Jumpa Lagenda Manchester United, Edwin van der Sar, di AEON Mall

Edwin van der Sar di AEON Mall | Kalau anda peminat bola sepak sejati, lebih-lebih lagi penyokong setia Manchester United, ini berita paling ‘legend’ untuk anda.

Edwin van der Sar, penjaga gol lagenda yang pernah membawa Red Devils menjulang pelbagai kejuaraan, akan datang ke Malaysia!

Ya betul, bukan main-main. Beliau akan mengadakan Meet & Greet eksklusif di beberapa lokasi AEON Mall di seluruh negara bermula 1 Ogos 2025

Edwin van der Sar di AEON Mall!

Edwin van der Sar di Aeon Mall

AEON MALL kembali lagi dengan acara “Active Beat 3.0” yang dianjurkan untuk menyemarakkan semangat kesukanan para pelanggan dan peminat bola sepak khususnya. Acara ini telah bermula sejak 15 Julai sehingga 31 Ogos 2025.

Tahun ini, AEON MALL secara eksklusif membawa lagenda penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar dalam acara Meet & Greet.

Ini peluang keemasan untuk peminat bola sepak bukan sekadar untuk tengok dari jauh sahaja, tetapi berpeluang beramah mesra, bergambar dan mungkin dapat tandatangan eksklusif daripada Van der Sar sendiri!

Mengenali Edwin van der Sar

Buat yang baru berjinak dengan dunia bola sepak, Edwin van der Sar bukan calang-calang nama. Beliau merupakan penjaga gol legenda dari Belanda yang pernah beraksi untuk kelab-kelab besar seperti Ajax, Juventus, Fulham dan tentunya, Manchester United. Antara pencapaiannya:

Edwin van der Sar di Aeon Mall
Kredit foto: espn.com
  • Juara Liga Perdana Inggeris (4 kali bersama Manchester United)
  • Juara UEFA Champions League 2008
  • Pemegang rekod clean sheet terpanjang dalam EPL
  • Lebih 130 kaps bersama pasukan kebangsaan Belanda

Dengan kata lain, beliau boleh dikatakan antara penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak moden! Memang rugi tak rebut peluang berjumpa dengan Edwin van der Sar di AEON MALL.

Bila Dan Di Mana Meet & Greet?

Acara Meet & Greet bersama Edwin van der Sar di AEON MALL akan berlangsung di beberapa lokasi AEON terpilih di seluruh Malaysia iaitu:

 1hb Ogos 2025 (Jumaat):

  • 2:00 petang: AEON MALL Bukit Mertajam
  • 6:30 petang: AEON MALL Ipoh Station 18

2hb Ogos 2025 (Sabtu):

  • 2:00 petang: AEON MALL Bukit Tinggi
  • 5:30 petang: AEON Taman Maluri Shopping Centre

3hb Ogos 2025 (Ahad):

  • 12:00 tengahari: AEON MALL Tebrau City
  • 6:00 petang: AEON MALL Nilai

Cara Join Sesi Meet & Greet

Bagi melayakkan korang mendapat peluang bertemu ikonik bola sepak, Edwin van der Sar di AEON MALL, pastikan korang berbelanja di mana-mana outlet dalam AEON.

Syaratnya kena belanja paling minimum RM200 (pemegang kad Maybank) atau RM280 (bukan pemegang kad Maybank).

Pastikan korang gabungkan 3 resit pembelian pada hari yang sama tau!

Perlu diingatkan acara eksklusif ini tertakluk kepada terma dan syarat. Slot adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Active Beat 3.0 Dikuasakan Oleh Al-Ikhsan Sports

Bersempena dengan acara “Active Beat 3.0“, AEON MALL yang dikuasakan oleh Al-Ikhsan Sports, ia turut disemarakan dengan pelancaran pertandingan Spend & Win.

Edwin van der Sar di Aeon Mall

Hadiah Bernilai RM10,000 Untuk Dimenangi

Peserta yang join pertandingan Spend & Win berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000, termasuk 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin van der Sar.

Cara Menyertai Spend & Win

  • Berbelanja minimum sebanyak RM100 di Al-Ikhsan Sports dalam satu resit pembelian.
  • Hantar maklumat anda dengan cara mengimbas kod QR, isi borang dan muat naik resit pembelian.
  • Peluang untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah!

Selain Al-Ikhsan Sports, AEON MALL turut berkolaborasi dengan Maybank, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez dan Inner Casual (IC) untuk memeriahkan acara “Active Beat 3.0″.

Kenapa Korang Kena Datang?

  1. Jumpa Lagenda Masih Hidup Secara Live – Bila lagi nak jumpa idola bola sepak secara dekat dan personal kan?
  2. Aktiviti Football Friendly Eratkan Bonding Keluarga – Sesuai untuk semua peringkat umur, dari anak kecil sampai datuk nenek!
  3. Ambil Gambar Untuk Kenangan Seumur Hidup – Gambar anda dengan Edwin van der Sar? Confirm viral!
  4. Meriahkan Komuniti Peminat Bola Sepak – Inilah masanya untuk berjumpa dengan semua die-hard fans dan raikan semangat bola sepak!

Jangan Lepaskan Peluang Jumpa Edwin Van der Sar!

Bila lagenda turun padang – bukan atas padang bola, tapi ke shopping mall dekat dengan kita, jangan lepaskan peluang bertemu dengan Edwin van der Sar di AEON MALL! Tandakan kalendar anda dan ajak rakan-rakan serta keluarga untuk sama-sama meriahkan acara ini.

Kalau anda seorang Red Devil sejati, ini bukan sekadar acara, tapi detik bersejarah. Jumpa anda di AEON MALL bermula 1 Ogos 2025!

🔥 Glory Glory Man United! 🔥

Untuk info terkini, ikuti media sosial AEON Mall dan laman rasmi mereka.

Baca juga https://nitasawal.com/himpunan-superman-terbesar/ , https://nitasawal.com/glam-beautique-aeon/, https://nitasawal.com/kolaborasi-aeon-x-izzati-suza/, https://nitasawal.com/aeon-perkenal-jenama-in-house/

Leave a Comment

error: Content is protected !!