Bufet Ramadan 2024 KSL Esplanade Hotel Meriah

Bufet Ramadan 2024 “Santapan Warisan Iftar” KSL Esplanade Hotel sangat meriah dan menyelerakan. Hidangan yang disediakan mengimbas kembali kenangan masakan tradisional warisan nenek moyang kita dahulu.

bufet ramadan 2024

Bufet Ramadan 2024 yang bermula dari 16 Mac sehingga 9 April 2024 menawarkan pelbagai menu yang enak mulai dari jam 6.30 petang hingga 10 malam di Birch, Level 3A. Menariknya lokasi bufet di sini turut menawarkan pemandangan dari kolam renang hotel.

Bufet Ramadan 2024 Santapan Warisan

Tahun ini merupakan kali ke-2 KSL Esplanade Hotel menawarkan bufet Ramadan bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan al-mubarak. Dengan tema “Santapan Warisan” yang ingin membawa pengunjung mengimbas kembali kenangan mereka ketika zaman kecil dan muda menikmati juadah berbuka puasa air tangan ibunda tercinta di kampung halaman.

Konsep Bufet Ramadan 2024

Santapan Warisan menawarkan pelbagai jenis menu tradisional yang meriah dengan warna dan cita rasa budaya Malaysia. Antara hidangan utama yang sudah tentu mendapat sambutan ramai iaitu Sup Gear Box dan Kambing Bakar.

Hidangan utama Kambing Bakar & Sup Gear Box

Bagi menggamit memori makanan kampung terkenal di Malaysia, turut terdapat pelbagai gerai makanan bertemakan setiap negeri yang menyediakan sajian istimewa masing-masing seperti Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya oleh Gerai Orang Terengganu, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Ayam dengan Rebung oleh Gerai Orang Pahang selain masakan kampung seperti Masak Lemak Cili Api Siput Sedut, Masak Lemak Cili Api Daging Salai, Asam Pedas dan lain-lain gerai lagi.

Selain hidangan utama tersebut, terdapat juga gerai makanan lain yang menawarkan pelbagai makanan lain seperti Sate, Rojak, Makanan Laut, Pasta, Popia, Burger, Apam Balik, Keropok Lekor, Dimsum, pelbagai jenis nasi seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Arab, Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Nasi Minyak.

bufet ramadan 2024
Dimsum

Bagi yang tidak mahu makan nasi, anda boleh mencuba pelbagai pilihan laksa iaitu Laksa Penang dan Laksam.

Pengunjung juga boleh memilih bermacam jenis minuman panas dan sejuk seperti Kopi, Teh, Strawberry, Melon, Sweet Corn, Green Apple, Mocha, Green Tea dan banyak lagi.

bufet ramadan 2024
Antara pilihan minuman yang ada.

Jangan lupa nikmati juga pelbagai hidangan pencuci mulut yang menawarkan cita rasa moden dan tradisional seperti Kek, Puding, Jeli, Kuih Koci, Kuih Seri Muka, Kuih Kasui, Dodol, Talam Keladi, Sagu Gula Melaka dan lain-lain lagi.

bufet ramadan 2024
Pelbagai pilihan pencuci mulut yang menyelerakan.

Bagi yang merindui juadah hari raya, anda juga boleh nikmati keenakkan lemang dan ketupak bersama serunding daging.

Harga Dan Tempahan

Harga bufet Ramadan 2024 bagi dewasa adalah RM138+ dan RM108+ untuk warga emas. Sementara harga untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun pula adalah RM88+

Untuk tempahan boleh hubungi 018-767 7288 atau layari www.kslesplanadehotel.com

Kemudahan Selesa

Pengunjung turut disajikan dengan halwa telinga persembahan nyanyian live band bagi memeriahkan suasana. Anda boleh menikmati hidangan berbuka puasa dengan tenang kerana ruang dewan makannya luas selain ada surau untuk menunaikan solat maghrib yang selesa di tingkat satu dan tempat letak kereta yang banyak dan selamat.

Bagi yang merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai, inilah masanya untuk anda merebut peluang menempah bufet Ramadan 2024 yang menawarkan bermacam pilihan juadah menyelerakan di lokasi yang selesa untuk menjamu selera sambil merapatkan silaturrahim persaudaraan.

Tunggu apa lagi, tempah sekarang.

Baca juga Ibis PJCC Petaling Jaya Pilihan Staycation

Tentang KSL Esplanade Hotel

KSL Esplanade Hotel, hanya terletak bersebelahan dengan KSL Esplanade Mall merupakan mercu tanda baharu perhotelan di bandar Klang.

Terletak secara strategik di antara West/Nort Port Klang dan hab perniagaan di seluruh Lembah Klang yang sibuk hotel yang terletak di Klang Selatan hanya mengambil masa kira-kira 10 minit pemanduan ke pusat bandar Bukit Tinggi Klang.

Lokasi strategiknya mudah diakses melalui lebuh raya utama KESAS, SKVE dan NKVE. Hotel ini mempunyai 403 penginapan kontemporari, sederhana dan serba moden termasuk bilik Superior, Deluxe, Family, Premier, Executives Suite .

Selain itu hotel ini turut mempunyai fasiliti spa San Onsennya sendiri dengan mata air panas yang diekstrak secara semula jadi air terus dari sumber dan diangkut ke Onsen, kolam onsen peribadi dan awam yang mesti dicuba.

Nikmati makan malam istimewa penginapan anda di SORA Sky dining @ Level 23 yang menawarkan masakan Fusion Jepun dengan pemandangan panorama Lembah Klang dan pemandangan matahari terbenam tanpa halangan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!