Doa (du’a) adalah satu daripada aspek yang paling penting dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah bentuk komunikasi langsung dengan Allah SWT, memberikan peluang untuk meminta pertolongan, bersyukur di atas segala nikmat, memohon keampunan dan bermacam lagi niat. Dalam artikel ini, sis akan kongsikan beberapa amalan doa harian yang mudah dihafal dan dibaca tiap hari.
Table of Contents
Senarai Doa Harian
Doa adalah senjata seorang mukmin. Doa menjadi pengantara untuk kita memohon sesuatu kepada Allah SWT yang berkuasa atas segala-galanya di muka bumi ini. Islam mengajar umatnya untuk berdoa meminta apa sahaja hajat yang diinginkan atau sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa hamba yang sentiasa memohon kepada-Nya. Ia ada disebut dalam firman-Nya dalam Surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud: “Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu (apa yang kamu harapkan).”
Berikut antara doa harian terbaik yang boleh diamalkan setiap hari untuk memudahkan segala urusan kehidupan bermula saat kita bangun dari tidur hinggalah tidur semula.
1. Doa Bangun Dari Tidur
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Maksudnya : “Segala puji bagiMu, ya Allah, yang telah menghidupkan kembali diriku setelah kematianku, dan hanya kepadaNya nanti kami semua akan dihidupkan kembali.” (HR Ahmad, Bukhari & Muslim).
2. Doa Waktu Pagi
اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيكَ النُّشورُ
Maksudnya: “Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu tempat kembali.” (Hadis Riwayat At-Tarmizi 3/142).
3. Doa Keluar Dari Rumah

4. Doa Ketika Hujan

Maksudnya : “Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan yang bermanfaat.”
5. Doa Dipermudah Urusan
Daripada Anak R.A, Rasulullah SAW bersabda:
اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.”
6. Doa Memohon Kesihatan Baik

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kesihiatan pada badanku Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada pendengaranku. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatanku. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran dan aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Abu Daud 4/324, Ahmad 5/42).
7. Doa Mohon Perlindungan Dari Bahaya

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat bersama nama-Nya oleh sesuatu di bumi dan di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadis Riwayat Abu Daud 4/323, Ar-Tarmizi 5/465, Ibn Majah 2/332.)
Amalkan baca doa ini sebanyak tiga kali setiap pagi dan petang.
8. Doa Mendapat Reda Allah Pada Hari Kiamat

Siapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang akan mendapat keredaan Allah pada hari kiamat. (Hadis Riwayat Ahmad 4/337, Ibn As-Sunni No.68, At-Tarmizi 5/465).
9. Doa Mohon Pertolongan Allah Dalam Segala Urusan
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Tetap Hidup, Yang Maha Kekal Berdiri (tanpa memerlukan kepada sesuatu pun), dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata.” (Hadis Riwayat Al Hakim 1/545).
10. Doa Sentiasa Bersyukur
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: ” Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik kepadaMu.” (Riwayat Abu Daud (1522)
Doa ini Rasulullah ﷺ sarankan dibaca setiap kali selepas solat.
11. Doa Selepas Tahiyat Akhir (Sebelum Beri Salam)
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.” (Riwayat al-Bukhari (832)
12. Doa Supaya Diri Sendiri Dan Keluarga Rajin Solat

13. Doa Agar Anak Dilembutkan Hati
اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa ayat 19).
14. Doa Agar Anak Jadi Penyejuk Mata
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah Al-Furqan ayat 74).
15. Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Diterima
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima. (Sunan Ibnu Majah)
Baca juga: Surah al-Kahfi 1-10
Waktu Paling Mustajab Doa
Antara 6 waktu yang paling mustajab berdoa dan dikabulkan oleh Allah adalah seperti berikut:
1.Waktu Azan Berkumandang
Kita digalakkan memanjatkan doa ketika waktu azan berkumandang kerana ia antara waktu yang mustajab berdoa. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Doa tidak akan ditolak pada dua waktu iaitu ketika azan berkumandang dan ketika perang sedang berlaku iaitu pada waktu kedua kubu saling menyerang.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
2. Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang mempunyai banyak keberkatannya.
Rasulullah SAW bersabda berkaitan hari Jumaat,
سَيِّدُ الْأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَهُ وَأَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ الْأَضْحَى
Maksudnya:” Penghulu segala hari adalah Hari Jumaat. Ia merupakan hari yang lebih baik disisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
Riwayat Imam Ahmad (15548), al-Baihaqi (2712) di dalam Syu’ab al-Iman
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)
3. Ketika Bersahur Dan Sebelum Berbuka Puasa
Seseungguhnya doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa sebab mereka berpuasa kerana Allah SWT.
Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

4. Waktu Hujan
Ketika hujan turun kita sering diingatkan supaya banyakkan berdoa kepada Allah SWT. Ia bukan sekadar cakap kosong kerana daripada ‘Aisyah R.A berkata yang bermaksud “Nabi SAW ketika melihat turunnya hujan, Baginda SAW akan mengucapkan ‘Allahuma Shoyyiban Na’fian” yang membawa maksud : “Ya Allah, t urunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1032).
5. Waktu Sepertiga Malam (Tahajud)
Ketika kebanyakan orang sedang lena tidur, Allah memandang pada hamba-hamba-Nya yang bangun di tengah malam untuk berdoa. Justeru janganlah kita melepaskan peluang ini untuk menghidupkan sepertiga malam dengan mengerjakan solat sunat tahajud serta memanjatkan doa mohon keampunan pada Allah SWT dan memohon apa sahaja hajat yang diingini.
6. Hari Arafah Ketika Musim Haji
Kemuncak musim haji adalah pada berlakunya wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Hari Arafah adalah hari di mana jemaah haji yang datang dari segala pelusuk dunia berkumpul di padang Arafah. Mereka berkumpul di situ dan berdoa sebagai menyempurnakan salah satu daripada rukun haji.
Waktu wukuf merupakan waktu terbaik dan paling mustajab untuk umat Islam berdoa. Ia berpandukan kepada hadis daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah. (Hadis diriwayatkan oleh Malik).
Adab Berdoa
1.Niat secara ikhlas
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa niat adalah asas kepada setiap amalan. Oleh itu, tanamkan niat kita berdoa dengan hati yang ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
2. Mulakan dengan memuji-muji Allah SWT (bertasbih)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk memulakan doa dengan memuji Allah SWT terlebih dahulu. Contohnya, “SubhanaAllah” (Maha suci Allah) sebelum memohon hajat.
3. Mengangkat tangan ketika berdoa
Nabi Muhammad SAW sering mengangkat tangannya ketika berdoa. Ini menunjukkan kekhusyukan dan keikhlasan dalam memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT.
4. Berdoalah dengan penuh keyakinan
Letakkan segala keyakinan kita hanya pada Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dengan bersangka baik pada Allah dan yakin Allah SWT yang mengabulkan doa kita pada waktu yang tepat walaupun mungkin tidak dalam cara yang kita harapkan.
5. Tidak jemu mengulang doa yang sama
Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk berulang kali meminta kepada Allah sebagai tanda menunjukkan ketekunan dan kesungguhan dalam berdoa.
6. Elak bersikap mahu cepat
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya tidak tergesa-gesa dalam memohon sesuatu hajat dan mahu doa itu segera dikabulkan oleh Allah untuk mejauhi sifat tamak dan gelojoh dalam diri kita.
7. Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah SWT
Menggunakan nama-nama agung Allah seperti “Ya Rahman, Ya Rahim” dalam doa menunjukkan pengagungan terhadap Allah dan mengingatkan kita tentang sifat-Nya yang penuh kasih sayang dan penyayang.
8. Banyakkan beristighfar dan memohon keampunan
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa meminta ampun dan beristighfar adalah penting dalam setiap doa untuk membersihkan diri dari dosa-dosa.
9. Berdoa dengan penuh kesabaran
Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk berdoa dengan kesabaran sebagai tanda keimanan yang tinggi, kerana kita percaya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
10.Berdoa untuk umat Islam secara am
Rasulullah SAW menggalakkan untuk berdoa tidak hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Susulan serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestine di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 lalu dan masih berterusan sehingga kini, umat Islam di seluruh dunia disarankan melakukan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi kesejahteraan dan keselamatan saudara Islam kita di sana.
Cara Membaca Qunut Nazilah
- Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap waktu solat fardu.
- Doa dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari ruku’ dan i’ktidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk i’ktidal.

Marilah sama-sama mendoakan keselamatan saudara Islam kita di Palestine mempertahankan tanah air mereka serta Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam.
Selain berdoa dengan niat untuk memohon Allah mengabulkan segala hajat kita, penting juga untuk kita memohon keberkatan dan hidayah petunjuk dari Allah dalam setiap aspek kehidupan.
Semoga kita dapat menjadikan amalan dan memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian serta dikabulkan permintaan kita atas izinNya.
Terima kak berkongsi doa-doa harian ini. Mudahlah nak buat rujukan nanti.