Himpunan Superman Terbesar di AEON Mall Bukit Indah, Johor telah berjaya mencatat rekod dalam Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai yang terbesar menghimpunkan seramai 1,007 orang peserta yang hadir memakai pakaian tema Superman.

AEON Mall berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 1,000 peserta berpakaian kostum Superman berhimpun di pusat membeli-belah tersebut, menjadikan ia antara penyertaan terbesar pernah direkodkan di Malaysia bagi acara bertemakan adiwira.
Table of Contents
Himpunan Superman Terbesar Yang Gempak
Wah, memang happening betul suasana himpunan Superman terbesar ini yang memperlihatkan kesemua peserta begitu sporting menggayakan pakaian bertemakan Superhero lagenda yang terkenal di seluruh dunia ini. Lautan warna biru merah memenuhi ruang AEON dengan pakaian Superman!

Himpunan Superman terbesar ini diadakan pada hari Sabtu, 12 Julai lepas sempena Superman Pop-Up Store Roadshow yang julung kalinya dianjurkan oleh pusat membeli-belah terkemuka AEON.
Acara unik dan penuh warna ini berjaya menghimpunkan ribuan peminat adiwira ikonik, Superman, dari pelbagai lapisan umur – kanak-kanak, remaja, sehinggalah orang dewasa yang membesar dengan watak legenda DC Comics ini.
Himpunan Superman terbesar yang bermula jam 2 petang di AEON Mall Bukit Indah, Johor ini merupakan destinasi pertama Superman Pop-Up Store Roadshow AEON.
500 Peserta Pertama Dapat Superman Cape Percuma
Menariknya himpunan Superman terbesar ini telah menawarkan hadiah Superman cape percuma kepada 500 orang peserta pertama yang hadir selain daripada peluang bergambar secara berkumpulan.
Kemuncak acara himpunan Superman terbesar menyaksikan peserta menggayakan fesyen masing-masing dalam Costume showcase dan mini catwalk yang turut menawarkan hadiah untuk peserta dengan pakaian paling menarik atau Best Dress Heroes.
Memang gempak betul Himpunan Superman Terbesar di AEON ini!
Superman Pop-Up Store Roadshow
Bagi peminat watak adiwira ikonik ini jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan sendiri hero pujaan. Bermula dari 1 Julai hingga 17 Ogos, Superman ‘terbang’ ke beberapa lokasi AEON terpilih dengan pelbagai aktiviti menarik.

Lokasi-Lokasi Yang Terlibat
- AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor) pada 1-13 Julai
- AEON Mall Nilai (Negeri Sembilan) & Kulai Jaya (Johor) pada 15-27 Julai
- AEON Mall Bukit Mertajam (Pulau Pinang) pada 29 Julai – 10 Ogos
- AEON Mall Taman Maluri (Kuala Lumpu) & Tebrau City (Johor) pada 29 Julai – 17 Ogos
Aktiviti Menarik Di Pop-Up Store
- Peluang membeli koleksi merchandise eksklusif Superman.
- Pelbagai peraduan dan peluang menang hadiah eksklusif barangan Superman.
- Rakam memori dengan mengambil gambar berlatar belakang seperti komik dan movie Superman.
Superman Parade – Heros On The Move!
Sepanjang berlangsungnya Superman Roadshow ini korang berpeluang untuk mengikuti perarakan bersama keluarga dalam gaya Superman!
Ini Lokasi Perarakan Superman Di AEON Terpilih
- AEON Mall Bukit Indah pada 12 Julai
- AEON Mall Kulaijaya pada 19 Julai
- AEON Mall Cheras Selatan pada 27 Julai
- AEON Mall Tebrau City pada 2 Ogos
- AEON Mall Taman Maluri pada 17 Ogos
Flash mob & muzik live menanti anda!
Acara ini bukan sekadar himpunan kostum Superman, malah turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan menyeronokkan yang menjadikannya pengalaman keluarga yang tidak dapat dilupakan oleh semua yang terlibat.
Pastikan korang bersedia untuk merasai keseronokan perarakan bersama ahli keluarga sambil join aktiviti menari bersama flash mob dan enjoy muzik live yang mengasyikkan!
Beli & Tebus – Barangan Eksklusif Superman
- Superman Blind Box Flask
Belanja minimum RM800 (bukan ahli) atau RM400 (ahli).

Barangan eksklusif ini tidak terdapat di AEON Mall cawangan Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang dan Melaka Shopping Center.
- Superman Pet Cape
Belanja minimum RM600 (bukan ahli) atau RM400 (ahli).
Pastikan anda gabungkan 3 resit pembelian pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL termasuk di AEON Retail.
Kira & Menang – The Superman Challenge
Kira jumlah logo Superman yang ada di AEON Mall yang korang pergi dan rebut peluang untuk menang hadiah menarik.
Hadiah Bernilai RM5,000
- Barangan Eksklusif Superman Edisi Terhad.
- Hanya 10 pemenang akan dipilih.
Aktiviti Lain Untuk Seisi Keluarga
Zon Foto Superman
Rakam gambar kenangan korang dan keluarga tersayang dalam suasana bandar replika “Metropolis” lengkap dengan replika Daily Planet, Fortress of Solitude dan banyak lagi.
Ruang Aktiviti Kanak-Kanak
Kanak-kanak boleh join aktiviti mewarna, larian mini Superman, serta bengkel membuat topeng adiwira.
Peraduan Khas Media Sosial Bersama Samsung
- Beli mana-mana TV Samsung di AEON MALL.
- Muat naik gaya Superman terbaik korang dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup.
- Menangi Samsung Music Frames bernilai RM1,999 untuk 6 pemenang bertuah.
Ini Sebab Peminat Adiwira Superman Wajib Datang
- Peluang bertemu adiwira Superman secara langsung.
- Aktiviti menarik untuk semua peringkat usia.
- Peluang untuk ambil gambar yang Instagram-worthy di photobooth bertema Superman!
- Ada hadiah eksklusif untuk dimenangi dan barangan koleksi terhad yang rare!
Pastikan korang sudah mark kalendar untuk serbu di AEON Mall yang tersenarai dalam perarakan Superman terhebat ini. Sebagai tanda sokongan, jangan lupa pakai kostum Superman atau watak adiwira lain pun boleh bagi memeriahkan suasana perarakan.
Jika anda peminat adiwira, pencinta seni pop, atau sekadar mahu pengalaman keluarga yang unik dan menyeronokkan, AEON Superman Roadshow ini memang wajib anda kunjungi!
Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.
- www.aeonmallmy.com
- Instagram: aeonmallmalaysia
Baca juga: https://nitasawal.com/glam-beautique-aeon/ , https://nitasawal.com/kolaborasi-aeon-x-izzati-suza/, https://nitasawal.com/aeon-perkenal-jenama-in-house/