Sunscreen terbaik atau krim pelindung matahari menjadi salah satu produk skincare yang wajib ada dalam rutin harian saya. Tetapi kadangkala pakai krim pelindung matahari rasa tak selesa sebab ia membuatkan kulit rasa melekit dan warna kulit menjadi kelabu. Dulu saya main hentam sahaja guna produk krim pelindung matahari. Tapi selepas saya pakai hybrid sunscreen, tiada lagi masalah kulit kelabu dan kusam, ia terus jadi bff saya. Nak tahu apa sunscreen terbaik itu? Teruskan membaca perkongsian ini.
Kepentingan Sunscreen
Sunscreen atau krim pelindung matahari berfungsi melindungi kulit kita dan memainkan peranan penting menghalang sinaran ultra ungu (UV) daripada diserap oleh kulit. Sinaran UV boleh menyebabkan selaran matahari atau sun burn pada kulit wajah.
Terdedah pada cuaca panas terik tanpa krim pelindung matahari boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah kulit seperti berikut:
- Mengalami penuaan lebih awal dengan munculnya kedutan, garis-garis halus dan juga perubahan warna kulit.
- Menyebabkan kulit wajah nampak kusam dan bagi mereka yang mempunyai kulit kering lagi cepat muncul masalah jeragat dan melasma.
- Meningkatkan risiko masalah tona muka tidak sekata yang disebut sebagai ‘sun spot’ yang berwarna gelap dan ia biasanya akan muncul apabila usia semakin bertambah.
- Bagi yang mempunyai kuit jenis sensitif, penggunaan sunscreen terbaik bertindak sebagai pelindung kulit daripada sinaran matahari yang mudah menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit.
Chemical Sunscreen VS Physical Sunscreen
Ketika tiada lagi pendedahan tentang sunscreen/sunblock, saya keliru melihat pelbagai pilihan produk ini di pasaran yang ada dalam bentuk krim, losyen, gel dan cecair semburan. Mana satu yang sesuai dengan kulit kita?
Rupa-rupanya terdapat 2 jenis pilihan sunscreen yang dicipta untuk fungsi yang sama cuma bahan kimia yang digunakan dan tindak balasnya sahaja berbeza.
1.Chemical Sunscreen
Ia merupakan produk pelindung matahari yang berfungsi menyerap dan mengubah sinar UV menjadi tenaga yang kurang berbahaya sebelum ia meresap ke dalam kulit. Bahan-bahan utama dalam chemical sunscreen termasuk oxybenzone, avobenzone, homosalate, dan sebagainya. Apabila digunakan, bahan-bahan ini menyerap sinar UV dan mengubahnya menjadi tenaga yang kurang berbahaya, yang kemudian dikeluarkan oleh kulit.
Kelebihan utama chemical sunscreen lebih mudah disapu pada kulit dan kurang meninggalkan kesan putih atau berkilat pada kulit. Selain itu, ia biasanya kalis air, membolehkan perlindungan terus berkesan walaupun apabila berenang atau berpeluh. Ia kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif dan berminyak.
2. Physical Sunscreen
Ia juga dikenali sebagai mineral sunscreen, iaitu berfungsi dengan cara menghalang serta menyebarkan sinaran UV daripada meresap ke dalam kulit.
Kandungannya terdiri daripada unsur-unsur mineral seperti titanium dioksida dan/atau zink oksida. Apabila digunakan, pyhsical sunscreen akan membentuk lapisan di atas kulit, bertindak sebagai perisai fizikal yang memantulkan sinaran UV jauh dari kulit. Ini membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar UV.
Satu kelebihan utama physical sunscreen adalah ia lebih sesuai untuk kulit sensitif, kerana bahan mineralnya kurang menyebabkan kerengsaan atau reaksi alergi. Tambahan pula, ia memberikan perlindungan segera setelah penggunaannya, berbanding chemical sunscreen yang memerlukan beberapa minit untuk aktif bertindakbalas.
Kini terdapat ciptaan sunscreen terbaik iaitu hybrid sunscreen yang menggabungkan kedua-dua fungsi antara chemical dan physical sunscreen kepada kulit wajah.
Kenali Hybrid Sunscreen Yang Bagus
Hybrid sunscreen, atau juga dikenali sebagai “sunscreen kombinasi,” adalah inovasi terkini krim pelindung matahari yang menggabungkan ciri-ciri chemical dan physical sunscreen dalam satu formula. Gabungan ini membolehkan hybrid sunscreen menawarkan kebaikan daripada kedua-dua jenis krim pelindung matahari tersebut. Ia dapat memberikan perlindungan segera seperti physical sunscreen, sambil juga menyerap dengan cekap seperti chemical sunscreen. Oleh itu, ia mempunyai daya perlindungan yang lebih komprehensif terhadap sinar UVA dan UVB.
Satu lagi kelebihan hybrid sunscreen adalah ia kurang meninggalkan kesan putih (white cast) pada kulit berbanding dengan physical sunscreen. Ini membuatkan ia sesuai dipakai oleh semua jenis kulit.
Dengan kata lain, hybrid sunscreen terbaik bagi mereka yang mencari perlindungan menyeluruh dan serba guna daripada sinar UV. Ia menggabungkan kelebihan baik physical dan chemical sunscreen, memberikan perlindungan yang berkesan dan selesa untuk kulit.
Baca juga Kudis Buta
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Terbaik
Pertama kali tengok Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, hati terpaut dengan packaging yang kemas dan simple. Ternyata hybrid sunscreen terbaik ini bukanlah indah khabar dari rupa. Sapuan pertama kali di muka terus buat saya jatuh hati padanya.
Teksturnya yang lembut dan berkrim terus meresap pada kulit muka tanpa meninggalkan kesan kelabu dan paling penting ia membuatkan muka kita terus nampak glowing tau!
Seperti biasa setiap kali mencari sunscreen yang bagus untuk kulit, saya pasti akan membaca bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya. Bukan apa kita kenalah ambil tahu apa bahan yang digunakan sebelum kita sapu pada kulit muka.
Diformulasikan dengan kombinasi chemical dan physical sunscreen, ini adalah ciri-ciri terbaik Hybrid Sunscreen Aloe Vera:
1. Perlindungan Matahari
Sunscreen SPF 50+ PA +++ yang dapat melindungi kulit daripada rosak akibat sinar UV. SPF, atau Sun Protection Factor, ialah ukuran sejauh mana pelindung matahari melindungi kulit daripada sinaran UVB, sejenis sinaran yang menyebabkan selaran matahari (sunburn).
2. Melembapkan Kulit
Hybrid Sunscreen Aloe Vera terbaik untuk kulit kering kerana ia mengekalkan kelembapan kulit muka kita. Saya mempunyai kulit jenis kering, pernah ada pengalaman pakai sunscreen yang menyebabkan kulit saya bertambah kering. Tapi terperanjat bila pakai Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sebab kulit kekal lembap dan licin hasil formulasi bahan-bahan seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic dan Allantoin serta aloe vera yang terkenal membekalkan kelembapan pada kulit.
3. Mengurangkan Kerengsaan Kulit
Penggunaan bahan-bahan ekstrak semula jadi dari tumbuh-tumbuhan seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchid Extract yang membantu melegakan masalah iritasi dan kemerahan pada kulit jenis sensitif. Jadi, mereka yang kulit sensitif boleh pakai sunscreen terbaik ini.
4. Teksturnya Mudah Menyerap
Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini didatangkan dalam bentuk krim yang ringan, lembut, tidak berminyak dan tidak melekit apabila disapu pada wajah. Sapuan krim sunscreen ini sangat senang diratakan di seluruh muka dan mudah meresap ke dalam kulit sekaligus mengurangkan tenaga dan masa menyapu sunscreen pada wajah kita.
5. Skincare Untuk Kulit Berminyak
Tekstur Hybrid Sunscreen Aloe Vera yang ringan dan lembut menjadikan ia pilihan skincare terbaik, sunscreen untuk kulit berminyak. Sunscreen ini tidak berminyak langsung pada kulit wajah dan pantas meresap pada kulit. Tiada lagi rasa muka berminyak sepanjang hari bila memakainya. Memang selesa sangat! Fungsi aloe vera adalah untuk melembapkan wajah dan rasa segar sepanjang hari. Saya juga dah cuba buat eksperimen menggunakan kertas serap minyak. Memang jelas tiada kesan berminyak pada kertas serap minyak yang disapu dengan sunscreen.
6. Sunscreen Tanpa White Cast
Ini antara ciri penting yang saya suka sebab bila pakai Hybrid Sunscreen Aloe Vera ini ia tiada langsung white cast iaitu kesan putih yang boleh menyebabkan muka kita nampak bercapuk dan kelabu. Rasa smooth bila sapu pada muka dan nampak natural sahaja. Paling penting ia membuatkan kulit muka rasa lebih glowing. Memang sunscreen SPF 50 terbaik!
7. Mesra Wuduk
Paling saya suka sekali sebab aloe vera sunscreen SPF 50 ini juga sunscreen yang boleh basuh dengan air. Ia sangat memudahkan kita untuk mengambil wuduk sebelum bersolat. Hanya perlu bilas dengan air sahaja ia sudah cukup untuk menanggalkan pemakaian sunscreen pada muka. Tak perlu guna cleansing oil atau pencuci muka lain untuk membersihkannya. Sangat memudahkan!
8. Make-up Base
Ia bukan sekadar melindungi kulit muka kita daripada sinar matahari tetapi juga boleh berfungsi sebagai make-up base. Dengan kata lain lepas sapu sunscreen kita boleh terus pakai produk mekap yang lain sebab ia membantu tone up kulit wajah secara semula jadi.
9. Sesuai Semua Jenis Kulit
Aloe Vera Sunscreen SPF 50 sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit jenis sensitif kerana bahan-bahannya bebas alkohol, paraben, silikon dan sulfate. Teksturnya yang berkrim lembut dan tidak berminyak membuatkan orang kulit berminyak juga boleh memakainya tanpa masalah sumbatan liang pori yang boleh menyebabkan masalah jerawat.
Cara Pakai Aloe Vera Sunscreen
Ramai yang kurang memberi perhatian pemakaian sunscreen dalam rutin penjagaan kulit mereka. Cara pakai skincare yang betul mempengaruhi kesannya pada kulit kita. Jika mahukan kulit yang tidak sunburn, berjeragat dan cepat tua jangan abaikan pemakaian sunscreen setiap hari walaupun ketika berada di dalam rumah. Lagi satu kena rajin reapply sunscreen untuk kesan yang lebih baik.
Saya mengamalkan basic skincare routine yang betul seperti berikut:
- Double cleanse muka menggunakan cleansing oil untuk buang mekap yang ada pada wajah (waktu malam)
- Guna pencuci muka bersesuaian mengikut jenis kulit masing-masing.
- Exfoliate untuk membuang sel-sel kulit mati (seminggu dua kali).
- Pakai serum untuk memperbaiki masalah kulit dari dalam.
- Guna moisturizer untuk mengunci lapisan skincare dan mengekalkan kelembapan kulit.
- Pakai sunscreen terbaik sebagai pelindung dari sinar matahari (siang sahaja)
Cara pakai Aloe Vera Sunscreen terbaik untuk kesan yang lebih efektif.
- Pakai sunscreen selepas langkah memakai moisturizer. Sapukan sunscreen 15 minit sebelum keluar rumah bagi membolehkan ia meresep ke dalam kulit. Walaupun tidak keluar rumah atau cuaca di luar mendung atau hujan, saya tetap memakai sunscreen kerana sinar UV masih boleh menembusi kulit wajah kita.
- Kena ulang pemakaian sunscreen setiap dua jam sekali atau lebih kerap sekiranya berpeluh atau menghabiskan lebih banyak masa dengan aktiviti di luar rumah.
- Pakai sunscreen dalam kuantiti yang cukup untuk mendapatkan perlindungan yang berkesan.
Selepas menggunakan Hybrid Sunscreen Aloe Vera ini saya cukup berpuas hati melihat hasilnya. Tiada lagi masalah kulit kering atau bercapuk sepanjang hari. Cukup berbaloi membeli sunscreen terbaik ini kerana kulit muka kekal lembap, dilindungi dari sinaran UV dan mudah dibilas hanya menggunakan air setiap kali hendak mengambil wuduk. Memang berbaloi membawa krim pelindung matahari ini ke mana-mana sahaja.
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia