Ustazah Asma’ Harun Berkolaborasi Dengan Fly High Education Lancarkan Juara Ummah

Ustazah Asma’ Harun, figura dakwah yang terkenal, kini secara rasminya melancarkan kolaborasi strategik bersama Fly High Education Centre dalam dunia pendidikan Islamik di sebuah majlis penuh bermakna di Shah Alam.

Dalam majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan pembukaan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1, sebagai sebahagian daripada program Juara UPKK, yang menawarkan kelas intensif secara dalam talian dan bersemuka untuk persediaan murid menduduki peperiksaan UPKK.

Ustazah Asma’ Harun Cetus Idea Pendidikan Islamik

Sebagai pendakwah dan tokoh pendidikan yang terkenal bercita-cita untuk melahirkan generasi barisan pelapis ummah anak-anak yang seimbang pencapaian duniawi dan ukhrawi, beliau mencetuskan idea sebuah inisiatif pendidikan terbaharu iaitu Juara Ummah.

Memilih pusat pembelajaran tuisyen terkenal Fly High Education Centre sebagai rakan kolaborasi strategik, inisiatif ini telah berjaya membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan Islamik.

ustazah asma' harun

Menyedari ramai ibu bapa masa kini semakin cakna akan kepentingan mengutamakan kejayaan anak-anak bukan sekadar dari segi akademik sahaja bahkan juga akhlak dan sahsiah diri, maka selaku figura yang aktif berdakwah, beliau melakukan satu pelaburan sebenar demi masa depan pelapis ummah dengan mengasaskan Juara Ummah.

Kejayaan sebenar bukan sekadar ‘A’ di atas kertas, tetapi ‘A’ dalam akhlak dan amal”. Maka kewujudan Juara Ummah ialah usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di sisi Allah SWT.

Juara Ummah Titik Mula Sebuah Perjalanan

Juara Ummah ditubuhkan bukan sekadar untuk program akademik semata-mata tetapi ia bertujuan untuk memberi fokus kepada pembangunan sahsiah dan jati diri Islamik para pelajar. Ia mensasarkan transformasi akademik dan akhlak khusus untuk pelajar di sekolah rendah terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan UPKK/PSRA.

Inisiatif ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar berprestasi tinggi dari aspek ilmu duniawi dan ukhrawi, menerusi modul berstruktur yang disusun, bimbingan berterusan dan inspirasi dari tokoh dakwah untuk menjadi pelapis pemimpin yang berjiwa Rabbani di masa depan.

usatazah asma' harun

Ia selari dengan motto yang dipegang teguh oleh Juara Ummah iaitu “Membina Generasi Cemerlang Akademik & Akhlak”.

Maka penglibatan aktif ikon pendakwah ini selaku penasihat spiritual, wajah rasmi kempen dan penyampai motivasi bulanan Juara Ummah diyakini mampu mencetuskan revolusi pendidikan Islamik dan menghasilkan generasi Ulul Albab dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia.

Modul Berstruktur Juara Ummah

Dalam usaha mencapai matlamatnya, pihak dakwah dan pendidikan Juara Ummah telah menyusun modul berstruktur sebagai komponen utama program untuk para pelajar yang berdaftar dengannya.

Juara UPKK

Kelas secara online dan bengkel bersemuka yang dirangka khusus untuk pelajar sekolah rendah khususnya tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPKK. Program bulanan Imtiyaz, Gempur dan Meroket – sesi pengukuhan dan ulang kaji yang dilaksanakan secara konsisten.

Ebook Ulul Albab

Panduan eksklusif untuk membantu pelajar menembusi sekolah berasrama penuh Ulul Albab yang akan ditawarkan dengan harga mampu milik serendah RM9.90, merangkumi panduan, tips, dan motivasi daripada tokoh ilmuwan.

Program Cakna Ummah

Kelas tuisyen secara online mampu milik dengan hanya RM99 sahaja untuk 4 subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik), serta tambahan subjek Sejarah untuk pelajar Tahun 5 dan 6. Ini adalah usaha untukmemastikan pendidikan berkualiti boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Dapatkan Lebih Banyak Maklumat Juara Ummah

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah rendah khususnya darjah 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan penting UPKK dan PSRA tidak lama lagi, rebutlah peluang bersama Juara Ummah untuk menyediakan anak-anak yang bukan sekadar berjaya cemerlang dalam akademik bahkan membentuk sahsiah dan jatidiri Islamik mereka di masa depan.

ustazaj asma' harun

Memetik kata-kata beliau semasa majlis pelancarannya “Sekiranya anak kita cemerlang UPKK, kita sedang menyediakan satu landasan yang sangat jelas, terang, bersuluh untuk masa depannya yang sangat jauh,” maka segeralah daftarkan anak-anak mengikuti Juara Ummah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran program dan acara akan datang, boleh layari media
sosial rasmi Juara Ummah di Instagram @juaraummah atau layari laman web rasmi di www.juaraummah.com

Baca juga Tuisyen Online SPM

Leave a Comment

error: Content is protected !!