Cakechela 5.0 di AEON MALL Shah Alam mendapat sambutan meriah daripada pengunjung. Kalau sebut pasal kek, suasana santai dan musim perayaan ia sememangnya sesuatu yang sangat sinonim. Bersempena sambutan perayaan Krismas di penghujung tahun, AEON Mall berkolaborasi dengan komuniti KL Foodies menganjurkan acara Cakechela 5.0 – Indoor Christmas Picnic Edition.
Table of Contents
Acara yang berlangsung meriah di AEON Mall Shah Alam pada 21 Disember 2025 ini bukan sekadar pameran kek biasa, tapi satu pengalaman indoor picnic atau piknik dalam mall yang mengujakan ramai pengunjung dari awal sampai habis sambutan.
Penganjuran edisi kelima Cakechela 5.0 kali ini tampil dengan konsep yang lebih segar dengan vibe perayaan yang happening. Dari langkah pertama masuk ke ruang acara, aura memang terasa terutama dekorasi hiasan cantik, suasana cozy dan deretan kek yang disusun atas meja panjang cukup memikat mata dan perut!

Cakechela 5.0 di AEON Mall – Picnic Dalam Mall
Apa yang buat Cakechela 5.0 istimewa ialah konsep picnic-style yang santai dan mesra keluarga. Pengunjung boleh lepak bersama kawan-kawan dan keluarga sambil menikmati pelbagai kek yang dihias cantik dan pastinya menyelerakan. Memang sesuai untuk yang nak bersantai di hujung tahun tanpa perlu berpanas di luar.
Seawal melangkah masuk ke ruang acara, pengunjung sudah disambut dengan dekorasi yang cantik dan cozy. Gabungan elemen percutian, picnic dan perayaan memberikan vibe yang santai tetapi tetap meriah. Dari susunan tempat duduk ala picnic, pencahayaan lembut, sehinggalah ke deretan kek yang dihias penuh kreativiti, semuanya membuatkan suasana terasa hangat dan mesra – memang sesuai untuk aktiviti santai hujung tahun.
Ditambah pula dengan dekorasi hiasan acara tersebut berlangsung yang sangat Instagram-worthy, setiap sudut rasa macam ‘spot wajib ambil gambar’. Tak hairanlah ramai yang ambil peluang bergambar kenangan bersama orang tersayang.
Paling menyeronokkan apabila pengunjung berpeluang mengambil gambar di atas dekorasi menara kek yang menghiasi ruang hadapan acara ini.
Baca : https://nitasawal.com/kek-secret-recipe-harga-terkini/

Fokus utama Cakechela 5.0 sudah tentu pelbagai kek bertemakan Krismas yang bukan sahaja sedap dipandang, malah mencerminkan kreativiti para baker dan pencinta kek. Setiap kek dihasilkan dengan sentuhan unik, menampilkan elemen seperti Santa Claus, pokok Krismas, salji dan warna-warna perayaan yang ceria. Ia bukan sekadar pencuci mulut, tetapi juga karya seni yang mencuri perhatian ramai.
Sebahagian Kempen “Merrier Christmas Ever” AEON Mall
Cakechela 5.0 juga merupakan sebahagian daripada kempen besar “Merrier Christmas Ever” oleh AEON Mall yang berlangsung di semua 27 AEON Mall seluruh negara.
Di AEON Mall Shah Alam sendiri, pengunjung turut dapat menikmati tarikan seperti DC Chibi Super Heroes, termasuk inflatable berskala besar yang pertama di Malaysia sememangnya unik dan jadi tumpuan ramai, hasil kerjasama Warner Bros dan Pacific Licensing Malaysia.
Gabungan elemen hiburan global dengan suasana sambutan musim perayaan tempatan yang harmoni menjadikan pengalaman membeli-belah dan berhibur di AEON Mall Shah Alam lebih hidup, berwarna-warni dan mesra keluarga serta rakan-rakan.
Lebih Daripada Sekadar Acara Kek
Apa yang paling menarik tentang Cakechela 5.0 ialah nilai kebersamaan dan komuniti yang diketengahkan. Acara ini bukan sekadar mempamerkan kek, tetapi menjadi platform untuk menghubungkan masyarakat, mencipta memori manis dan meraikan musim perayaan bersama-sama. Ia mencerminkan usaha AEON Mall dalam menjadikan pusat beli-belah sebagai ruang gaya hidup yang lebih bermakna, bukan hanya tempat membeli-belah semata-mata.

Secara keseluruhan, Cakechela 5.0 berjaya membawa pengalaman musim perayaan hujung tahun yang berbeza dan segar kepada pengunjung AEON Mall Shah Alam. Dengan gabungan kek, suasana santai, dekorasi perayaan dan aktiviti komuniti, acara ini sememangnya meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Harapnya acara seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang, kerana jelas sekali ia membawa kegembiraan dan keceriaan kepada ramai orang.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan kempen perayaan AEON Mall, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi AEON Mall atau mengunjungi kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana pusat beli-belah AEON Mall.
Laman web: www.aeonmallmy.com
Facebook: AEON Mall Malaysia
Instagram: @aeonmallmalaysia
ramainya yang join!! walaupun piknik indoor pun masih lagi meriah ehhh! bestnya dapat makan kek banyak-banyakkk!!
memang meriah