Meracle Salve Cara Pantas Kurangkan Sakit Kepala, Stres Dan Angin Dalam Badan

Meracle Salve mempunyai bentuk sama seperti balsam bibir tetapi ia berfungsi untuk mengurangkan beberapa masalah kesihatan seperti sakit kepala, stres dan membuang atau tolak angin dari badan. Kebanyakan wanita dan lelaki menjalani kehidupan dan gaya hidup yang aktif, terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya mendedahkan mereka kepada risiko stres dan sakit biasa seperti badan berangin, sakit kepala dan selesema.

Pelancaran Meracle Salve

Meracle Salve
Dari kiri, Puan Puspa, Datin Shamshida dan Dr Yasmeen.

Saya berbesar hati menerima undangan ke majlis pelancaran Meracle Salve oleh The RPF Sdn Bhd di sebuah hotel terkenal di bandaraya Shah Alam pada hujung minggu lepas. Majlis dihadiri oleh Pengasas The RPF Sdn Bhd, Puan Puspa, Dr Yasmeen Mohammed, Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee dan Datin Seri Shamshida Taharin yang turut sama hadir merasmikan pelancaran produk Meracle.

Produk Salve ini diformulasi oleh Dr Yasmeen Mohamed, seorang saintis yang terkenal telah mencipta pelbagai produk kesihatan dan juga pengasas Support Group Cancer yang membantu ramai pesakit kanser menjalani rawatan kimoterapi.

Meracle Salve
Dr. Yasmeen Mohammed menyampaikan ucapan di majlis pelancaran.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana selepas melalui pelbagai ujian akhirnya produk yang memberi manfaat kepada semua orang yang kerap mempunyai masalah berangin, stres dan sakit kepala berjaya dilancarkan.

Menurut Dr. Yasmeen, tagline Meracle iaitu ‘Selesa, Semula Jadi’ sememangnya memberikan rasa kelegaan kerana dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sering dialami oleh para pesakit terutamanya penghidap kanser.

Sapuan Meracle yang lembut dan berangin dapat memberi ketenangan, keselesaan dan kelegaan apabila digunakan pada bila-bila masa oleh semua orang dari usia bayi hingga dewasa.

Sementara itu, pengasas Meracle Salve, Puspa bersyukur kerana impiannya untuk mengeluarkan produk yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang tiada sebarang kesan sampingan kepada pengguna. Beliau berharap dengan adanya salve tolak angin ia dapat menjadi alternatif cara kurangkan sakit kepala, stres yang sering dihadapi oleh semua lapisan masyarakat.

Puan Puspa bersyukur dengan pelancaran produk Meracle Salve.

5 Perkara Menarik Tentang Meracle Salve

1. Kurangkan Sakit Kepala

Dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti halia muda, pudina dan eucalyptus (kayu putih). Seperti kita sedia maklum tiga bahan utama tersebut mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan manusia. Halia muda bagus untuk membantu mengekalkan peredaran darah normal dan menguatkan imuniti. Pudina pula sangat bagus untuk menyegarkan nafas, melegakan hidung tersumbat dan sakit kepala. Sementara eucalyptus sangat bagus membantu mengurangkan sakit kepala.

2. Tiada Bahan-Bahan Berbahaya

Tidak menggunakan kapur barus, paraben dan paraffin. Menurut fakta dari Facebook Public Health Malaysia, produk sapuan mengandungi kapur barus atau camphor boleh mengakibatkan sawan dan berbahaya jika digunakan oleh kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah.

Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Saiz comel mudah dibawa ke mana-mana.

3. Saiz Kecil

Saiz yang kecil seberat 6.5 gram memudahkan di bawa ke mana-mana sahaja sama ada dalam poket atau beg tangan. Meracle ini diisi ke dalam bekas plastik sama seperti bentuk balsam bibir.

4. Mudah Digunakan

Produk salve tolak angin pertama dalam pasaran yang berbentuk ‘soft stick’. Ia boleh disapu tanpa menyentuh tangan dan terjamin bersih. Tekstur produk dalam bentuk salve lembut mudahkan sapuan. Disebabkan sifatnya yang diperbuat daripada bahan semula jadi, teksturnya lebih lembut daripada balsam, jadi pengguna tidak perlu menekan terlalu kuat apabila disapu pada kulit.

5. Mesra Jemaah Haji Dan Umrah

Oleh kerana diperbuat daripada bahan semula jadi, salve ini tiada sebarang bauan dan ia amat sesuai dibawa oleh mereka yang ingin mengerjakan haji dan umrah tanpa perlu merasa risau boleh membatalkan rukun haji dan umrah mereka.

Cara penggunaan Meracle

Apabila mengalami sakit kepala, sapu di bahagian belakang tengkuk, di belakang telinga, di atas bahagian telinga atau tempat yang mengalami ketidakselesaan. Sapu dengan kadar mencukupi. Selalunya keselesaan akan dapat dirasakan selepas setengah jam sapuan dibuat. Walau bagaimanapun setiap individu akan mengalami tindak balas yang berbeza.

FAQs

S: Bagaimana pelanggan boleh mendapatkan Meracle Salve?

J: Pelanggan boleh membeli terus dari farmasi/outlet yang terpilih, dari website mahupun Drop shippers.

S: Berapakah harga Meracle Salve?

J: Harga Retail adalah RM25 setiap satu bagi pelanggan yang membeli terus dari kedai retail. Bagi pelanggan yang membeli secara atas talian, mereka perlu membayar harga pos sebanyak RM8. Jika beli 4 unit membolehkan pelanggan mendapat pos secara PERCUMA.

S: Apakah kebaikan Meracle Salve?

J: Ia membantu untuk membuang/ tolak angin dari badan, mengurangkan sakit kepala
dan mengurangkan stres.

S: Bagaimanakah cara menghubungi pejabat Meracle Salve?

J: Pelanggan boleh menghubungi terus No Careline : 0111-6895296 untuk sebarang pertanyaan atau sokongan berhubung dengan produk atau berhubung dengan Meracle HQ di website mahupun di platform media sosial lain seperti:

Tik Tok : meracle.my
IG : my.meracle
Fb : meracle

Leave a Comment

error: Content is protected !!