Villa NurJannah Janda Baik, Lokasi Staycation Healing Terbaik

Villa NurJannah Janda Baik| Jika anda tercari-cari lokasi staycation luar dari hiruk-pikuk Kuala Lumpur dan mempunyai persekitaran alam semula jadi, Villa NurJannah adalah pilihan yang tepat sekali. Pengalaman saya melawat vila ini ketika majlis pelancarannya pada Mac lepas membuatkan hati terus jatuh cinta.

Hanya dengan pemanduan kira-kira 50 minit dari ibu kota, anda pasti terpesona menikmati kehijauan hutan semula jadi dan ketenangan di kawasan vila yang dibina di atas tanah persendirian. Kepada yang gemarkan staycation secara privasi bersama ahli keluarga atau bestie, Villa NurJannah Janda Baik pasti membuatkan anda berpuas hati.

Villa bercitarasa mewah yang dilancarkan pada 7 Mac 2024 oleh mantan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri ini dimiliki oleh Pengiran Datuk (DR) Pengiran Putera dan Pengiran Majmin Said berkeluasan lebih 4000 kaki persegi.

Majlis perasmian Villa NurJannah

Menurut beliau, pada asalnya villa ini menjadi rumah inap ahli keluarga dan teman-teman rapatnya pada hujung minggu sahaja. Katanya lagi sepanjang kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, mereka sekeluarga menetap di situ.

Villa ini mempunyai enam bilik mewah dengan setiap satunya mempunyai kemudahan lengkap termasuk penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni peribadi berhadapan pemandangan hutan nan menghijau.

Terdapat juga kemudahan dua bilik dormitary dan tapak glamping yang menyediakan empat biji khemah berasingan yang setiap satunya disediakan penghawa dingin.

Villa NurJannah Janda Baik mula menerima tetamu secara rasmi pada 1 Mac lalu boleh memuatkan seramai 40 orang tetamu dalam satu masa dan telah mula menerima banyak tempahan daripada orang ramai yang mencari lokasi staycation dekat dengan alam semula jadi dan privasi.

Dekorasi bilik yang mewah.

Baca juga: Ibis PJCC Petaling Jaya

5 Perkara Menarik Di Villa NurJannah Janda Baik

Lokasi Yang Privasi

Pemandangan menghijau dari bilik.

Bagi yang mencari port healing yang privasi daripada orang ramai dan nak menghabiskan masa bersama ahli keluarga atau teman-teman rapat, Villa NurJannah Janda Baik adalah pilihan yang tepat. Menariknya dengan jumlah bilik yang banyak, ruang halaman yang luas korang boleh jadikan ia sebagai lokasi untuk acara istimewa seperti sambutan hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau juga majlis perkahwinan intim bersama keluarga rapat sahaja.

Kelengkapan Rekreasi

Walaupun bercuti korang masih tetap boleh teruskan aktiviti riadah dan rekreasi sambil menikmati udara segar dari hutan semula jadi. Villa NurJannah Janda Baik turut menyediakan kelengkapan gimnasium dengan peralatan termasuk treadmill, trampoline, dumbell dan set weight lifting. Yang bestnya, terdapat juga gelanggang bola tampar pasar di tepi sungai. Pihak pengurusan turut merancang untuk membuka dua buah kolam memancing ikan pada bulan Ogos nanti.

Kemudahan Percuma

Tak lengkap staycation di villa jika tiada aktiviti barbeku dan berkaraoke bersama ahli keluarga atau teman-teman rapat. Villa NurJannah ada menyediakan kelengkapan tersebut seperti set karaoke, pit barbeku, dapur dilengkapi bahan asas memasak.

Tetapi sekiranya tetamu yang menginap di villa ini enggan memasak, boleh sahaja membuat tempahan makanan dari kedai makan berhampiran.

Sungai Persendirian

villa nurjannah janda baik
Tapak glamping berhadapan sungai.

Tarikan ini pasti yang paling mendapat perhatian ramai tetamu yang memilih untuk menginap di Villa NurJannah. Sebatang sungai yang mengalir tenang di bahagian belakang villa pastinya memberikan keseronokan tetamu terutamanya golongan kanak-kanak. Yang seronoknya, bila dah tempah menginap di sini korang tak perlu risau akan berkongsi mandi sungai dengan orang lain kecuali ahli keluarga sendiri atau kawan-kawan rapat sahaja.

Harga Villa NurJannah

Awalnya memang terkejut bila dengar harga villa mewah ini. Tetapi apabila difikirkan balik dan mengambil kira segala kelengkapan yang disediakan, keluasan kawasannya selain jumlah bilik yang ada, rasanya memang berbaloi menyewanya untuk percutian singkat secara privasi.

Villa NurJannah menawawrkan harga bermula RM3,500 untuk hari minggu (Isnin hingga Khamis) dan RM5,000 pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad). Sementara yang memilih tempahan pada cuti umum, harganya agak mahal sedikit iaitu bermula dari RM7,000.

Walaupun kedengaran agak mahal harganya namun ia sangat berbaloi dengan segala kemudahan yang disediakan. Sebenarnya korang boleh berkongsi kos sewa villa dengan ahli keluarga lain atau kawan-kawan rapat untuk menghabiskan percutian bersama-sama yang pastinya meninggalkan memori paling bermakna dalam hidup.

Jika anda berminat untuk membuat penempahan menginap di villa ini, boleh hubungi talian 019-7344505 atau email villanurjannah@gmail.com layari di media sosial @villanurjannah.

Leave a Comment

error: Content is protected !!