Resdung teruk akan menyebabkan seseorang bukan sekadar bersin dan gatal hidung hingga hingus kerap meleleh tetapi hingga tahap sakit kepala dan sukar bernafas. Penyakit resdung membuatkan orang yang menghidapnya sering mengadu rasa tak selesa apabila mereka melalui fasa simptom yang teruk dan mengganggu rutin kehidupan harian mereka.
Table of Contents
Apa Itu Resdung?
Resdung adalah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang mukosa di bahagian hidung, demikian mengikut definisi kamus Dewan Bahasa Pustaka (DBP).
Orang Melayu pula menamakan ia sebagai penyakit alahan hidung. Asalkan sesiapa bangun setiap pagi bersin tanpa henti, mereka akan melabelkan sebagai resdung.
Baca juga Ubat sakit perut
Jenis-Jenis Resdung
Mengikut perkongsian Dr Mohd Shaiful Nizam, Pakar Bedah Telinga, Hidung Dan Tekak di Twitter, dalam istilah perubatan pula, penyakit resdung ini dikategorikan kepada 2 jenis.
1. Alahan Hidung (Allergic Rhinitis)
Pada asasnya, ia bukanlah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman, tetapi merupakan suatu tindak balas hidung pada alahan tertentu seperti makanan, debu persekitaran, hama atau bulu binatang.
Sesetengah manusia mengalami alahan tinggi yang menyebakan sistem imun badan bertindakbalas secara berlebihan daripada orang yang normal. Ia dikenali sebagai Hypersensitiviti.
Reaksi inilah menyebabkan hidung membengkak dan mengeluarkan cecair hingus resdung yang berterusan.
2. Radang Sinus (Sinusitis)
Paranasal sinus adalah rongga udara yang diselaputi oleh mukosa yang terdapat dalam tengkorak kepala (Maxillary, ethmoid, frontal,sphenoid).
Jangkitan virus/bakteria/kulat akan menyebakan radang pada sinus sama ada radang Akut atau Kronik.
Punca Resdung
Antara punca berlakunya resdung adalah seperti berikut:
- Alahan pada persekitaran berhabuk.
- Hama.
- Bulu kucing atau anjing.
- Cuaca terlalu sejuk.
- Makanan tertentu seperti sesetengah makanan laut atau kekacang.
Simptom Resdung
Bagi masalah jenis alahan hidung, antara simptom yang kerap berlaku pada penghidapnya adalah:
1. Bersin yang berterusan, terutamanya waktu pagi.
2. Hidung kerap berair.
3. Hidung tersumbat.
4. Gatal-gatal pada kawasan hidung dan mata.
Sementara itu jika terkena jenis sinusitis pula, penghidap akan mengalami simptom-simptom seperti ini:
5. Sakit muka pada bahagian sinus yang terlibat.
6. Hingus pekat kekuningan & berbau.
7. Hidung tersumbat.
8. Kurang deria bau.
9. Sakit kepala & sukar bernafas (resdung teruk).
Tanda Ada Resdung
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pakar kesihatan Amerika Syarikat, hanya 25% alahan adalah disebabkan oleh faktor keturunan. Sementara 75% lagi adalah disebabkan oleh faktor persekitaran.
WHO mengatakan kadar peningkatan manusia yang mempunyai alahan meningkat 25 kali ganda sejak 10 tahun ini.
Diagnosis
Bagi membuat diagnosis tanda resdung jenis alahan hidung dan sinusitis doktor akan melakukan beberapa jenis ujian.
Ujian Skin Prick Test
Ujian ini adalah untuk mengenal pasti spesifik alahan yang dihidapi.
Pemeriksaan Endoskopi
Ia dilakukan untuk melihat struktur anatomi hidung yang normal dan tidak normal bagi masalah alahan hidung. Sementara bagi masalah sinusitis pula pemeriksaan ini dilakukan untuk melihat nanah yang ada dan sebarang komplikasi yang berlaku seperti polyps.
Imbasan X-Ray
Dalam keadaan Radang Akut, imbasan x-ray sinus akan dilakukan untuk membantu dalam diagnosis.
Baca juga Ulser Mulut Bayi
Kaedah Rawatan
Cara untuk hilangkan resdung ini memerlukan kesabaran dan disiplin oleh penghidap. Rawatan perlu mengikut jenis masalah yang dihadapi tetapi tips resdung paling simple dan asas iaitu penghidap perlu mengelakkan diri mereka daripada situasi yang boleh mencetuskannya.
Selain daripada rawatan utama iaitu menghindarkan allergen dan kawasan yang berdebu doktor akan memberi sama ada ubat resdung jenis antiHistamine atau Spray hidung atau kedua-duanya sekali, bergantung kepada peringkat yang dialami (intermittent atau persistent).
Untuk Radang Akut pula, doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai di samping ubat antiHistamine dan spray hidung.
Pembedahan akan dilakulan sekiranya rawatan konsevatif (pengambilan ubat) gagal merawat dan selepas dikesan melalui imbasan CT Scan sinus.
Komplikasi boleh berlaku jika Radang Akut sinusitis tidak dirawat dengan betul. Ia boleh merebak ke kawasan mata dan juga ke dalam otak
Petua Tradisional
Dalam masyarakat Melayu memang banyak dikongsikan beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan untuk merawat masalah alahan hidung. Berikut adalah beberapa petua tradisional yang mungkin dapat membantu:
Stim atau wap air panas
Didihkan air dan masukkan dalam mangkuk, kemudian rapatkan muka anda di atas mangkuk tersebut dan tutup kepala dengan tuala besar. Wap air panas ini boleh membantu membuka saluran hidung yang tersumbat.
Larutan Air Garam
Campurkan garam dalam air suam dan gunakan untuk membilas hidung. Proses ini dikenali sebagai “nasal irrigation” dan boleh membantu membersihkan kotoran dan alergen dari hidung.
Madu dan Lemon
Campurkan madu dengan jus lemon dalam air suam. Minum campuran ini boleh membantu melegakan gejala resdung seperti batuk dan kesesakan hidung.
Bawang Putih
Bawang putih mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria. Anda boleh cuba mengunyah bawang putih mentah atau mengambil suplemen bawang putih dengan nasihat doktor.
Halia
Halia juga mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu melonggarkan saluran pernafasan. Anda boleh membuat teh halia atau menambahkan halia dalam makanan anda.
Minyak Eucalyptus
Titiskan beberapa titik minyak eucalyptus dalam air panas dan sedut wapnya. Ia boleh membantu membuka saluran hidung.
Air Garam Untuk Berkumur
Berkumur dengan air garam yang dicampur dalam air suam boleh membantu melegakan sakit tekak dan merawat jangkitan di bahagian atas saluran pernafasan.
Minyak Habbatus Sauda
Minyak habbatus sauda dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk merawat masalah resdung. Anda boleh mengambilnya mengikut dos yang disyorkan.
Cuka Epal
Minum air campuran cuka epal dengan air suam boleh membantu melegakan kesesakan hidung.
Berehat dan Minum Air Secukupnya
Rehat yang cukup dan pengambilan air yang mencukupi boleh membantu tubuh melawan jangkitan dan melegakan gejala resdung.
Petua-petua ini bukan pengganti nasihat perubatan profesional. Jika masalah resdung berlarutan atau teruk, penting untuk mendapatkan pandangan doktor atau pakar perubatan yang berkelayakan.
Ubat Di Farmasi
Berikut adalah senarai 5 ubat resdung yang boleh dibeli di farmasi:
1. Cetirizine
Membantu mengurangkan gejala alahan seperti gatal-gatal, bersin, dan hidung berair.
2. Loratadine
Merupakan antihistamin yang membantu meredakan gejala alergi seperti hidung tersumbat dan mata berair.
3. Chlorpheniramine
Antihistamin yang membantu meredakan gejala alergi seperti gatal-gatal, bersin, dan hidung berair.
4. Pseudoephedrine
Dekongestan yang membantu mengurangkan kesesakan hidung dan saluran pernafasan.
5. Phenylephrine
Mengurangkan masalah hidung tersumbat dengan menyempitkan pembuluh darah di dalam hidung.
Namun, penting untuk membaca arahan penggunaan pada bungkusan ubat dan berunding dengan ahli farmasi sebelum mengambil ubat ini. Jika gejala tidak berkurangan atau bertambah teruk, sebaiknya berjumpa doktor untuk nasihat perubatan yang lebih baik.
Kesimpulan
Menurut Dr Shaiful Nizam, ulat sebenarnya tidak wujud dan ulat ini juga bukan penyebab utama kepada resdung. Yang ada ulat dalam masalah ini mungkin setelah berlaku komplikasi yang sangat teruk, yang tidak mendapatkan rawatan yang betul.