memberitahu betapa bagus, Babanya selalu membebel dan mengutamakan disiplin dalam bab kebersihan.

Secara tak langsung dia sendiri tak suka dengan sikap sesetengah kawan serumah yang tak jaga kebersihan.

5. Ringan Tulang

Antara ciri-ciri pemimpin yang baik iaitu mereka mestilah ada sifat suka menolong orang lain.

Selain menggunakan kaedah arahan iaitu suami aku suka arahkan anak-anaknya tolong aku ketika di dapur, dia sendiri menunjukkan kepimpinan melalui teladan.

Ok terpaksalah puji dia kat sini hehe, suami aku memang seorang yang rajin tolong aku uruskan kerja-kerja rumah termasuk tugas di dapur.

Secara tak langsung anak-anak melihat dan memerhatikan perbuatan Baba mereka secara positif dan semoga akan mencontohinya apabila mereka dewasa.

Sebagai ibu bapa, kita adalah guru pertama yang anak-anak contohi. Apa yang anda buat, mereka akan tiru. Tingkah laku ibu bapa melatih anak sifat kepimpinan tanpa paksaan.

6. Galakkan anak bersukan

Menurut satu artikel di Forbes, dengan menggalakan anak-anak bersukan ia mendedahkan anak kepada sifat kerjasama, iaitu komponen signifikan dalam kepimpinan.

Aku dan suami memang beri galakan dan sokongan pada minat Aiman untuk bermain bola sepak di peringkat sekolah dan kelab.

Sekurang-kurangnya melalui aktiviti sukan berpasukan ia melatih anak sifat kepimpinan dalam dirinya iaitu sifat tanggungjawab, kerjasama dan berdisiplin.

Aku tak kisah pun walaupun anak-anak aku bukanlah pelajar yang memegang sebarang jawatan penting di sekolah atau pun kolej kecuali Alya masa sekolah rendah.

Alya je pernah jadi ketua darjah dan pengawas perpustakaan dari darjah satu sampai enam. Naik sekolah menengah dan kolej dia tak nak pegang sebarang jawatan dah haha.

Tetapi, melatih anak sifat kepimpinan tetap penting kerana nak mereka menjadi individu yang :

  • berkeyakinan
  • berani
  • bertanggungjawab
  • berdisiplin
  • empati
  • pembersih

Apa pun bila besar sudah bekerja dan berumah tangga, tentu sahaja anak-anak akan menjadi ketua sama ada di tempat kerja dan dalam keluarga mereka.

Semoga mereka mampu menjadi khalifah Allah yang tahu memakmurkan diri sendiri, organisasi tempat bekerja, rumah tangga yang bakal dibina dan seterusnya dalam masyarakat.

Leave a Comment

error: Content is protected !!