Resepi Bingka Durian Guna Sukatan Cawan

Resepi bingka durian guna sukatan cawan memang resepi yang mudah dibuat. Mencari resepi bingka durian sedap dan mudah menjadi misi sis disebabkan banyak stok durian di rumah.

Bila musim durian dan harga makin ‘masuk akal’, mulalah sis dan suami yang memang hantu durian asyik membeli je. Disebabkan semalam cik suami beli seplastik durian maka terfikirlah nak buat resepi berasaskan durian.

Serawa durian dah buat, tapi nak ulang buat lagi sekali nanti hehe. Tempoyak durian pun dah selesai buat juga. Tinggal tunggu jadi je.

Mula-mula ingat nak buat kek lapis durian tapi macam malas pulak nak melapis hahaha…

Jadinya cik suami bagi cadangan buat bingka durian. Eh, kemain dia bagi cadangan. Sis dah lah sejenis tak berapa pandai buat kuih tradisional.

Kalau bingka labu memang selalu juga buat tapi durian tak pernah lagi. Tapi sis cubalah.

So mulalah google resepi bingka durian yang paling senang nak buat dan nampak sedap.

Jadinya sis berkenan dengan resepi bingka durian yang dikongsi oleh blog yatiememories. Hanya guna cawan je untuk sukatan bahan.

Mudahnya buat bingka durian

Bahan-bahan:
resepi bingka durian
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega (unsalted)
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
  • sedikit bijan
Cara-cara buat:
  1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Sapu mentega pada loyang bulat saiz 8×8 inci.
  2. Satukan semua bahan-bahan kecuali isi durian dalam mangkuk dan kacau guna whisk sampai sebati semuanya.
  3. Kemudian masukkan isi durian dalam adunan dan kacau sampai sebati guna blender.
  4. Tuang dalam loyang. Sebelum tu panaskan loyang dalam oven lebih kurang 3 minit. Tabur bijan jika suka.
  5. Bakar dalam oven selama sejam atau sehingga masak. Kalau suka permukaannya berkerak dan garing, tambah masa membakar guna api atas sahaja dalam masa lebih kurang 5-10 minit.
  6. Biarkan sejuk sekejap barulah boleh potong.
resepi bingka durian

Memang terasa duriannya bila makan bingka ni. Sepotong demi sepotong masuk dalam mulut sis. Eh, nasib sedar diri lepas tu pegi walking sekejap kat padang tepi rumah.

Nak tahu petua sambal nasi lemak sedap dan boleh tahan lama? Bacalah kat sini

1 comment / Add your comment below

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *