Kemudahan Individu Lengkap Vaksin Ikut Fasa Negeri

Kemudahan individu lengkap vaksin lengkap sememangnya dinantikan oleh rakyat Malaysia. Pengumuman khas yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang hari ini memberi sedikit kegembiraan oleh rakyat.

Sejak pelancaran rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 dan sehingga 6 Ogos 2021, sebanyak 23.6 juta suntikan dos vaksinasi telah diberikan di Malaysia.

Seramai 15.35 juta (65.6%) individu dewasa telah menerima dos pertama vaksin dan 8.25 juta (35.3%) individu dewasa pula telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Bahkan sejak 2 Ogos lepas, turut bermula pemberian vaksin secara ‘walk in’ di 10 lokasi PPV terpilih.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) YB Khairy Jamaluddin turut mengumumkan sasaran kerajaan pada hujung bulan ini ataupun sasaran Hari Kebangsaan 2021 ialah mencapai 50 peratus kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa di Malaysia.

Kemudahan Individu Lengkap Vaksin

kemudahan individu lengkap vaksin

Keputusan ini dibuat berhati-hati selaras denga data yang dikumpul di dalam negara tentang keberkesanan vaksinasi lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang digunapakai di seluruh dunia.

Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
  2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Kemudahan di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara

  1. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
  2. Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
  3. Ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
  4. Aktiviti solat sahaja DIBENARKAN di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.
  • Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.
  • Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat MESTI menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digitalvaksinasi COVID-19(digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
  • Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.
  • Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam.

Kemudahan individu lengkap vaksin untuk negeri fasa 2 dan seterusnya

Kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan bagi SEKTOR SOSIAL kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.

  1. Rentas daerah DIBENARKAN
  2. Aktiviti dine-In DIBENARKAN
  3. Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) DIBENARKAN
  4. Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.

Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada SELASA, 10 OGOS 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.

Negeri-negeri Mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negera (PPN)

Negeri-negeri Fasa 1 PPN

  1. Selangor
  2. Negeri Sembilan
  3. Johor
  4. Kedah

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negeri fasa 2 memenuhi indikator nilai ambang kes harian terbaru, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.

Negeri-negeri Fasa 2 PPN adalah seperti berikut:

  1. Kelantan
  2. Terengganu
  3. Pahang
  4. Perak
  5. Pulau Pinang
  6. Sabah

Negeri-negeri Fasa 3 PPN

  1. Perlis
  2. Sarawak
  3. Wilayah Persekutuan Labuan

Bagaimanapun Muhyiddin berpesan jangan kita mudah merasa selesa. Sekarang ini kita sedang berhadapan dengan cabaran varian-varian baharu yang lebih ganas seperti varian Delta.

Kadar penularan jangkitan varian-varian ini begitu cepat, jauh lebih pantas dari vairian-varian awal setahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.