Tarian singa dan CSR (tanggungjawab sosial korporat) merupakan inisiatif yang berbeza dalam menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina kali ini di AEON MALL. Dalam acara Mesra Chinese New Year di AEON MAL Bukit Tinggi bukan sekadar dihiasi dengan dekorasi cantik dan muzik perayaan, malah turut diserikan dengan satu inisiatif CSR yang penuh makna menerusi kempen Prosperity Blossom. Inisiatif ini menggabungkan elemen budaya tradisional dengan tanggungjawab sosial korporat demi menyokong generasi muda dan kelangsungan warisan budaya.
Table of Contents
Tarian Singa Dan CSR – Bila Perayaan Bertemu Kebajikan
Bersempena kempen Prosperity Blossom, AEON MALL telah menganjurkan satu majlis khas yang memberi tumpuan kepada pembangunan belia serta pemeliharaan seni tarian singa.
Program ini menjadi bukti bahawa sambutan perayaan bukan hanya untuk hiburan, tetapi juga boleh dijadikan platform untuk memberi kembali kepada komuniti.
Sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih istimewa kerana ia menggabungkan persembahan budaya dan tanggungjawab sosial sekaligus menjadikan sambutan Tahun Baru Cina di AEON MALL bukan biasa-biasa kali ini!
Majlis Sumbangan Penuh Makna
Tidak sempurna majlis CSR tanpa penyerahan sumbangan kepada pihak yang terpilih untuk menjadikan sambutan perayaan kali ini lebih istimewa dan bermakna.

Kepala Singa kepada 9 Persatuan Sekolah
Antara acara utama yang mencuri tumpuan ialah Majlis Sumbangan Kepala Singa, di mana sebanyak sembilan persatuan tarian singa sekolah dan pertubuhan kebajikan telah menerima sumbangan kepala singa baharu.
Antara penerima termasuk persatuan dari sekolah menengah dan badan kebajikan seperti Jing Sun Welfare Society, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Hin Hua High School dan beberapa lagi persatuan tarian singa di sekitar Lembah Klang.
Sumbangan ini bertujuan membantu persatuan sekolah yang sering berdepan kekangan kewangan untuk memiliki peralatan tarian singa yang lengkap dan berkualiti.
Sokong Belia dan Pemeliharaan Warisan Budaya
Inisiatif sumbangan kepala singa ini bukan sekadar pemberian fizikal, malah membawa mesej yang lebih besar, iaitu:
- Menggalakkan kesinambungan seni dan budaya tradisional
- Menyokong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
- Mengurangkan beban kewangan persatuan sekolah
- Membentuk disiplin, keyakinan diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar
Melalui tarian singa, pelajar bukan sahaja belajar tentang budaya, malah diasah dengan nilai seperti komitmen, kerjasama dan tanggungjawab.
Upacara Dotting of Lion Head Bersama Rakan Penaja
Selepas selesai simbolik penyerahan sumbangan daripada rakan penaja, kemeriahan majlis makin terasa apabila bermulanya upacara Dotting of Lion Head, satu ritual simbolik yang membawa maksud membuka “roh” singa untuk membawa tuah dan kemakmuran sebelum tarian singa yang dinantikan orang ramai bermula.

Upacara ini disempurnakan oleh wakil AEON MALL bersama rakan penaja seperti The Film Engine, Toy World Malaysia, Poh Kong, ITSU, Souper Tang dan Hock Kee.
Kerjasama antara AEON MALL dan rakan perniagaan ini melambangkan semangat perpaduan, sokongan bersama serta nilai kerjasama dalam menjayakan program komuniti yang berimpak tinggi. Program CSR AEON MALL sempena Tahun Baru Cina yang penuh makna dan berinspirasi.
Tarian Singa Simbol Kemakmuran
Kemunculan kepala singa berwarna merah jambu terang membuatkan suasana di AEON MALL Bukit Tinggi meriah sekali. Tarian yang dipersembahkan memberikan semangat dan kegemberiaan kepada kaum Cina yang akan meraikan Tahun Baru Cina.

Pihak pengurusan AEON MALL turut menyampaikan sumbangan angpau dan limau kepada kanak-kanak istimewa yang menjadi jemputan dalam majlis tersebut. Ia pastinya memberikan kenangan yang bermakna kepada mereka.
Komitmen AEON MALL Terhadap Komuniti Setempat
Sebagai pusat beli-belah yang dekat di hati komuniti, AEON MALL terus memainkan peranan sebagai korporat bertanggungjawab dengan menyokong program yang memberi manfaat jangka panjang. Usaha ini sejajar dengan matlamat AEON MALL untuk mewujudkan impak positif dan mampan kepada masyarakat, terutamanya sempena musim perayaan yang penuh simbolik.
Sambutan Tahun Baru Cina di AEON MALL Bukit Tinggi tahun ini jelas membuktikan bahawa perayaan boleh diraikan dengan lebih bermakna apabila digabungkan dengan nilai kebajikan, budaya dan sokongan kepada generasi muda.
Ternyata persiapan dekorasi di pusat membeli-belah ini bukan sekadar hiasan semata-mata, tetapi mempunyai mesej tersendiri yang menterjemahkan cara AEON MALL meraikan Tahun Baru Cina 2026 dengan penuh bermakna.
Baca https://nitasawal.com/prosperity-blossom-di-aeon/