Kolaborasi AEON x Izzati Suza kembali memeriahkan dunia fesyen tempatan dengan rekaan lebih mantap dan menarik. Untuk kempen kali ini, koleksi terbaharu ini diberi nama “Gadis Gadang” – suatu nama yang melambangkan cita-cita, impian dan kekuatan.
Kejayaan kolaborasi pada kempen lepas iaitu Plus Size x Izzati Suza yang tampil dengan pelbagai rekaan pakaian yang tersendiri dan penuh keyakinan membuatkan AEON ingin terus bekerjasama dengan Izzati Suza.
Table of Contents
Kolaborasi AEON X Izzati Suza Meraikan Semua Wanita
Majlis pelancaran koleksi “Gadis Gadang” diadakan secara eksklusif di AEON Shah Alam pada Sabtu 10 Mei 2025 di ruang bahagian pakaian wanita Aeon Store.

Koleksi kali ini yang tampil lebih segar dengan pilihan warna vibrant, corak tersendiri dan paling penting sesuai untuk semua bentuk dan saiz badan ini ditampilkan untuk meraikan wanita di setiap peringkat kehidupan daripada fasa remaja menjadi ibu sehinggalah bergelar bos.
Istimewanya kolaborasi rekaan artis ‘happy go lucky’ ini bukan sekadar fesyen pakaian biasa tetapi ia terselit mesej tersendiri yang sangat positif khusus untuk wanita bersaiz besar supaya mereka tidak rasa rendah diri untuk bergaya kerana semua orang adalah cantik secara tersendiri. Sebab itulah timbul nama “Gadis Gadang”!

Izzati menggunakan kreativitinya melukis dengan menghasilkan corak yang mempunyai cerita tersendiri penuh mesej positif untuk memberi keyakinan pada si pemakai. Rekaan koleksi “Gadis Gadang” menampilkan lukisan sentuhan unik Izzati yang bertenaga dan berinspirasikan budaya Malaysia.
Setiap rekaannya mencerminkan gaya artistiknya yang unik dan adakalanya terselit unsur lucu yang kita boleh kaitkan dengan diri sendiri.
Wanita Bersaiz Besar Bebas Bergaya
Tiada halangan untuk wanita bersaiz badan besar bergaya dan berfesyen dalam berpakaian. Itu mesej utama Izzati dalam koleksi kali ini. Jangan risau lagi pakaian yang diminati tiada saiz kerana koleksi “Gadis Gadang” terdapat dari saiz 18 hingga 24 atau 2XL sampai 7XL.
Paling istimewa koleksi pakaian ini juga terhad dan hanya terdapat di 18 cawangan AEON store terpilih sahaja. Jadi kuranglah risiko untuk sama dengan ramai orang. Best kan!
Koleksi “Gadis Gadang” Yang Memikat Hati
Sekali pandang pada koleksi ini, hati terus terpaut pada rekaannya yang simple tetap bergaya. Pada majlis pelancarannya turut diadakan catwalk koleksi pakaian “Gadis Gadang” yang digayakan oleh model-model dari pelbagai peringkat usia dan saiz badan.
Masing-masing kelihatan bergaya dan berkeyakinan memperagakan koleksi pakaian dari T-shirt bercorak ‘cute’ dan ‘funky’, kardigan moden dalam pilihan warna-warna pastel, sehinggalah koleksi denim terdiri daripada skirt, jeans dan jaket yang sangat trendy dan lain daripada rekaan biasa.

Menariknya pembeli boleh tampal Patchwork lukisan Izzati pada mana-mana koleksi pakaian yang dibeli untuk nampak lebih eksklusif dan rare! Bahkan bagi pembelian sebarang koleksi “Gadis Gadang” di dalam AEON Store, anda berpeluang untuk mendapat Patchwork itu secara percuma.
Hanya di AEON Terpilih Sahaja
Jom kita bersama-sama menyokong kempen ini yang diilhamkan daripada kisah sebenar segelintir wanita yang berjuang membina keyakinan diri dalam pelbagai cara.
Izzati yang mendapat inspirasi dan kekuatan daripada ibunya sepanjang berkarya mahu menjadikan rekaannya sebagai satu platform mempromosikan penjagaan diri, kecantikan setiap wanita dengan cara tersendiri dan sikap positif menerima diri sendiri.

Cetakan tebal, denim yang selesa dan mesej yang positif adalah bukti koleksi ini ingin memperkasakan wanita untuk berkeyakinan, menerima perubahan dan bangga untuk mengeskpresikan diri sendiri.
Selain AEON Store Shah Alam, koleksi ini turut dijual di AEON store terpilih di seluruh Malaysia iaitu:
- Taman Maluri
- Melaka
- Wangsa Maju
- Bandar Utama
- Ipoh
- Mid Valley
- Bandar Puchong
- Seremban 2
- Teberau City
- Cheras Selatan
- Queensbay
- Bukit Tinggi
- Rawang
- Kuching Sentral
- Nilai
- Putrajaya
Selain sesi Meet & Greet bersama Izzati Suza, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang menarik semasa majlis pelancaran yang diacarakan oleh hos happening Fiza Frizzy seperti :
- Kuiz mengenai koleksi kolaborasi AEON X Izzati Suza dan pemenang bertuah mendapat bantal edisi terhad Izzati.
- Hadiah menarik untuk kapsyen paling kreatif di Wall of “Gadis Gadang”.
- Sesi fotografi bersama Izzati Suza.
- Patchwork (sulam atau print) secara percuma bagi pembeli koleksi.
Dapatkan Lebih Banyak Maklumat
Seperti biasa jangan lupa layari semua platform media sosial AEON di Facebook, Instagram, TikTok dan X atau layari aeonretail.com.my/fashion/pluscollection/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kempen ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Izzati pula, boleh singgah di www.kedaisuza.com atau Instagram beliau di @izzatisuza
Baca juga: Aeon perkenal jenama in-house