Pertandingan Potato Bread Chompdown merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pusat membeli belah terkenal AEON sempena ulang tahunnya yang ke-40. AEON menggunakan populariti roti kentang yang diminati ramai untuk mencipta kelainan dalam pertandingan yang dapat mendekatkan pengunjung AEON dengan produk trademark mereka.
Table of Contents
Dalam ucapan pembukaan oleh Cik Azidah selaku wakil pihak AEON sebelum pertandingan bermula, beliau menyatakan rasa teruja melihat kesungguhan peserta peringkat akhir membuat persiapan dan sokongan daripada pengunjung AEON untuk menyaksikan pertandingan makan roti kentang yang pertama kalinya dianjurkan oleh AEON sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40.
Acara tersebut nyata menarik perhatian ramai pengunjung yang teruja menyaksikan saingan sengit peserta akhir merebut gelaran juara makan roti kentang terpantas.
Pencarian Peserta Pertandingan Potato Bread Chompdown
Sebenarnya pencarian peserta pertandingan Potato Bread Chompdown telah diadakan sejak bulan April dan Mei lalu di 33 buah pusat membeli belah AEON di seluruh negara.
Saringan Pertama
Di peringkat saringan awal, peserta yang bertanding perlu menghabiskan tiga ketul roti kentang dan masa akan dicatatkan. Peserta yang berjaya menghabiskan roti tersebut dengan catatan masa yang pantas akan mara ke pusingan kedua.
Peringkat Kedua
Dalam pusingan kedua pula, peserta yang terpilih perlu menghabiskan sebanyak 20 biji roti kentang dalam tempoh masa 15 minit. Siapa yang paling pantas akan terpilih ke peringkat Grand Finale.
Pada peringkat ini juara terpantas makan roti kentang mendapat hadiah RM300 dan sembilan pemenang saguhati mendapat hadiah bernilai RM50 setiap seorang.
Pertandingan Potato Bread Chompdown Grand Finale Meriah
Grand Finale Potato Bread Chompdown menyaksikan kesemua peserta dari peringkat kedua yang terpilih dari AEON di seluruh negara bertanding memakan 40 biji roti kentang dalam masa 15 minit.
Berikut adalah senarai peserta akhir yang bertanding di acara Grand Finale Potato Bread Chompdown di AEON Mall Shah Alam:
- Muhammad Shaifuldin dari Melaka.
- Mohamad Asrul Fikri dari Bukit Mertajam.
- Kho Hai Chun dari Bukit Mertajam.
- Sathia Selan A/L Pulinggam dari Bukit Mertajam.
- Azwin Julianto B Abad dari Johor.
- Ibnul dari Selangor.
- Azim Shah dari Negeri Sembilan.
- Che Wei Ken dari Pulau Pinang.
- Azdi dari Shah Alam.
- Zack Adry dari Shah Alam.
Bagaimanapun hanya sembilan orang sahaja yang bertanding dalam pertandingan Potato Bread Chompdown Grand Finale.

Semasa pertandingan akhir, semua peserta perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu makan roti kentang sebanyak 40 biji yang dihidangkan di hadapan mereka menggunakan hanya sebelah tangan sahaja.
Peserta yang berjaya menghabiskan kesemua roti kentang tersebut perlu segera mengangkat tangan sebagai isyarat telah selesai makan sebelum disahkan oleh pengadil yang turut memeriksa dalam mulut peserta. Ini untuk memastikan peserta tidak termuntah atau menyimpan sebahagian roti di dalam mulutnya.
Sepanjang pertandingan berlangsung, bukan hanya ahli keluarga setiap peserta memberikan kata-kata semangat tetapi ramai pengunjung di AEON Mall turut bersorak meriah memberi sokongan untuk peserta menghabiskan roti kentang tersebut.

Kita yang menyaksikan pertandingan tersebut turut berdebar melihat masing-masing menggunakan strategi dan teknik tersendiri bagi menghabiskan roti kentang tersebut. Nampak macam mudah nak makan roti kentang yang lembut dan gebu tu tapi tak senang ye nak habiskan 40 biji dalam masa 15 minit.
Bagaimanapun semua peserta dibekalkan dengan air mineral di meja masing-masing bagi membantu melancarkan proses makan roti kentang.
Sambutan meriah daripada pengunjung makin menggamatkan dan mendebarkan acara akhir tersebut. Masing-masing teruja nak tahu siapa yang paling pantas makan roti kentang.
Kejutan Peserta Berbadan Kecil Muncul Juara

Kecil-kecil cili padi! Siapa sangka peserta berbadan kecil, Chee Wei Ken dari Bukit Mertajam membuat kejutan apabila berjaya muncul sebagai juara.
Menggunakan teknik mengepal setiap biji roti kentang sebelum dimasukkan dalam mulut dan minum air mineral, dia dapat menghabiskan 40 biji roti kentang dengan catatan masa sepantas 3.39 minit mengalahkan lapan orang peserta akhir lain.
Memang kita tak sangka dia boleh muncul sebagai pemenang. Tidak sia-sia dia datang jauh dari utara untuk bertanding di AEON Shah Alam kerana dapat membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000. Sementara lapan peserta akhir lain masing-masing mendapat RM200 setiap seorang.
Roti Kentang Terlaris Di La Boheme Bakery
Selain tak sabar melihat aksi peserta bertanding, ramai pengunjung turut teruja melihat roti kentang yang sememangnya terkenal dengan kesedapan dan kelembutannya, antara produk terlaris di kedai bakeri La Boheme Bakery milik AEON.

Peminat roti La Boheme pasti sudah dapat membayangkan kelembutan dan kesedapan roti kentang yang tidak jemu dimakan sejak awal diperkenalkan lagi.
Kini roti kentang bukan sahaja terdapat dalam perisa original tetapi sudah ada dua perisa baharu iaitu strawberi dan coklat! Bagi peminat tegar roti kentang memang kena cuba rasa dua perisa baharunya. Memang tak sah kalau kunjungan ke AEON Mall kita tak beli bawa pulang roti kentangnya,