Planet Mahir Tawar Harga Serendah RM3 Sehari Tuisyen Online SPM

Tuisyen Online SPM | Dengan harga serendah RM3 sehari pasti ramai ibu bapa tidak akan melepaskan peluang ini untuk mendaftarkan anak mereka belajar di Planet Mahir, Gedung Ilmu Online yang membuat promosi tawaran harga istimewa ini bermula 1 Mei 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-5 penubuhan Planet Mahir, mereka melancarkan pakej promosi “Anugerah Terindah”. Tawaran istimewa ini membolehkan keluarga mengakses tuisyen dalam talian VOD yang komprehensif dengan harga RM3 sehari.

tuisyen online spm
Dato’ Mohd Husni dan Nizal Mohammad ketika sesi pengenalan pakej “Anugerah Terindah”.

Inisiatif ini membuktikan komitmen Planet Mahir yang tidak berbelah bahagi untuk menjadikan pendidikan berkualiti mampu milik dan boleh diakses oleh semua, tanpa mengira keadaan kewangan mereka.

Tuisyen Online SPM Pembelajaran Tanpa Sempadan

Permintaan terhadap kelas tuisyen online meningkat dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan STPM.

Menyedari hal tersebut, Planet Mahir yang terkenal sebagai antara pelopor inovasi dalam bidang pendidikan digital mengorak langkah baharu dalam usaha untuk menjadikan pendidikan boleh diakses oleh semua orang di mana-mana sahaja.

Tuisyen online ini boleh diakses melalui laman web planetmahir.com pada Video-On-Demand.
Pelajar boleh mengikuti pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kaedah ini berbeza dibandingkan dengan tuisyen online MC Plus yang membuat sesi pembelajaran dan pengajaran secara live.

Semua subjek telah direkodkan dan boleh ditonton berulang kali. Bahan Pengajaran (soalan, nota dan lain-lain.) boleh dikongsi, sebagai sebahagian daripada ciri Digital Classroom Planet Mahir.

Pelajar turut boleh berinteraksi dengan tutor menggunakan kemudahan Live Chat. Tenaga pengajar (tutor) adalah guru-guru yang berpengalaman, berkelayakan dan popular.

Tajaan Tuisyen Online

Menariknya cara langganan tuisyen online di Platform Mahir ini membolehkan bukan ibu bapa sahaja membiayai kelas tersebut untuk anak mereka.

Tetapi turut membuka peluang kepada orang lain yang ingin bersedekah dengan cara menanggung kos bayaran kelas tuisyen untuk anak saudara, anak kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kurang berkemampuan pergi ke kelas tuisyen. Secara tidak langsung anda boleh memberi peluang kepada mereka untuk menghadiri tuisyen online percuma.

Kaedah tuisyen online di Platform Mahir, sama seperti memilih siri kegemaran anda di Netflix, satu subjek pada satu masa. Terdapat 21 subjek yang ditawarkan untuk calon SPM antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kimia, Fizik, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Perniagaan, Ekonomi, Pendidikan al-Quran & Sunnah, Syariah, Bahasa Arab, Sains Rumah tangga, Pendidikan Moral, Sains Sukan, Pendidikan Seni dan Tasawwur Islam.

Untuk calon STPM pula terdapat 10 subjek yang diajar iaitu Perakaunan, Sejarah, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Melayu, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Biologi, Fizik dan Pengajian Am.

Sementara untuk pelajar dari tingkatan satu hingga tiga ada tujuh subjek yang diajar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Planet Mahir Perkenal Duta

Pada majlis tersebut, Dato’ Mohd Husni Mohammad Salleh, Pengerusi Eksekutif Planet Mahir turut mengumumkan pelantikan Nizal Mohammad sebagai Duta Besar mereka yang baharu.

tuisyen online spm
Dato’ Mohd Husni menyampaikan simbolik pelantikan Nizal sebagai Duta.

Sebagai bekas pengacara sebuah stesen televisyen TV3 yang dikenali, lantikan Nizal diharapkan dapat meningkatkan impak pada platform Planet Mahir dengan ketara seterusnya menjadikan mereka sebagai platform tuisyen online terbaik di Malaysia.

Pengikut media sosialnya yang ramai, ditambah pula dengan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kreativiti dan inovasi, sudah pasti akan mengukuhkan penciptaan kandungan dan membawa perspektif segar dan dinamik ke platform Planet Mahir.

Tentang Planet Mahir

Planet Mahir merupakan platform pendidikan yang menawarkan perpustakaan video tuisyen yang luas untuk pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 terutamanya untuk calon-calon peperiksaan SPM & STPM dan kursus pembelajaran kemahiran atas permintaan.

Terdapat seramai 120 tenaga pengajar yang berdedikasi dan hampir 1000 jam penyediaan kursus, Planet Mahir teguh dalam misi untuk memecahkan halangan dalam mencapai pengetahuan dan pembelajaran. Mereka percaya kepada kuasa pendidikan untuk mengubah kehidupan dan komited untuk menyediakan sumber pembelajaran yang berkualiti tinggi kepada para pelajar.

Hubungi Planet Mahir untuk sebarang pertanyaan di emel admin@planetmahir.com atau 013-6833184.

Baca juga: https://nitasawal.com/myresultspm-moe-gov-my-cara-daftar-dan-login/

Leave a Comment

error: Content is protected !!