Cara Zikir Diajar Rasulullah Paling Mudah
Amalan zikir cara diajar Rasulullah s.a.w merupakan satu ibadat yang mudah dilakukan dan balasan ganjaran dari Allah sangat hebat.
“Barangsiapa membaca SubhanaAllah selepas setiap sembahyang 33 kali, dan membaca Alhamdulillah 33 kali dan membaca Allahuakhbar 33 kali, kemudian mencukupkan bilangan 100 dengan Laailaaha Illalaahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qadiir diampunkan dosa-dosannya.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca: Subhaanallahi Wa Bihamdihi sehari 100 kali akan dileburkan segala kesalahan-kesalahannya.”
“Dua kalimah yang ringan disebutkan oleh lidah, tetapi amat berat dalam timbangan, juga amat dicintai oleh yang Maha Pengasih iaitu (1) Subhaanaallahi Wa Bihamdihi (2) Subhaanallaahil ‘Azhiim.”
“Sebaik-baik pertuturan kepada Allah Taala empat: (1) SubhanaAllah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa Ilaaha Illallaah, (4) Allahuakhbar. Tidak ada halangannya untuk memulakan yang mana satu dari yang empat itu terlebih dahulu.”
Jadi rajin-rajinlah lidah membaca zikir mudah diajar oleh Rasulullah s.a.w
- SubhanaAllah
- Alhamdulillah
- Laa Ilaaha Illallaah
- Allahuakhbar
- Subhaanaallahi Wa Bihamdihi, Subhaanallaahil ‘Azhiim
Hati & Badan Sentiasa Hidup
“Orang yang sentiasa ingat Allah yakni berzikir, hati dan badannya sentiasa hidup.Tapi orang yang tidak mengingat Allah seperti mayat hidup walaupun dia sibuk bekerja 24 jam dan sangat kaya raya tetapi hatinya mati.”
“Sebaik-baik amalan paling suci dan tinggi darjatnya, lebih baik daripada menderma emas dan perak atau lebih baik daripada kamu bertemu musuh dan kamu memegang leher mereka dan mereka memegang leher kamu (jihad fisabilillah dan mati syahid) adalah menyebut dan mengingat Allah SWT.”

Tq share ilmu ni…
Moga kita sama2 dpt manfaatnya In shaa Allah