AEON Fashion Preview (AFP) bagi koleksi November 2023 memperkenalkan rekaan terbaharu yang lebih segar dan mengikut trend terkini khususnya untuk golongan muda. Untuk AFP kali ke-4 yang diadakan di Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TARUMT) telah berkolaborasi dengan komuniti pelajar rekaan fesyen pusat pengajian tersebut. Tema kali ini menonjolkan rekaan anime streetwear, denimwear dan festive wear.
Table of Contents
AEON SELECT Takes Anime to The Street
AEON Fashion Preview turut meraikan inovasi rekaan fesyen yang mendominasi golongan muda untuk kalendar tahun 2024 dengan menampilkan pelbagai inspirasi watak anime terkenal daripada Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.
Justeru untuk meraikan inovasi kreativiti pereka generasi muda, AEON Fashion Preview menampilkan keunikan antara anime dan fesyen sebagai cara ekspresi diri yang bergaya. Seramai 10 orang pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam penggayaan semula koleksi Naruto mengubahnya menjadi cosplay couture, graphic streetwear dan anime-inspired accessories dan mereka diselia oleh pensyarah iaitu Siti Nur Syuhada dan Aizurawaty.
Pelajar-pelajar fesyen yang mengambil bahagian adalah Low Yan Yi, Desiree Chang Chai Ling, Soom Ken Yin, Kavinita a/p Ragunathan, Noprena Maria, See Yu Yun, Chern Yong Xin, Nur Aila Aleena Tong, Lam Shee Yun dan Intan Nurlyzana.
SCAR Uncodes The Denim Dynamics
Fesyen rekaan denim atau denimwear tak pernah lapuk ditelan zaman. Satu masa dahulu denim sangat sinonim dengan imej rugged workwear atau pakaian kerja lasak tetapi kini telah berkembang menjadi fesyen versatile dan evergreen yang melangkaui generasi.
Ketahanan dan keselesaan fabrik dikekalkan dalam rekaan fesyen kontemporari dan terkini. Inovasi seperti stretch denim menambahkan lagi dimensi baharu kepada keselesaan dan kesesuaian membolehkan pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika denim klasik.
Variasi fesyen rekaan denim dalam AEON Fashion Preview memenuhi pilihan yang pelbagai untuk memastikan rekaan denim kekal sebagai keperluan pakaian untuk semua generasi.
Festivewear Paling Relevan Pelbagai Majlis
Festivewear atau pakaian perayaan sememangnya sentiasa menjadi pakaian paling relevan untuk pelbagai acara. Ia menjadi lambang kegembiraan dan tersendiri menjadikan setiap majlis sambutan tidak lekang dek zaman. Merevolusikan gaya tradisional perayaan yang melangkaui batasan usia dan merentasi generasi golongan muda dan mereka yang berjiwa muda.
Pada musim kali ini, banyak jenama di bawah AEON menampilkan koleksi yang mencerminkan semangat inklusif, menawarkan pelbagai gaya yang memenuhi cita rasa dan pilihan yang pelbagai sama ada corak cetakan yang menerang penuh semangat, gaya anggun dari kilauan labuci atau rekaan yang selesa tidak terlalu konvensional.
Label seperti ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision dan Kids Republic termasuk M untuk para ibu mengatasi jurang generasi dengan mengajak semua individu dari semua peringkat umur sama-sama meraikan perayaan dengan penuh kegembiraan.
Menurut Low Ngai Yuen, Chief Merchandise and Marketing Officer AEON Malaysia, edisi AFP mengetengahkan bahawa fesyen bukan lagi harus terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian dalam saiz bentuk badan, etnik, jantina dan keupayaan.
“Kami mengutamakan saiz yang insklusif dan pilihan yang berpatutan tetapi bergaya. Fesyen kini menjadi platform untuk ekspresi diri yang memberitahu kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Berkolaborasi dengan StevenSunny memang bertepatan dengan #ownwhatyouwear iaitu satu pergerakan yang AEON sudah mulakan sejak dua tahun lalu dengan pencipta trend yang luar biasa dan gaya ikonik.”
Kali ini label SCAR menampilkan StevenSunny, pakar fesyen dan gaya untuk mengangkat fesyen sebagai satu alat ekspresi diri. Dengan penekanan pada potongan berani dan warna-warna cerah menggunakan 100 peratus fabrik cotton ia amat bersesuaian untuk tampil yakin dan #ownwhatyouwear.
AEON Fashion Preview
AEON Fashion Preview atau Pratonton fesyen AEON ialah pratonton fesyen tiga tahun sekali tentang jenama fesyen AEON. Menonjolkan trend terkini, gaya, warna dan tekstur sambil mempamerkan koleksi musim baharu serta mengumumkan kerjasama yang menarik.
Pada AFP yang lalu diadakan pelancaran rangkaian pakaian sukan import, innercasual (IC) yang menampilkan kemampanan oleh Katharine Hamnett di butik studio TRIBE diikuti pertunjukkan fesyen yang diberi kelainan iaitu diadakan dalam MRT yang sedang bergerak, untuk membayangkan keselesaan di Kuala Lumpur TAPAK food truck park, bekerjasama dengan pelajar fesyen Fakulti Seni Halus UITM, dan yang terbaru menampilkan 500 orang personaliti yang berjalan di landasan menjadikannya pertunjukan fesyen terbesar bagi keperibadian dan ekspresi diri.
Untuk pelbagai maklumat lanjut berkenaan dengan AEON Fashion Preview boleh terus ke media sosial seperti Facebook, Instagram dan X AEON Retail Malaysia atau layari laman web AEON Malaysia.