Seloka RAYA AEON MALL, Raikan Bersama Ikon Tom & Jerry

Seloka RAYA AEON MALL memeriahkan persiapan para pengunjung menyambut Hari Raya pada tahun ini. Bersedia untuk pengalaman perayaan yang menyeronokkan dan mengasyikkan apabila AEON MALL mengamit kenangan manis zaman kanak-kanak dengan membawakan watak kartun lagenda Tom and Jerry sebagai gimik menyemarakan persiapan sambutan Hari Raya 2025.

Rebut Ganjaran Eksklusif di AEON MALL

Acara eksklusif ini akan membawa anda kembali ke memori indah zaman kanak-kanak dengan dekorasi interaktif bertemakan Tom and Jerry versi tempatan. Pengunjung boleh menikmati suasana dekorasi yang dihias indah sambil mencipta detik-detik istimewa bersama duo kartun kegemaran ramai.

seloka raya aeon mall

Untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna, AEON turut menawarkan penebusan eksklusif edisi terhad:

AEON MALL x TRACEY Micro Bag

Beg mikro eksklusif kolaborasi AEON dan jenama Tracey diperbuat daripada bahan lestari ini boleh ditebus dengan perbelanjaan sebanyak RM1000 (Bukan Ahli) dan RM800 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.

Mug Edisi Khas Tom and Jerry

Para pengunjung juga boleh menebus koleksi eksklusif ini dengan perbelanjaan sebanyak RM680 (Bukan Ahli) dan RM580 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.

Sampul Duit Raya

Tebus dengan perbelanjaan RM280 (Bukan Ahli) / RM180 (Ahli) dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.

Cepat rebut peluang istimewa ini sementara stok masih ada tau!

Perarakan Seloka RAYA AEON MALL Pertama di Malaysia!

Buat pertama kalinya di Malaysia, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, yang menampilkan maskot kesayangan Mochi & Orange, tampil dalam busana tradisional perayaan! Saksikan kemeriahan perarakan ini di 28 lokasi AEON MALL terpilih, yang pastinya akan menceriakan suasana perayaan anda!

Baca Doa Berbuka Puasa

Meet & Greet bersama Tom and Jerry!

seloka raya aeon mall

Peminat watak kartun Tom & Jerry jangan lepaskan peluang bertemu secara langsung dan merakamkan gambar kenangan dengan duo legenda ini.

Jom Beraya Dengan AEON MALL

Ayuh jangan lepaskan peluang berkunjung ke pusat membeli-belah AEON bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan pengalaman raya penuh nostalgia penuh kegembiraan. Alami suasana warna-warni dekorasi bertemakan Tom and Jerry dan abadikan detik-detik istimewa ini sekeluarga. Sambil membeli-belah, anda turut berpeluang menebus pelbagai tawaran hadiah ganjaran eksklusif hanya di pusat beli-belah terkenal ini.

Ikuti perkembangan terkini aktiviti di Facebook AEON MALL Malaysia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!