Rawatan muka membantu mencerahkan kulit sentiasa menjadi idaman wanita. Bila bercakap bab kecantikan kulit muka, wanita tak pernah rasa jemu. Selain minum air masak secukupnya, makan makanan berkhasiat, pemakaian produk penjagaan muka, rawatan kecantikan membantu kita mendapatkan kulit muka yang berseri dan sihat.
Table of Contents
Siapa yang biasa buat rawatan muka tentu biasa dengar jenama Dermalogica kan? Jenama penjagaan kulit profesional nombor satu di seluruh dunia ini sememangnya popular kerana rata-rata penggunanya mengakui keberkesanan rangkaian produk ini selepas menggunakannya.
Sempena sambutan Hari Wanita pada awal Mac lalu, Tini’s Spa iaitu spa kecantikan dan pelangsingan mesra Muslimah meraikan pelanggan-pelanggan setianya dalam acara eksklusif Treat It Like A Pro di cawangan Shah Alam bersama Jodi Ayre, International Training Manager, Dermalogica dan Pengasas Tini’s Spa, Hartini Halim.
![rawatan muka](https://nitasawal.com/wp-content/uploads/2024/03/demo.jpg)
Dalam acara tersebut telah diadakan pelancaran dua rawatan terbaharu iaitu Pro Dermaplaning dan Pro Power Eye Peel selain turut memperkenalkan produk terbaharu, Pro Collagen Banking Serum.
Jodi turut membuat demostrasi rawatan Pro Dermaplaning dan rawatan mata menggunakan Pro Power Eye Peel. Semua tetamu teruja menyaksikan hasil keberkesanan kedua rawatan tersebut.
Selain itu kami turut berpeluang merasai tekstur produk Pro Collagen Banking Serum yang sangat lembut dan ringan selepas ia disapu pada kulit.
Apa Rawatan Muka Pro Dermaplaning Dan Pro Power Eye Peel?
Rawatan Pro Dermaplaning
Rawatan Pro Dermaplaning adalah satu teknik pengelupasan manual yang menggunakan Dermaplaning blade. Dermaplaning ini berfungsi untuk membuang lapisan kulit mati yang ada pada permukaan kulit dan menyingkirkan bulu-bulu halus yang memerangkap kotoran mikro yang tersebar dalam udara.
![rawatan muka](https://nitasawal.com/wp-content/uploads/2024/03/pro-dermaplaning.jpg)
Kebaikan Rawatan Pro Dermaplaning
Menurut Jodi terdapat beberapa kebaikan rawatan muka Pro Dermaplaning iaitu:
- Kulit mampu menyerap produk yang digunakan dengan lebih berkesan.
- Membuang bulu-bulu halus yang memerangkap kotoran dan minyak pada muka.
- Kulit lebih halus dan sekata.
- Mengurangkan jeragat dan bekas jerawat.
- Mengurangkan kedutan dan garis halus.
Dengan kata lain selepas melakukan rawatan muka ini, ia akan menghasilkan kulit wajah lebih halus dan lembut. Dermaplaning adalah rawatan yang selamat dan berkesan untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah seterusnya menyelesaikan masalah kulit kusam dan tidak bermaya menjelang hari raya nanti.
Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM188 untuk percubaan pertama berbanding harga asal RM388.
Rawatan ini boleh dilakukan pada semua jenis kulit, namun Jodi memberitahu mereka yang ada jerawat atau jerawat aktif perlu mengelakkan rawatan dermaplaning.
Sementara itu bagi yang mempunyai tona kulit yang kaya dengan melanin harus merawat kulit mereka 2 minggu sebelum itu dengan produk pencerah untuk mengurangkan risiko PIH (Post Inflammantory Hyperpigmentation).
Rawatan dermaplaning sebaiknya dilakukan setiap empat minggu dan paling terbaik disarankan untuk melakukannya dalam satu siri 3 hingga 6 rawatan.
Rawatan Pro Power Eye Peel
Rawatan Pro Power Eye Peel ialah pengelupasan kimia terkuat dan terpantas untuk mengurangkan lingkaran gelap sekeliling mata dengan bahan aktif AHA. Pendekatan tiga asid unik ini memberikan pengelupasan dalam dan penurapan semula yang 100 peratus khusus untuk anda.
Kebaikan Rawatan Pro Power Eye Peel
- Mencerahkan lingkaran gelap bawah mata
- Mencerakan jeragat dan bintik hitam sekeliling mata
- Sekatakan warna kulit dan tekstur
- Mengurangkan kedutan dan garis halus di sekitar mata
Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM128 untuk percubaan pertama, harga asal RM298.
![rawatan muka](https://nitasawal.com/wp-content/uploads/2024/03/power-eye-peel.jpg)
Tips Kulit Glowing Menjelang Lebaran
Semua orang nak tampil glowing di hari lebaran. Selain berpakaian cantik, wajah yang berseri dan sihat juga menjadi keutamaan kaum wanita di pagi raya. Selain melakukan rawatan muka di spa, korang juga perlu melakukan rutin penjagaan muka sendiri di rumah selain mengamalkan rawatan muka kusam ini agar tampil berseri.
Minum air secukupnya
Korang perlu kekal hidrat sepanjang bulan Ramadan. Pastikan anda sentiasa minum air sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari. Sebaiknya banyakkan minum air masak. Kekurangan air boleh memberi kesan pada badan dan kulit muka mudah menjadi kering, kusam dan kasar.
Jangan tidur lewat
Amalkan tidur awal setiap hari sekitar jam 10 malam supaya boleh bangun seawal 5 pagi dan masih mendapat tidur yang cukup. Sekiranya tidak cukup tidur, ia akan memberi kesan pada kulit wajah yang nampak kusam, tak bermaya, kering dan akan nampak lingkaran hitam di bawah mata.
Amal pemakanan sihat
Walaupun nafsu makan akan meningkat di bulan Ramadan, tetapi korang kena kawal pengambilan makanan kurang berkhasiat. Kurangkan makan makanan yang manis, tinggi garam, berproses dan makanan segera sepanjang berpuasa. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin dan mineral yang bagus untuk kulit.
Pakai produk penjagaan muka bersesuaian
Rutin penjagaan muka perlu dilakukan setiap hari bermula daripada pemakaian pencuci muka, toner, serum, pelembap dan sunscreen yang bersesuaian mengikut jenis kulit muka masing-masing. Jangan sesekali abaikan atau malas mencuci muka dan memakai skincare korang kalau nak tampil cantik berseri di hari raya.
Baca juga Moisturizer terbaik
Pro-Collagen Banking Serum
Serum yang mampu membantu melindungi dan memelihara kolagen kulit, ia menyokong kulit yang kelihatan lebih gebu, lebih bercahaya dan menghidratkan untuk membantu mengurangkan rupa garis halus pada masa hadapan. Ia menampilkan konsistensi gel-ke-serum. Produk ini mampu untuk meresap jauh ke dalam kulit.
Tini’s Spa Beauty & Slimming
Tini’s Spa Beauty & Slimming bermula sejak tahun 2005 mengkhususkan dalam perkhidmatan rawatan kecantikan untuk memberi ketenangan, menambah nilai dalam kehidupan wanita dengan urutan aromaterapi yang digemari dan rawatan wajah yang dihasilkan oleh Dermalogica.
Setiap pelanggan mendapat nasihat dan bimbingan tentang kesihatan kulit, kesihatan dalaman yang tepat daripada ahli terapis yang terlatih dan profesional demi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik. Rasai sendiri layanan terbaik perkhidmatan rawatan kecantikan di Tini’s Spa yang komited memberikan 100 peratus rawatan yang terbaik untuk para pelanggannya.
Sesungguhnya kecantikan wanita dari dalaman bermula dari penjagaan yang rapi dari luaran dan juga dalaman. Jadi, sayangi diri anda dan raikan tubuh anda di Tini’s Spa.
Tini’s Spa Near Me
Tini’s Spa mempunyai empat cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu:
- Seksyen 7, Shah Alam – 03-5523 5718
- Seksyen 8, Bandar Baru Bangi – 03-8928 9529
- Taman Dagang, Ampang – 03-4270 1292
- Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur – 03-7732 0099
Waktu operasi spa setiap hari Isnin sehingga Ahad (10 pagi hingga 8 malam).
Kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang rawatan, pakej, produk dan servis berkaitan dengan Tini’s Spa, boleh hubungi staf bertugas di platform berikut:
- WhatsApp : 019-3129606
- Website: tinispa.com.my
- Instagram: tinispa
- TikTok: tinispa
- Facebook: Tini’s Spa Beauty & Slimming