Cerita Raya 2026: Pengalaman Raya Paling Meriah di AEON MALL Seluruh Malaysia

Cerita Raya 2026 | Setiap kali Hari Raya tiba, antara perkara paling seronok untuk dilakukan, mestilah keluar membeli persiapan raya sambil menikmati suasana dekorasi yang cantik dan meriah. Tahun ini, AEON MALL tampil dengan kempen Cerita Raya 2026, satu sambutan Raya yang diinspirasikan daripada keindahan budaya Malaysia, warisan tradisi serta flora tropika yang penuh warna-warni.

Lebih menarik, kempen ini turut dijayakan dengan kerjasama Tourism Malaysia bagi mengetengahkan elemen tempatan yang menjadikan pengalaman raya di AEON MALL lebih unik dan bercirikan identiti Malaysia.

cerita raya 2026

Kempen Cerita Raya ini berlangsung dari 22 Februari hingga 29 Mac 2026, jadi memang banyak masa untuk anda datang menikmati suasana Raya yang meriah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dekorasi Raya Cantik Inspirasi Budaya Malaysia

Sebaik sahaja melangkah masuk ke AEON MALL sepanjang kempen Cerita Raya, pengunjung akan disambut dengan dekorasi raya yang memukau. Konsep tahun ini menampilkan gabungan seni tradisional Malaysia, flora tropika dan elemen budaya tempatan yang menjadikan suasana raya terasa lebih dekat dengan identiti negara kita.

Setiap sudut dihiasi dengan warna-warna ceria, bunga tropika serta sentuhan seni yang menggambarkan keindahan warisan budaya Malaysia. Memang tempat yang sesuai untuk OOTD Raya atau bergambar bersama keluarga!

Jumpa Maskot Comel AEON MALL: Wira & Manja

cerita raya 2026

Kalau datang bersama anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk bertemu maskot kesayangan AEON MALL iaitu Wira & Manja. Kedua-dua maskot ini akan membuat penampilan khas sepanjang kempen Cerita Raya.

Selalunya bila maskot muncul, suasana memang terus meriah — kanak-kanak paling teruja! Jadi bolehlah ambil gambar kenangan sekali.

Cerita Raya 2026 – Ganjaran Eksklusif

Selain membeli-belah untuk persiapan hari raya, pengunjung juga boleh menebus koleksi eksklusif Cerita Raya yang sangat terhad.

Antara ganjaran menarik yang ditawarkan termasuk:

Cerita Raya Pouch Bag (Kolaborasi Bayu Somerset)
Tebus dengan pembelian minimum:

  • RM800 untuk ahli AEON atau pemegang kad UOB Membercard
  • RM1000 untuk bukan ahli

Selain itu, terdapat juga beberapa koleksi menarik lain seperti:

  • Cerita Raya Floral Charms – tebus dengan pembelian RM600 (ahli) atau RM800 (bukan ahli)
  • Cerita Raya Money Packets – tebus dengan pembelian RM150 (ahli) atau RM250 (bukan ahli)

Memang sesuai untuk dijadikan koleksi atau hadiah Raya!

cerita raya 2026

Muzik Raya Dengan Sentuhan Moden

Tahun ini AEON MALL turut membawa elemen hiburan yang lebih moden melalui kolaborasi bersama Sony Music Entertainment.

Satu video muzik khas Cerita Raya turut dihasilkan menampilkan artis tempatan popular iaitu Bunga.

Lebih best lagi, akan ada promo tour di AEON MALL terpilih di mana pengunjung boleh merasai suasana muzik Raya secara lebih dekat dengan persembahan dan aktiviti bersama peminat.

Aktiviti Riuh Raya Sepanjang Kempen

Sepanjang kempen Cerita Raya, AEON MALL juga menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang dinamakan Riuh Raya.

Antara aktiviti yang boleh dinikmati termasuk:

  • Mochi Parade yang comel dan mencuit hati
  • Persembahan tradisional seperti gamelan
  • Persembahan budaya kuda kepang
  • Pelbagai showcase budaya Malaysia

Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mengenali kepelbagaian warisan budaya tempatan.

Jangan Lepaskan Cerita Raya Midnight Sale

Bagi kaki shopping, ini antara yang paling dinanti-nantikan!

Cerita Raya Midnight Sale akan berlangsung pada 14 Mac 2026 di beberapa AEON MALL terpilih iaitu:

  • AEON MALL Kota Bharu
  • AEON MALL Kuching Central
  • AEON MALL Seri Manjung
  • AEON MALL Nilai
  • AEON MALL Shah Alam
  • AEON MALL Tebrau City

Dengan waktu membeli-belah dilanjutkan hingga lewat malam, pengunjung boleh menikmati lebih banyak promosi menarik sambil mencari kelengkapan Raya seperti baju, kasut, kuih Raya dan dekorasi rumah.

Shopping malam-malam memang ada vibe Raya yang menyeronokkan!

Baca lagi https://nitasawal.com/cakechela-5-0-di-aeon-mall/

Destinasi Raya Seisi Keluarga

Secara keseluruhannya, Cerita Raya di AEON MALL bukan sekadar kempen membeli-belah biasa. Ia adalah satu pengalaman menyambut hari raya lengkap yang menggabungkan:

  • budaya
  • hiburan
  • dekorasi cantik
  • aktiviti keluarga
  • ganjaran eksklusif

Kalau anda sedang mencari tempat untuk shopping persiapan Raya sambil menikmati suasana perayaan yang meriah, AEON MALL memang destinasi yang patut masuk dalam senarai.

Jadi, jangan lupa singgah ke AEON MALL dari 22 Februari hingga 29 Mac 2026 dan alami sendiri kemeriahan Cerita Raya bersama orang tersayang!

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial atau treus ke kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.

Leave a Comment

error: Content is protected !!