Transformers One Roadshow akan berlangsung bermula 19 hingga 30 Ogos 2024 di beberapa buah AEON Mall terpilih. Acara ini pasti menjadi tumpuan para peminat tegar filem animasi terkenal Transformers One. AEON Mall telah berkolaborasi bersama United International Pictures untuk mempromosikan movie animasi Transformers One sekaligus menyemarakkan lagi keterujaan para peminat yang menanti tayangan filem animasi epik ini. Acara ini juga diadakan bersempena sambutan bulan Kebangsaan 2024 dan juga ulang tahun AEON ke-40.
Table of Contents
Pengembaraan Transformers One Roadshow
Para peminat tidak seharusnya melepaskan peluang hadir memeriahkan roadshow yang luar biasa di AEON Mall terpilih di seluruh negara bermula dari 19 hingga 30 Ogos 2024 bagi menyertai pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik serta merebut tawaran hadiah yang hebat untuk seisi keluarga.
Aktiviti Menarik
Watak Transformers seperti Optimus Prime dan BumbleBee sentiasa mendapat tempat di hati peminat terutama golongan kanak-kanak. Jadi, jangan lupa bawa anak-anak anda pada hujung minggu ini ke AEON Mall untuk melihat sendiri watak hero kegemaran mereka dalam saiz yang besar.
Walaupun sekadar prop filem, namun percayalah pasti si kecil teruja untuk mengambil gambar dan menyertai pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Beli Barangan Merchandise Transformers
Selain itu mereka juga boleh membeli-belah bermacam pilihan merchandise Transformers seperti t-shirt, seluar, peralatan tulis dan juga model mini watak Transformers.
Dalam roadshow ini juga turut dianjurkan acara perhimpunan para peminat filem Transformers yang akan hadir memakai kostum watak kegemaran masing-masing. Pastinya meriah dan gamat dan semakin tak sabar semuanya nak menanti tayangan pertama yang bermula 12 September depan.
Berikut antara perkara menarik yang anda mesti sertai sepanjang roadshow tersebut:
- Tawaran istimewa menebus tiket filem Transformers One.
- Peluang melihat model transformers gergasi.
- Paparan prop filem Transformers.
- Peluang merakamkan gambar kenangan di port OOTD berlatar belakang paparan prop filem Transformers.
Tebus Tiket Transformers One Yang Eksklusif
Sempena pembukaan tayangan filem ini tidak lama lagi, orang ramai berpeluang menebus tiket tayangan filem TRANSFORMERS ONE ini secara ekslusif dengan cara yang sangat mudah!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 (bukan Ahli AEON) atau RM200 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON Mall yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri merebut tawaran ekslusif ini.
Bagaimanapun penyertaan peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Lokasi AEON MALL Terpilih
Untuk pengetahuan anda, tak semua AEON Mall ada roadshow ini tau. Jadi pastikan anda ambil maklum lokasi AEON Mall terpilih supaya boleh terus rancang perjalanan untuk serbu roadshow terpaling menyeronokkan ini.
Selangor/Kuala Lumpur
- AEON Mall AU2 Setiawangsa
- AEON Mall Cheras Selatan
- AEON Mall Metro Prima
- AEON Mall Bukit Raja
- AEON Mall Bukit Tinggi
Johor
- AEON Mall Bukit Indah
- AEON Mall Kulaijaya
- AEON Mall Tebrau City
- AEON Mall Bandar Dato Onn
Penang
- AEON Mall Bukit Mertajam
Perak
- AEON Mall Ipoh
- AEON Mall Ipoh Klebang
- AEON Mall Ipoh Station 18
- AEON Mall Kinta City
- AEON Mall Taiping
- AEON Mall Seri Manjung
Negeri Sembilan
- AEON Mall Seremban 2
Melaka
- AEON Mall Bandaraya Melaka
Rakam Memori Di Transformers One Roadshow
Acara ini pasti akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan bagi peminat-peminat filem Transformers yang hadir. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menghadiri acara luar biasa yang memberikan anda pengalaman menyeronokkan.
Jangan lupa rakamkan sebanyak mungkin gambar anda sekeluarga di samping prop gergasi hero Transformers dan kongsikan di media sosial. Ayuh kita raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama Transformers One: AEON Celebrates All Malaysians as One.” Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
- Facebook: @AEONMallMY
- Instagram: @aeonmallmalaysia
- TikTok: @aeonmall.malaysia
- Website: www.aeonmallmy.com