Glam Beautique AEON Mid Valley menjadi lokasi eksklusif acara Art Of Beauty Workshop powered by Shiseido. Kehadiran para peserta jemputan yang terdiri daripada blogger-blogger dan pempengaruh yang mengenakan pakaian bertemakan merah, putih dan hitam teruja berada di ruangan kecantikan tersebut.
Workshop di Glam Beautique AEON ini bukan sekadar tentang cara bermekap tetapi ia memberi pendedahan ilmu berkenaan penjagaan kulit wajah sebenar bermula daripada rutin pemakaian skincare hinggalah teknik solekan profesional menggunakan produk jenama mewah Shiseido yang sudah berusia 153 tahun dalam industri kecantikan.
Table of Contents
Hands-on Teknik Solekan Dari Pakar
Pelbagai ilmu dan teknik penjagaan kulit wajah serta solekan dikongsi oleh Alan Lim, Education Manager Shiseido yang berpengalaman lebih 23 tahun dalam industri kecantikan. Beliau berkongsi pengalamannya melalui pelbagai revolusi dalam bidang kecantikan.

Sebagai seorang Certified Trainer yang kerap berkongsi ilmu di bengkel-bengkel penjagaan wajah dan solekan, Alan berkongsi teknik dan tips untuk wanita sentiasa mempunyai kulit wajah yang sihat dan berseri serta pemakaian alat solek yang membantu memberi keyakinan pada diri sendiri.
Aktiviti Di Art of Beauty Workshop

Masing-masing tidak sabar untuk mencuba sendiri produk penjagaan wajah dan alat solek Shiseido yang disusun cantik di setiap meja peserta yang turut dilengkapi dengan make-up tools masing-masing. Walaupun semua hadir ke acara dengan wajah sudah siap bermekap tetapi untuk merasai sendiri pengalaman mencuba produk, semua tidak kisah untuk membersihkan muka daripada alat solek.
Alan telah membuat demo dan meminta semua peserta mencuba sendiri teknik betul dalam penjagaan wajah iaitu:
- Langkah demi langkah pembersihan wajah dari alat solekan bagi memastikan kulit benar-benar bersih.
- Pengunaan produk skincare yang betul bermula daripada pemakaian eye creme, losyen, serum, moisturizer, sunscreen jenama Shiseido sebagai langkah persediaan wajah sebelum memakai alat solek.
- Mencuba produk alat solek Shiseido iaitu foundation yang bersesuaian mengikut tona kulit muka masing-masing sebelum melengkapkan solekan.
Di akhir acara, para peserta diadili dan seorang peserta bertuah dipilih sebagai pemenang ‘Glam Beauty’ dan membawa pulang hadiah tajaan Shiseido.

Baca juga:
Kenali Glam Beautique AEON
Glam Beautique ialah pusat kecantikan premium yang hanya terdapat di AEON Mid Valley, AEON Bukit Tinggi dan AEON IOI City Mall, Putrajaya. Ia direka khas untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang mewah dan selesa produk penjagaan wajah, rambut, alat soek hingga wangian daripada jenama tempatan dan antarabangsa.
Apa Uniknya Glam Beautique?
Pemilihan Produk Terpilih
Ia menyediakan pelbagai pilihan produk penjagaan wajah, rambut, alat solek dan wangian daripada jenama tempatan yang dipercayai dan jenama antarabangsa yang terkenal di satu lokasi yang eksklusif dan selesa.
Pengalaman Peribadi
Perkhidmatan konsultan kecantikan yang berpengalaman dan mesra memberikan konsultasi bersesuaian mengikut keperluan setiap individu membuatkan pelanggan rasa dihargai.
Produk dan Tawaran Eksklusif
Koleksi eksklusif dan produk edisi terhad yang hanya ada di Glam Beautique, di samping promosi menarik dan tawaran value-for-money.
Pengalaman Kecantikan Mengasyikkan
Ruangan Glam Beautique AEON menyediakan kawasan interaktif yang membolehkan pelanggan mencuba produk sebelum membeli, memastikan kepuasan dengan setiap pembelian.
Kelebihan Membeli-Belah Di Glam Beautique
- Lokasi Mudah Akses – Terletak di lokasi AEON terpilih yang mudah dikunjungi oleh semua orang semasa melakukan aktiviti membeli-belah harian.
- Harga Berpatutan & Variasi Produk – Daripada jenama tempatan mampu milik kepada jenama antarabangsa mewah ia memenuhi citarasa dan poket masing-masing.
- Ganjaran Ahli – Faedah eksklusif, diskaun dan mata ganjaran kepada ahli AEON.

Perkhidmatan di Glam Beautique
- Analisis Kulit & Konsultasi – Pelanggan berpeluang mendapat info analisis tentang kulit mereka serta cadangan produk bersesuaian.
- Perkhidmatan Solekan – Ubah solekan wajah anda hasil sentuhan jurusolek profesional.
- Bengkel & Acara – Peluang menghadiri acara khas atau bengkel yang dikendalikan oleh peneraju pakar kecantikan.
AEON Beauty Rewards Untuk Ahli (13-15 Jun 2025)
- Percuma Baucar AEON RM30 dengan setiap pembelian RM350 ke atas di Glam Beautique atau Beauty Department.
- Peluang menyertai “Art of Beauty” Workshop bersama Shiseido di AEON Beautique Mid Valley.
Untuk maklumat lanjut, layari:
https://www.aeonretail.com.my/glam-beautique/
Ikuti juga di Facebook, Instagram, TikTok, X (Twitter) & LinkedIn: AEON Retail Malaysia
Ayuh alami sendiri pengalaman kecantikan di Glam Beautique yang pastinya memberikan jaminan kepuasan anda.