AEON perkenal jenama in-house bagi memenuhi keperluan gaya hidup setiap orang yang menonjolkan keseimbangan rekaan, fungsi dan rangkaian harga yang sangat berpatutan. Koleksi baharu kali ini mencerminkan komitmen AEON untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang mengikut gaya terkini namun tetap praktikal untuk kegunaan harian. Majlis AEON perkenal jenama in-house tersebut diadakan di AEON Mall IOI Puchong.
Table of Contents
Jenama In-house AEON Penuhi Citarasa
Sebagai sebuah pusat beli-belah kegemaran semua orang tidak kira yang sudah berkeluarga mahu pun yang masih single, AEON telah mengambil kira permintaan daripada para pelanggan setianya dalam segmen fesyen.
Menyedari fesyen gaya hidup merupakan satu keperluan semua orang, maka AEON perkenal jenama in-house bagi memenuhi citarasa semua golongan masyarakat dalam pemilihan kasut dan beg.
Tidak kira sama ada anda terkenal sebagai trendsetter yang mementingkan rekaan dalam berfesyen atau golongan profesional mahu pun sejenis individu yang suka mengenakan sesuatu barangan yang selesa setiap hari, jenama ini membantu memenuhi keperluan korang.
AEON Perkenal Jenama In-house Terbaharu
Kini kasut dan beg bukan lagi sekadar satu keperluan bagi setiap orang. Namun, kedua aksesori utama tersebut telah menjadi sebahagian daripada pelengkap gaya dalam kehidupan seharian.
Jika anda mencari kasut dan beg yang selesa tetapi mementingkan rekaan fesyen terkini, bolehlah berkunjung di mana-mana AEON untuk tengok dan cuba sendiri rangkaian AEON in-house brands ini.
aTas – Beg Premium Golongan Profesional
Koleksi ini sesuai untuk golongan profesional yang mementingkan gaya dan praktikaliti untuk kegunaan harian. Rangkaian beg kerja premium di bawah jenama aTas menggabungkan kualiti dan ketahanan dengan rekaan anggun untuk tujuan kerja mahu pun ketika melancong tanpa menjejaskan kegunaannya.
- Rangkaian Produk : Beg perniagaan premium, aksesori melancong.
- Ciri Utama : Bahan berkualiti tinggi, ketahanan luar biasa, reka bentuk profesional tanpa harga mewah.
- Harga Yang Ditawarkan : RM139 – RM369
iYKYK – Beg Bergaya Rekaan Minimalis
Rekaan beg tangan jenama iYKYK yang ringkas dan moden sesuai untuk mereka yang gemar gaya minimalis dan elegan dalam berfesyen.
iYKYK mencipta aksesori dan beg bergaya untuk wanita dan remaja perempuan yang pasti menyempurnakan penampilan sofistikated mereka. Sememangnya iYKYK sesuai untuk kegunaan harian yang ringkas namun tetap tampil anggun.
- Rangkaian Produk : Beg tangan ikonik, aksesori elegan.
- Ciri Utama : Reka bentuk minimalis, estetik anggun, fungsi rekaan praktikal untuk wanita yang mementingkan gaya.
- Harga Yang Ditawarkan : RM139 – RM159
THE GOOD SHOES – Bergaya Dalam Keselesaan
Memilih kasut yang selesa tetapi tampil dalam rekaan moden dan bergaya bukan satu perkara yang mudah. Tetapi kasut jenama THE GOOD SHOES yang menggabungkan fesyen dan keselesaan adalah pilihan yang bijak.
Rekaannya mengutamakan tapak kasut yang direka khas untuk memberi sokongan tambahan kepada si pemakai. Sememangnya ia sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa sakit. Menawarkan kasut yang secantik rupa, kini anda tak perlu keliru nak pilih antara gaya atau selesa kerana THE GOOD SHOES menawarkan kedua-duanya.
- Rangkaian Produk : Kasut harian, sneakers, kasut selesa.
- Ciri Utama : Sokongan tambahan, reka bentuk ergonomik, bahan ringan.
- Harga Yang Ditawarkan : RM99 – RM149
GALLIVANT – Beg Melancong Untuk Pengembara Moden
Untuk kaki travel yang sedang mencari beg melancong baru, anda boleh tengok koleksi jenama GALLIVANT. Ada banyak pilihan mengikut citarasa dan keperluan anda sama ada beg galas kompak, bagasi ringan dengan banyak ruang atau beg sandang.
Anda boleh melancong dengan tenang kerana GALLIVANT mengutamakan jaminan rekaan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan perjalanan anda. Bergaya dan praktikal, beg ini dicipta untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi.
- Rangkaian Produk: Bagasi perjalanan, beg sandang, beg galas, aksesori perjalanan.
- Ciri Utama: Bahan tahan lasak, petak pintar, reka bentuk ringan dan jaminan untuk kebolehpercayaan.
- Harga Yang Ditawarkan: RM59 – RM369
Model Memperagakan 4 Jenama Terbaharu AEON
Majlis AEON perkenal jenama in-house menampilkan Lai Ngai Yuen, Chief Merchandising & Marketing Officer AEON (M) Bhd yang berkongsi bagaimana idea penciptaan jenama tersebut tercetus. Selesai sesi tersebut, barisan model-model jelita dan kacak telah muncul memperagakan koleksi keempat-empat jenama tersebut.
Wow, itu kata-kata pertama keluar dari mulut sis tatkala melihat koleksi beg dan kasut yang digayakan oleh model-model. Cantik dan menarik kesemua koleksi beg tangan, beg melancong, beg kerja dan kasut yang diperagakan. Rasa tak sabar nak beli yang berkenan di hati. Memang berbaloi membelinya kerana rekaan yang trendy, kualiti terjamin serta harga yang mampu milik.
Miliki Jenama AEON Sekarang!
AEON perkenal jenama in-house terbaharu yang direka untuk meningkatkan gaya hidup anda kerana mengutamakan ciri-ciri rekaan yang praktikal, kepelbagaian fungsi, reka bentuk estetik dan paling penting mampu milik.
Memenuhi keperluan semua orang daripada beg melancong yang serba boleh sehinggalah beg kerja premium dan kasut yang direka untuk keselesaan, koleksi AEON sememangnya direka untuk menyokong setiap langkah perjalanan pelanggan setianya.
Kunjungi AEON Mall berhampiran anda sekarang dan terokai rangkaian jenama in-house terbaharunya yang pasti memikat hati anda untuk memiliknya.
Baca juga ; pelancaran filem transformers one, transformers one roadshow, potato bread chompdown