Doa berbuka puasa merupakan amalan utama yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam setiap kali hendak berbuka puasa di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia kerana terdapat banyak ganjaran keberkatan, pahala dan mustajabnya doa pada bulan mulia ini.
Table of Contents
Doa Berbuka Puasa Cara Rasulullah SAW
Doa orang berpuasa adalah mustajab. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengangkat tangan dan berdoa memohan keampunan dan apa jua hajat yang dikehendaki kepada Allah SWT sepanjang bulan Ramadan.
Ramai yang mengambil peluang untuk membaca doa berbuka puasa sebelum menjamah makanan kerana hendak merebut fadilat doa mustajab ketika hendak berbuka puasa.
Kebiasaan Doa Nabi SAW Ketika Berbuka Puasa
Sebagai umat Islam yang mencintai Baginda Rasulullah SAW, marilah kita mengikut kebiasaan doa Nabi SAW ketika berbuka puasa. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:
Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala In sha Allah (jika Allah menghendaki).”
[Riwayat Abu Daud, Kitab ash-Shaum, Bab al-Qawli Índa al-Iftori, no. 2357, berkata alArna’ut: Sanad hadith ini adalah hasan)
Doa Berbuka Puasa Popular Dalam Masyarakat
Doa Berbuka Puasa
Sebenarnya terdapat beberapa lagi lafaz doa berbuka puasa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya. Antaranya adalah seperti berikut:
Menurut Mufti WP, kita boleh sahaja berdoa dengan mana-mana doa tersebut asalkan maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.
Bagaimanapun jika dilihat pada status kekuatan hadith, doa berbuka puasa pertama lebih sahih dari sudut sanadnya berbanding hadith yang kedua.
Baca juga Doa Mudah Dihafal
Maksud Hadith
1. Hadith Hasan
Dipetik daripada Mufti WP, menurut Imam Ibn al-Salah hadith Hasan terbahagi kepada dua:
- Hasan li Zatihi
- Hasan li Ghairihi
2. Hadith Mursal
Berikut adalah pengertian hadith mursal mengikut Portal My Hadith, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Waktu Mustajab Berdoa Di Bulan Ramadan
Doa adalah senjata buat orang-orang beriman dan ia juga merupakan satu ibadah yang istimewa antara kita sebagai hamba dengan Pencipta iaitu Allah SWT. Sebagai seorang mukmin, sudah tentu kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudah segala urusan kehidupan kita di dunia ini.
Selain mempraktiskan adab-adab berdoa yang dituntut, kita juga digalakkan untuk membanyakkan berdoa di waktu-waktu mustajab berikut sepanjang bulan Ramadan.
1. Waktu Bersahur
Di sebalik sahur ada keberkatan. Daripada Anas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu semua bersahur, kerana sesungguhnya dengan bersahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari).
Waktu sahur adalah salah satu waktu istimewa di bulan Ramadan kerana Allah SWT menawarkan keampunan, pemberian, kebaikan dan mustajabnya doa kepada hamba-hambaNya yang mendirikan malam.
2. Ketika Sedang Berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata yang maksudnya:
“Rasulullah bersabda: ‘Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka iaitu Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin (ketua) yang adil dan doa orang yang dizalimi.”
3. Doa Menghampiri Waktu Berbuka Puasa
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.” (Riwayat Ibn Majah – sanad hadith ini adalah hasan).
4. Malam Lailatulqadar
Lailatuqadar adalah malam paling istimewa dan ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa. Malam ini adalah malam lebih baik daripada seribu malam dan melakukan ibadah pada malam ini adalah lebih baik daripada 83 tahun ibadah.
Umat Islam disarankan membanyakan doa dan zikir memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.
Perbanyakkan Doa Ini Di Bulan Ramadan
Bulan Ramadan bulan seribu rahmat yang Allah SWT membuka pintu-pintu taubat seluas-luasnya dan dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda berbanding bulan lain untuk setiap amal ibadat yang kita lakukan.
Jangan lepaskan peluang untuk banyakkan berdoa kerana bulan Ramadan juga adalah bulan mustajabnya doa setiap hamba-hambaNya.
Berikut antara doa-doa yang sangat digalakkan untuk kita mengamalkan sepanjang bulan Ramadan.
1. Doa Menghampiri Bulan Ramadan
Semakin menjelangnya bulan Ramadan, kita disarankan banyakkan berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik supaya Allah SWT sampaikan kita pada bulan Ramadan dan dapat mengerjakan amal ibadat yang diterima olehNya.
2. Doa Malam Lailatulqadar
Ini merupakan doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada Saidatina Aisyah r.a seperti diriwayatkan dalam hadith berikut:
Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: ‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”– HR. Tirmidzi-
3. Doa Kegemaran Nabi SAW
Doa ini merupakan satu doa yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW dan kita sangat digalakkan membacanya pada bila-bila masa terutama di bulan Ramadan. Kita boleh baca pada bila-bila masa termasuk sebelum membaca doa berbuka puasa.
Kita dituntut sentiasa melafazkan doa kepada Allah SWT dalam apa situasi. Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghadapi dan menyempurnakan bulan Ramadan yang mulia ini. Marhaban Ya Ramadan!