Kek Secret Recipe merupakan kek premium kegemaran ramai rakyat Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan untuk sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau sebarang acara istimewa keluarga dan kenalan. Selain menu kek, Secret Recipe (SR) turut mempunyai aneka menu lazat citarasa tempatan dan barat. Di sini sis, akan kongsikan harga kek terkini dan kek Secret Recipe paling sedap.
Table of Contents
Harga Kek Secret Recipe 2023
Mungkin ada yang sudah lama tidak membeli kek di cafe terkenal ini dan hampir terlupa harga terkininya. Untuk memudahkan panduan anda untuk membeli kek, sis senaraikan harga kek Secret Recipe 2023.
Senarai Kek | Harga |
Cream Cakes 1. Chocolate Banana Cake 2. Chocolate Chip Walnut Cake 3. Chocolate Fudge Cake 4. Chocolate Indulgence Cake 5. Moist Chocolate Cake 6. White Choc Macadamia Cake 7. Absolute Durian Cake | RM98 |
Cheesecake 1. Butterfly Pea Lemon Cheesecake 2. Choc Cheese Berries Cake 3. Chocolate Cheesecake 4. Crème Brulée Cheesecake 5. Marble Cheesecake 6. New York Cheesecake 7. Oreo Cheesecake 8. Wild Blueberry Cheesecake 9. Burnt Cheesecake 10.Hokkaido Triple Cheesecake 11.Hokkaido Triple Cheese Chocolate Cake 12.Milo Cheese | RM98 RM120 |
Chocolate Cake 1. Choc Cheese Berries Cake 2. Chocolate Cheesecake 3. Chocolate Banana Cake 4. Chocolate Chip Walnut Cake 5. Chocolate Fudge Cake 6. Chocolate Indulgence Cake 7. Moist Chocolate Cake 8. White Choc Macadamia Cake 9. Chocolate Brulee Cake 10.Chocolate Odyssey Cake 11.Hokkaido Triple Cheese Chocolate Cake 12.Signature Black Forest Cake 13.Decadent Tiramisu Cake | RM98 |
Signature Cake 1. Lotus Biscoff Cheese 2. Burnt Cheesecake 3. Chocolate Brulee Cake 4. Chocolate Odyssey Cake 5. Hokkaido Triple Cheesecake 6. Hokkaido Triple Cheese Chocolate Cake 7. Signature Black Forest Cake 8. Salted Caramel Macadamia Cheesecake 9. The Red Velvet Cake 10.Decadent Tiramisu Cake | RM130 |
Square Cake 1. Boston Chocolate 2. Chocolat Au Lait Cake | |
The Platinum Collection 1. Confetti Rainbow 2. Royal Chocolate 3. Red Velvet 4. Sweet Potato 5. Onde Onde | |
Artisan Collection 1. Carrot Yogurt Bliss | RM98 |
Berat Kek Secret Recipe
Harga sebiji kek antara RM98 hingga RM130 sementara harga kek slice pula antara RM10.90 hingga RM14.50. Kesemua kek SR mempunyai saiz standard dengan ukuran diameter 8 – 9 inci. Kek Secret Recipe (1 resepi) boleh didapati sama ada dalam bentuk bulat atau empat persegi standard sahaja.
Sekiranya berhajat untuk menempah kek dengan saiz tertentu, jangan risau kerana korang boleh hubungi cawangan terdekat untuk membuat tempahan mengikut saiz citarasa anda.
Pelanggan boleh customised saiz kek Secret Recipe yang mereka kehendaki berdasarkan resipi (contohnya 1 resipi = 2KG, 2 resipi = 4KG) dan bukannya berat (KG). Tetapi pelanggan kena datang ambil sendiri kek tersebut di cawangan berhampiran.
Jangan lupa rasai kelazatan kek baru Secret Recipe iaitu Lotus Biscoff Cheese yang terhangat di pasaran.
Baca juga: Kuih Bangkit
Menu Kek Secret Recipe
Dulu sis paling suka sekali makan kek di sini terutama bila menyambut acara istimewa seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Tak silap masa awal tahun 2000, kek Secret Recipe paling sedap dan popular ialah Banana Chocolate Cake. Masa tu harga sepotong kek ini cuma RM7.90 sahaja. Sekarang harganya dah RM10.90 tapi rasanya tetap sama tau.
Sebenarnya di Secret Recipe bukan hanya ada menu kek sahaja tapi ada bermacam menu lain yang memenuhi selera semua orang. Dulu dengan geng-geng lunch office, kitaorang akan self reward makan kat sini time hari gaji.
Baca juga IKEA Damansara
Daripada menu dessert, lokal hinggalah makanan barat, semua ada di sini. Sis paling suka sekali menu Lasagna Beef Secret Recipe. Memang berbaloi dan puas hati makan.
Antara menu-menu lain yang menjadi pilihan ramai pelanggan termasuk geng lunch sis adalah seperti berikut:
- Noodle in Tom Yum Kung
- Secret Recipe Fried Rice With Satay
- Vietnamese Beef Noodle Soup
- Chicken Parmigiana
- Chicken Cordon Bleu
- Grilled Black Pepper Chicken
- Golden Crispy Chicken
- Grilled Mushroom Chicken
- Carbonara with Crispy Beef Strips
- Seafood Marinara
- Thai Seafood Spaghetti
- Baked Lasagne
- Caribbean Style Fish Fillet
- Pan-Grilled Dory with Lobster Sauce
Cara Order Online Secret Recipe
Sesuai dengan peredaran zaman digital yang semua benda boleh diperolehi di hujung jari sahaja termasuklah buat tempahan makanan kegemaran kita, Secret Recipe tak ketinggalan turut menyediakan servis penghantaran makanan pelanggan di depan pintu rumah.
Caranya cukup mudah dan menjimatkan masa korang yang tiba-tiba teringin makan kek atau mana-mana menu di Secret Recipe.
- Pelanggan hanya perlu klik butang ‘Order Now’ dalam laman web Secret Recipe.
- Pelanggan boleh pilih salah satu cara pesanan iaitu melalui Grab Food atau SR GO! Pick Up.
- Pesanan melalui Grab Food akan terus dihantar ke rumah.
- Pilih menu yang dikehendaki, masukkan maklumat peribadi termasuk alamat penghantaran.
- Masukkan pesanan ke dalam cart, buat pembayaran dan pesanan akan diproses selepas itu.
- Jika buat pesanan melalui SR GO! pelanggan perlu datang ke Secret Recipe berhampiran untuk mengambil sendiri pesanan.
Sejarah Secret Recipe
Pada tahun 1997, Dato Steven Sim yang berusia 41 tahun pada masa itu telah membuka cafe Secret Recipe pertama di SS2, bersama tiga anak saudaranya yang juga terlibat dalam industri membuat kek.
Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd (menjalankan perniagaan sebagai Secret Recipe) ialah syarikat rangkaian kafe yang mempunyai sijil halal diiktiraf oleh JAKIM.
Selama lebih sedekad sebagai pemegang Pensijilan Halal Malaysia, Secret Recipe terus komited dalam mengambil dan mengekalkan langkah untuk memperkukuh sistem halal dalaman syarikat. Setiap aspek syarikat dari penyediaan bahan mentah, dapur, kilang hingga rangkaian premis semuanya disahkan halal.
Kini terdapat sebanyak 380 buah outlet di seluruh negara selain mempunyai cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Brunei, Kemboja, Myanmar, Maldives dan Bangladesh.
Baca juga Tempat menarik Ipoh
Promosi Secret Recipe 2023
Bagi terus mengukuhkan lagi jenama ini sebagai penyedia kek pilihan ramai dan berkualiti tinggi, pelbagai promosi menarik disediakan setiap bulan yang pastinya sangat menguntungkan pelanggan.
Berikut antara senarai promosi menarik yang terkini:
- Promosi Nita Cosmetics X Secret Recipe dapat diskaun 15 peratus untuk pembelian koleksi Signature atau Classic Cake sehingga 31 Disember 2023.
- Promosi diskaun 50 peratus pembelian minuman apabila membeli mana-mana hidangan utama. Hanya untuk ahli SR Rewards sahaja. Bermula 1 sehingga 31 Oktober 2023.
- Promosi diskaun 20 peratus pembelian sepotong kek dengan pembelian mana-mana Lunch Set (12.00 tengahari hingga 3.00 petang) atau Dinner Set (6.00 petang hingga tutup) setiap hari.
- Promosi diskaun 30 peratus pembelian Classic Drumette atau Spicy Tomato Drumette dengan pembelian mana-mana hidangan utama dari 1 sehingga 31 Oktober 2023.
- Promosi minuman terpilih percuma dengan mana-mana pembelian sepotong kek, Shinjuku Bake, Pie & pastri atau Secret Recipe Trio Platter (dine in sahaja) setiap hari kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.
Baca juga Tempat menarik di Maran
Jadi, kalau korang yang tak biasa beli kek di Secret Recipe, bolehlah cuba rebut tawaran promosi yang diadakan ini. Mungkin hujung tahun ramai yang nak sambut pelbagai majlis keraian dan perlu menu kek dalam senarai hidangan makanan. Cubalah!