Kuih Bangkit: 3 Resepi Paling Sedap, Rangup & Cair Di Mulut

Kuih bangkit diperbuat daripada tepung gandum dan tepung ubi sangat terkenal dengan rasa lemak manis, rangup dikunyah tetapi cair di mulut. Kuih bangkit tradisional cukup terkenal di musim perayaan kaum Cina dan Melayu. Kuih kegemaran ramai rakyat Malaysia ini kini mudah dibeli di pelbagai platform online seperti Shopee, Lazada dan TikTok.

Resepi Kuih Bangkit

Mungkin selama ini kebanyakan daripada kita akan beli sahaja bila rasa nak makan. Tak pernah pula rasa nak cuba buat sendiri sebab tak yakin boleh menghasilkannya dengan baik. Tapi kalau rasa nak cuba buat sendiri apa kata guna beberapa resepi berikut ini untuk menghasilkan kuih bangkit sedap.

Kuih Bangkit Santan

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan atau lebihkan sikit pati santan dari sebiji kelapa (jangan campur air)
  • 1 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur gred B
  • sehelai daun pandan (disiat dan disimpul)
  • 1/2 sudu kecil baking powder (opsyen)

Cara Penyediaan:

  1. Campur tepung ubi dan tepung gandum. Goreng tanpa minyak atau sangai hingga menjadi lebih ringan. Kemudian ayak dan sejukkan.
  2. Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih kemudian ketepikan.
  3. Ayak gula ke dalam mangkuk. Campurkan telur lalu pukul kedua-dua bahan ini sehingga kembang.
  4. Masukkan tepung yang sudah disangai ke dalam adunan telur dan gula, kemudian tambah santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
  5. Ambil seketul doh, gelek menggunakan penggelek. Pastikan alas doh menggunakan 2 helai plastik. Celup acuan dalam tepung sebelum menerap kuih.
  6. Susun atas loyang yang telah disapu dengan majerin dan ditabur sedikit tepung. Setiap kali nak canai dan gelek, doh perlu diuli lagi supaya kuih bangkit jadi rangup.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 150°C selama 30 minit atau hingga masak.
  8. Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian boleh masukkan dalam balang dan sedia untuk dinikmati.

Kuih Bangkit Kelapa

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (cap Ros)
  • 1 biji telur
  • 1 buku mentega atau 250 gram marjerin
  • 1 cawan gula
  • 1 penutup esen vanila
  • 2 cawan kelapa parut disangai tanpa minyak

Cara Penyediaan:

  1. Satukan mentega, gula, esen vanila dan telur dalam mangkuk.
  2. Pukul hingga kembang dan sebati menggunakan senduk kayu. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.
  3. Masukkan kelapa parut, gaul rata dan uli sampai tidak melekat pada tangan.
  4. Terap doh menggunakan acuan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 160°C. Bakar selama 20 minit atau sehingga berwarna keperangan.
  6. Biarkan sejuk terlebih dahulu, baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Baca juga Resepi Bingka Durian

Kuih Bangkit Cheese

Bahan-Bahan:

Bahan A

  • 150 gram cream cheese jenama Tatura (suhu bilik)
  • 250 gram mentega
  • 80 gram gula halus
  • 2 biji kuning telur

Bahan B

  • 300 gram tepung ubi kayu
  • 200 gram tepung jagung (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 30 gram keju parut

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan gula dan mentega sehingga kembang dan berwarna keputihan. Kemudian masukkan cream cheese dan telur, kacau lagi sampai sebati.
  2. Masukkan tepung jagung dan baking powder yang telah diayak, keluarkan dan uli sampai tak melekat di jari.
  3. Jika adunan lembik, tambah tepung ubi sedikit, masukkan 30 gram keju parut.
  4. Selesai menguli, biarkan adunan dalam bekas selama 30 minit.
  5. Terapkan dalam acuan pilihan anda.
  6. Bakar suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga berwarna keperangan.
  7. Biarkan kuih sejuk seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Asal Usulnya

Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional Malaysia yang popular semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidil Fitri. Asal-usulnya dikatakan bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, di mana ia dipercayai berasal dari pengaruh budaya Cina. Ramuan utamanya terdiri daripada tepung sagu atau tepung ubi, santan, dan gula. Proses penyediaannya melibatkan adunan diuli, dibentuk menggunakan acuan sebelum dibakar untuk menghasilkan tekstur biskut yang rangup.

Asalnya kuih ini hanya mempunyai perisa klasik santan tetapi sesuai dengan peredaran zaman, pelbagai inovasi dilakukan pada rasanya. Kini terdapat pelbagai jenis perisa di pasaran dan berikut antara yang popular di kalangan peminatnya. Saya sendiri lebih menggemari rasa klasik dan asli berbanding campuran bahan-bahan lain seperti keju, kelapa dan lain-lain. Tapi setiap orang ada cita rasa tersendiri, jadi pilihlah mana satu yang anda sukai.

kuih bangkit

1. Kuih Bangkit Sagu

Menggunakan tepung sagu sebagai ramuan utama dengan rasa yang lembut dan rangup.

2. Kuih Bangkit Kelapa

Diperkaya dengan kelapa parut untuk memberikan cita rasa yang lebih kaya.

3. Kuih Bangkit Pandan

Memiliki tambahan ekstrak daun pandan untuk memberikan aroma semula jadi yang harum.

4. Kuih Bangkit Santan

Resepi asli yang klasik menggunakan campuran santan segar terus evergreen tak lekang dek zaman.

5. Kuih Bangkit Cheese

Menggunakan kuning telur itik yang memberikan tekstur yang lebih lembut dan berlemak.

6. Kuih Bangkit Badam

Ditambah dengan serbuk badam untuk memberikan rasa dan tekstur yang unik.

7. Kuih Bangkit Jagung

Menggunakan tepung jagung sebagai ramuan utama untuk rasa yang lebih manis dan rangup.

8. Kuih Bangkit Gula Melaka

Diperkaya dengan gula Melaka untuk rasa manis yang tersendiri.

9. Kuih Bangkit Gula Kabung

Diperkaya dengan gula kabung untuk rasa yang unik dan kurang manis.

Setiap jenis biskut bangkit ini mempunyai ciri-ciri dan rasa yang unik, membolehkan peminat kuih tradisional menikmati pelbagai variasi yang menarik.

Baca juga Resepi Tauhu Bergedil

Petua Kuih Bangkit Sedap

Bukan semua orang pandai buat sendiri walaupun resepinya nampak mudah sahaja. Beberapa petua dan tip dikongsi oleh mereka yang berpengalaman untuk membuat kuih evergreen ini supaya sedap, rangup dan cair di mulut tatkala mengunyahnya.

  1. Gunakan tepung ubi kayu berkualiti tinggi: Pastikan tepung ubi kayu yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan segar untuk hasil yang lebih baik.
  2. Santan pekat dan segar: Pilih santan pekat yang segar dan berkualiti tinggi untuk memberi rasa dan aroma yang harum.
  3. Pemilihan gula halus: Gula halus yang halus dan lembut akan membantu kuih bangkit menjadi lebih lembut dan cair di mulut.
  4. Penggunaan daun pandan segar: Jika menggunakan daun pandan, pastikan ia segar untuk menghasilkan aroma semula jadi yang terbaik.
  5. Jangan guna terlalu banyak telur: Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak telur kerana ia boleh mempengaruhi tekstur kuih.
  6. Uli dengan lembut: Uli doh dengan lembut dan jangan terlalu lama untuk mengelakkan kuih menjadi keras.
  7. Jangan gelek doh terlalu tebal atau nipis: Pastikan doh tidak terlalu tebal atau nipis ketika digelek kuih untuk memastikan ia masak dengan sekata.
  8. Panaskan oven dengan suhu yang betul: Pastikan oven sudah mencapai suhu yang betul sebelum memasukkan kuih untuk memastikan kuih masak secara seragam.
  9. Jangan bakar terlalu lama: Jangan bakar terlalu lama kerana kuih bangkit akan menjadi terlalu keras.
  10. Simpan dengan betul: Simpan kuih bangkit dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya dan elakkan daripada terdedah kepada udara terbuka.

Beli Boro Kuih Bangkit

kuih bangkit
Foto: Shopee

Kalau dulu kena tunggu musim raya baru boleh menikmatinya. Tetapi kini, anda boleh makan pada bila-bila masa sahaja. Kalau tak nak buat sendiri pun boleh sahaja beli di mana-mana kedai serbaneka stesyen minyak, penjual-penjual online atau terus beli di platform online Shopee. Lebih mudah dan jimat masa. Jenama Boro antara yang cukup terkenal dan menjadi kegemaran ramai. Dengan harga serendah RM10.90 anda boleh dapat lebih kurang 500 gram kuih bangkit Boro.

Leave a Comment

error: Content is protected !!