Prosperity Blossom di AEON Meriahkan Tahun Baharu Cina 2026

Prosperity Blossom di AEON merupakan kempen terkini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang menyatukan nilai kekeluargaan, komuniti dan kemakmuran dalam satu pengalaman perayaan yang lengkap. Dengan pelbagai ganjaran eksklusif, kolaborasi premium dan aktiviti meriah, AEON MALL mengajak pengunjung meraikan CNY dengan lebih bermakna di 27 lokasi seluruh Malaysia.

Prosperity Blossom di AEON: Perayaan Berteraskan Kekeluargaan

Kalau anda sedang mencari tempat best untuk shopping, bawa anak-anak jalan dan raikan Tahun Baharu Cina 2026, kempen Prosperity Blossom di AEON memang tak boleh dilepaskan. Tahun ini AEON MALL tampil dengan konsep yang lebih meriah, penuh ganjaran dan sarat dengan aktiviti kekeluargaan.

prosperity blossom di aeon

Kempen ini diinspirasikan dengan kepercayaan iaitu kemakmuran akan menjadi lebih baik sekiranya ahli keluarga dan masyarakat saling bersama. ia bersesuaian dengan identiti AEON MALL sebagai destinasi gaya hidup sehenti. Kempen ini menggabungkan elemen membeli-belah, hiburan dan pengalaman perayaan di bawah satu bumbung.

Ganjaran Menarik Kempen Prosperity Blossom

Kalau kaki shopping, inilah masa paling best. Dengan pembelian minimum, pengunjung boleh menebus pelbagai ganjaran eksklusif yang memang berbaloi.

Kolaborasi Premium Prosperity Gift Bersama Jin Yeye

Sebagai tarikan utama, AEON MALL bekerjasama dengan Jin Yeye untuk memperkenalkan Premium Prosperity Gift yang menampilkan Abalone dan Bird’s Nest. Hadiah ini melambangkan kekayaan, kesihatan dan harapan yang baik untuk tahun baharu, sesuai untuk dijadikan hadiah istimewa atau dinikmati bersama keluarga.

  • Belanja RM800* (UOB / AEON Card Members) ataur RM1,000* (Non-UOB / AEON Card Members) dengan gabungan 3 resit pembelian pada hari yang sama.

Pengalaman Filem Tahun Baharu Cina di AEON MALL

Tahun Baru Cina memang tak lengkap tanpa movie CNY. Melalui kolaborasi bersama Film Engine, AEON MALL meraikan tayangan filem “Ah Beng & Liang Popo” dengan ganjaran menarik.

Tebus Hadiah Eksklusif Edisi Terhad

  • Movie Neck Pillow – hanya berbelanja RM600* (UOB / AEON Card Members) atau RM800* (Non-UOB / AEON Card Members)
  • Tiket Wayang – berbelanja RM400* (UOB / AEON Card Members) atau RM600* (Non-UOB / AEON Card Members) dengan gabungan 3 resit pembelian pada hari yang sama.

Koleksi & Ganjaran Perayaan

prosperity blossom di aeon

Prosperity Blossom Money Packet Edisi Khas

Tebus sampul duit Prosperity Blossom yang direka khas sebagai simbol tuah dan keberkatan untuk dikongsi bersama insan tersayang.

  • Spend RM150* (UOB / AEON Card Members) or RM250* (Non-UOB / AEON Card Members) dengan gabungan 3 resit pembelian pada hari yang sama.

Aktiviti Tahun Baharu Cina di 27 AEON MALL

Selain shopping, pengunjung boleh enjoy pelbagai aktiviti perayaan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Persembahan Tradisional & Perarakan CNY

Nikmati tarian singa, tarian kipas dan perarakan limau mandarin yang membawa simbol tuah dan kemakmuran.

Aktiviti Kanak-Kanak & Keluarga

Ada pertandingan kaligrafi kanak-kanak, bengkel DIY kreatif dan pelbagai aktiviti yang buat anak-anak teruja.

Meet & Greet Selebriti Filem Tahun Baharu Cina

Peminat filem CNY boleh jumpa pelakon kegemaran secara dekat melalui sesi Meet & Greet Roadtour yang diadakan di AEON MALL terpilih.

Jom Raikan CNY 2026 di AEON MALL

Kalau nak sambut Tahun Baharu Cina 2026 dengan lebih meriah, banyak ganjaran menarik dan mesra keluarga, AEON MALL memang pilihan terbaik. Jangan lupa singgah AEON MALL terdekat dan rasai sendiri kemeriahan perayaan ini.

prosperity blossom di aeon

Semuanya ada – shopping, makan, hiburan dan aktiviti keluarga. Kempen Prosperity Blossom 2026 bukan sekadar kempen perayaan, tapi pengalaman lengkap untuk cipta memori indah bersama orang tersayang.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial mereka atau lawati ke kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.

Baca juga https://nitasawal.com/cakechela-5-0-di-aeon-mall/

AEON Mall Walking Challenge

Leave a Comment

error: Content is protected !!