Gelang Emas: 11 Nama-Nama Popular Dan Terkini

Gelang emas antara barang kemas perhiasan kegemaran wanita. Boleh dikatakan setiap wanita pasti ada sekurang-kurangnya seutas gelang emas di tangan. Emas juga kini semakin terkenal sebagai satu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Harga emas juga semakin hari semakin naik, jadi memang berbaloi siapa yang melaburkan wang mereka untuk membeli emas.

Jenis Gelang Emas

Terdapat dua jenis gelang emas yang sering jadi pilihan wanita mengikut citarasa masing-masing iaitu rantai tangan dan bangle. Hiasan yang digunakan di pergelangan tangan ini memberi kepuasan dan keyakinan diri kepada kaum hawa selain ia menjadi pelengkap gaya mereka.

gelang emas
Gelang jenis bangle (Foto: Pexel)

Ada orang suka jenis rantai tangan ada pula lebih gemar jenis bangle. Mari kita lihat perbezaan antara rantai tangan dan bangle:

Ciri-CiriRantai TanganBangle
Reka BentukRantai tangan diperbuat daripada pelbagai bahan seperti emas, perak, atau manik.Bangle biasanya diperbuat daripada bahan keras seperti logam, plastik keras, kayu, atau manik-manik yang disusun dalam bentuk gelang.
FleksibilitiRantai tangan lebih fleksibel kerana ia terdiri daripada mata rantai yang boleh bergerak bebas.Bangle kurang fleksibel kerana ia adalah satu rekaan keras yang kekal berbentuk melingkar.
Cara memakaiRantai tangan biasanya dipasangkan dengan menggantungkannya di pergelangan tangan dan bercangkuk.Bangle dipakaikan dengan cara memasukkan terus ke pergelangan tangan atau ada rekaan yang mempunyai cangkuk.
Gaya dan fungsiRantai tangan lebih selesa dipakai setiap masa dan reka bentuknya yang pelbagai jenis menambah seri kepada pelbagai gaya pakaian.Sesetengah rekaan bangle tidak sesuai dipakai sebagai harian kerana mempunyai reka bentuk yang menonjol dan tidak tahan lasak.

Walau saban hari harga emas terus meningkat tetapi peminat emas terus mengunjungi kedai emas untuk membeli rekaan gelang emas terkini kegemaran mereka.

Tak tahu siapa yang mencetuskan idea rekaan gelang emas 916 berinspirasikan daripada haiwan dan makanan tetapi ia pernah menjadi fenomena viral dan kegilaan peminat emas.

Antara koleksi nama gelang emas terkini dan popular dikongsi oleh Akhtar Syamir adalah gelang emas lipan, pulut dakap, latok, biskut tawar, emas boba, mana satu yang dah menjadi milik anda?

Baca juga https://nitasawal.com/harga-braces-murah/

Gelang Emas Lipan

gelang emas

Gelang Emas Pulut Dakap

Gelang Emas Biskut Tawar

Gelang Emas Roti Bun

Gelang Emas Anggur

Gelang Emas Biji Ketumbar

Gelang Emas Boba

Gelang Emas Coco

Gelang Emas Mata Petai

Gelang Emas Ekor Kucing

Gelang Emas Jagung

Panduan Beli Emas

Dalam keghairahan merebut pelbagai tawaran harga murah di kedai emas pastikan anda tidak tertipu dalam pembelian tersebut.

Berikut adalah 6 panduan untuk mengenal pasti gelang emas 916 yang tulen:

1. Rujuk Sijil Emas

Pastikan perhiasan emas mempunyai sijil yang menjamin ketulenan emas tersebut. Sijil emas membuktikan tahap kualiti dan kandungan emas dalam gelang.

2. Beli Di Kedai Emas Berlesen

Barang kemas tulen biasanya mempunyai tanda kemasan atau rekaan tertentu yang menunjukkan kualiti pembuatannya. Pastikan untuk memeriksa tanda-tanda ini.

3. Berat Emas

Sentiasa bertanya atau periksa dengan betul jumlah berat barang kemas (dalam gram) yang hendak dibeli. Ini penting untuk menentukan berapakah jumlah emas yang sebenarnya anda beli.

4. Gred Emas

Tanyakan mengenai gred emas gelang, seperti “916” untuk emas 22 karat atau “750” untuk emas 18 karat. Gred ini mengukur kandungan emas dalam gelang.

5. Periksa Kesan Karat

Barang kemas tulen cenderung tidak mengalami karat. Periksa dengan teliti untuk memastikan gelang tersebut bebas daripada tanda-tanda karat atau kerosakan.

Pastikan anda membeli emas dari penjual yang dipercayai dan berlesen untuk mengelakkan pembelian emas palsu. Melakukan penyelidikan awal dan memahami ciri-ciri emas yang tulen adalah penting untuk melindungi pelaburan anda.

Baca juga Cara Memilih Makanan Kucing

Di Malaysia, terdapat banyak kedai emas popular. Berikut adalah senarai lima kedai emas yang terkenal di Malaysia:

1. Poh Kong

Poh Kong adalah salah satu rangkaian kedai emas terbesar di Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai jenis perhiasan emas dan perak dengan kualiti yang tinggi. Anda hanya perlu google sahaja cawangan yang ingin dikunjungi di seluruh Malaysia.

2. Tomei

Tomei juga merupakan rangkaian kedai emas yang terkenal di Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai pilihan perhiasan emas, berlian, dan batu permata yang cantik.

3. Habib Jewels

Habib Jewels adalah jenama terkenal dalam industri perhiasan di Malaysia. Mereka terkenal dengan rekaan-rekaan yang eksklusif dan mewah serta berkualiti tinggi.

4. Wah Chan

Wah Chan adalah jenama yang popular di kalangan pembeli emas. Mereka menawarkan emas 916, perhiasan berlian, dan pelbagai pilihan hadiah perkahwinan.

5. SK Jewellery

SK Jewellery merupakan salah satu kedai perhiasan yang terkenal di Malaysia. Mereka menawarkan perhiasan moden dan klasik yang sesuai untuk pelbagai acara istimewa.

Petua Bersihkan Gelang

Selain menghantar perhiasan emas untuk dicuci di mana-mana kedai emas, anda sebenarnya boleh bersihkan sendiri barang kemas menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.

gelang emas
Foto: Pexels

1. Baking Soda

Campurkan sedikit baking soda dengan air suam dan kacau larutan. Celupkan gelang ke dalam larutan ini dan gosoklah perlahan-lahan dengan berus lembut. Bilas dengan air bersih dan lap kering dengan lembut.

2. Perahan Limau Nipis

Perah jus daripada limau nipis. Sapukan jus limau ke atas gelang dan biarkan selama beberapa minit sebelum membersihkannya dengan berus lembut. Bilas dan lap kering.

3. Air Garam

Campurkan air panas dengan sedikit garam. Rendam gelang dalam larutan ini dan biarkan selama beberapa minit. Gosok lembut dengan berus, bilas, dan keringkan.

4. Cuka Putih

Campurkan cuka putih dengan air suam dalam nisbah 1:1. Rendam gelang dalam campuran ini selama beberapa minit, kemudian gosoklah perlahan-lahan dengan berus lembut. Bilas dan keringkan.

Pastikan untuk membersihkan gelang emas dengan lembut dan tidak menggunakan bahan-bahan yang terlalu berasid atau keras yang boleh merosakkan permukaannya. Sebelum menggunakan mana-mana daripada petua ini, pastikan anda memahami jenis emas yang anda miliki untuk mengelakkan sebarang kerosakan atau penurunan nilai.

Bayar Zakat Barang Kemas

Anda boleh merujuk nilai ‘uruf emas mengikut negeri masing-masing untuk kiraan pembayaran zakat barang kemas yang dimiliki (sekiranya layak membayar).

FAQs

Q: Perlukah bayar zakat gelang emas?

A: Menurut laman web Zakat Selangor, emas perhiasan wanita sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan, wajib dizakatkan apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf (adat kebiasaan).

Kadar ‘uruf emas di negeri Selangor iaitu sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa)
Contoh kiraan:

Timbangan emas x harga semasa x 2/5% = Jumlah zakat
100 gram x RM265 = RM26,500 x 2.5% = RM662.50

Kesimpulan

Sebagai perhiasan barang kemas yang popular di Malaysia, rantai tangan dihargai kerana kecantikan dan nilai pelaburan emasnya. Terdapat pelbagai jenis rekaan dan harga yang sesuai untuk setiap orang. Buatlah pilihan yang mengikut citarasa serta yang penting dalam bajet anda. Berhati-hati dalam memakai perhiasan gelang tangan kerana saiz yang terlalu besar dan sarat boleh mengundang risiko kecurian.

Leave a Comment

error: Content is protected !!