AEON Mall Walking Challenge membuktikan komitmen pusat membeli-belah terkenal ini menyokong usaha kerajaan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.
Inisiatif ini dibuktikan pada majlis sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMMS) peringkat kebangsaan 2025, yang disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.

AEON amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama memeriahkan BMMS di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Table of Contents
AEON Rakan Strategik Bulan Malaysia Sihat Sejahtera
Sebagai lokasi pelancaran sambutan BMSS, suasana meriah dapat dirasakan di ruang legar utama AEON Mall AU2 Setiawangsa yang penuh dengan vibe sihat. Selain dimeriahkan dengan acara zumba, turut ada pelbagai booth aktiviti sukan dan riadah yang tersedia untuk para pengunjung.

Tidak ketinggalan pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, demo senaman dan bermacam lagi berkaitan dengan aktiviti menyihatkan.
Sebagai rakan strategik, AEON bukan sekadar menyediakan ruang di pusat beli-belah mereka, tapi turut menyatakan komitmen untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Menurut Encik Naser Jaafar, Ahli Lembaga Pengarah AEON Co. (M) Bhd dalam ucapannya, AEON bukan sahaja dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada pelanggannya, tetapi juga berpeluang memainkan peranan aktif dalam membina komuniti yang sihat dan sejahtera.
“Kami percaya bahawa pusat beli-belah bukan sekadar tempat untuk berbelanja. Ia juga boleh menjadi ruang komuniti dan tempat kita berkumpul serta berinteraksi untuk mengamalkan gaya hidup sihat.”
Sambutan Menggalakkan AEON Mall Walking Challenge
Inisiatif seperti ini direalisasikan dengan penganjuran AEON Mall Walking Challenge sejajar dengan komitmen AEON untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan dan riadah.
AEON Mall Walking Challenge telah berlangsung dari 1 hingga 20 September di kesemua 28 pusat beli-belah AEON di seluruh negara. Cabaran ini menggalakkan setiap peserta untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari di dalam pusat beli-belah mereka.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Sepanjang 20 hari penganjuran, lebih daripada 2,000 peserta telah menyahut cabaran ini. Kejayaan ini membuktikan bahawa masyarakat kita semakin prihatin terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.
Acara flag-off Mall Walking telah disempurnakan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad di perkarangan luar pusat membeli-belah AEON AU2 Setiawangsa dengan meriah dan penuh semangat oleh para peserta.

Dalam majlis pelancaran, turut disampaikan sijil The Malaysia Book of Records Most Steps Accumulated in a Shopping Centre Walking Campaign kepada AEON Mall.
Gaya Hidup Sihat Warga AEON
Selain menyokong gaya hidup sihat kepada komuniti setempat, AEON juga sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan seluruh warga kerjanya.
Sebagai majikan yang prihatin, AEON percaya kesihatan kakitangan adalah keutamaan kerana percaya warga kerja yang sihat dan cergas akan lebih fokus dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja.
Justeru untuk menggalakkan warga AEON menjaga kesihatan diri, beberapa program turut dianjurkan sebagai salah satu inisiatif positif amalan gaya hidup sihat iaitu:
- AEON Weight Loss Rally, sebuah program cabaran yang berlangsung dari Julai hingga November. Sepanjang tempoh ini, pelbagai aktiviti kesejahteraan diadakan bagi membantu warga AEON mencapai berat badan yang lebih sihat.
- Charity Run di Putrajaya – sebuah acara tahunan yang menggabungkan aktiviti riadah sambil beramal, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta sambil menyumbang kepada komuniti.
Apa Menarik Di Bulan Malaysia Sihat Sejahtera?
Melalui penganjuran BMSS, orang ramai diingatkan tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui amalan mudah seperti menjaga pemakanan, bersenam secara konsisten, mendapatkan tidur yang cukup, dan menguruskan stres.
Kempen ini akan diteruskan sepanjang bulan dengan pelbagai aktiviti di seluruh negara, memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekatkan diri dengan amalan hidup sihat. Antara aktiviti menarik yang menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah:
- Program senaman bersama komuniti
- Pemeriksaan kesihatan percuma
- Bengkel gaya hidup sihat
- Pameran pemakanan & produk sihat

AEON akan terus menyokong usaha-usaha sebegini kerana yakin bahawa kesihatan dan kesejahteraan adalah asas kepada komuniti yang lebih sejahtera dan produktif.
Marilah kita terus membudayakan hidup sihat, kekal aktif bersukan dan meningkatkan kecergasan diri demi masa depan yang lebih baik untuk kita semua.
Jom Mulakan Dari Diri Sendiri
Tak perlu tunggu sakit baru nak jaga badan. Mulakan langkah kecil yang mudah seperti pilih air kosong berbanding air manis, jalan kaki lebih banyak, dan cuba cari masa untuk bersenam walaupun sekejap.
Kalau kita semua ambil serius gaya hidup sihat, bukan badan sajaka lebih bertenaga, tapi hidup pun rasa lebih gembira.
So guys, sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, jom kita challenge diri sendiri – ubah tabiat kecil, satu demi satu. Ingat, kesihatan adalah rezeki paling berharga.
Baca juga https://nitasawal.com/himpunan-superman-terbesar/ https://nitasawal.com/edwin-van-der-sar-di-aeon-mall/ https://nitasawal.com/glam-beautique-aeon/