Buka Akaun SSPN Online Semudah ABC

Dulu tak pernah terfikir cara buka akaun SSPN secara online ni senang. Rasa rugi sebab lambat tahu pasal akaun simpanan SSPN.

Semuanya bermula dua tahun lepas masa jadi Editor Pa&Ma. Masa tu aku dan bos kerap meeting dengan bos besar PTPTN.

Salah satu produk bawah PTPTN iaitu SSPN nak invest iklan dalam Pa&Ma.

Cik Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Operasi) dan Encik Ghafar (orang besar kat PTPTN, sekarang dah bersara) selalu cerita tentang kelebihan menyimpan dalam SSPN.

Bila dah tahu banyak kelebihannya, barulah tergerak hati nak buka akaun SSPN.

Sejak tu sis jadi “jurucakap” SSPN sebab ramai kawan-kawan, adik-beradik dan sedara-mara yang tak tahu pasal produk bagus ni.

Jenis Akaun SSPN

Sebelum nak buka akaun SSPN, kenalah tahu dulu pasal produk ni.

Ada dua jenis akaun SSPN ni

  1. Akaun SSPN i
  • Satu skim simpanan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah.
  • Pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
  • Boleh buka akaun dengan bayaran minimum serendah RM20 je.
  • Boleh keluarkan duit atau tambah duit bila-bila masa kita nak secara online.

2. Akaun SSPN i – Plus

  • Skim atau pelan simpanan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
  • SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Pakej SSPN i – Plus

  • Intan (RM30)
  • Delima (RM50)
  • Topas (RM100)
  • Zamrud (RM200)
  • Nilam (RM300)
  • Berlian (RM500)

Kelebihan buka akaun SSPN

buka akaun SSPN online

Akaun SSPN-i

  • Setiap sen simpanan dijamin kerajaan Malaysia.
  • Patuh Syariah – guna konsep Wakalah Bil Istithmar.
  • Dividen kompetitif mencecah 4% dan ke atas bergantung kepada keuntungan.
  • Deposit untuk buka akaun serendah RM20.
  • Tiada komitmen bulanan. Boleh masuk duit bila-bila sahaja.
  • Perlindungan takaful – Percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  • Simpanan bersih tahunan SSPN layak dapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN – setiap pelajar IPT yang nak memohon pinjaman disyaratkan buka akaun SSPN.
  • Geran sepadan maksimum RM10,000 bagi satu keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,000.

Akaun SSPN i-Plus

  • Simpanan dijamin kerajaan
  • Patuh Syariah
  • Dividen kompetitif
  • Elaun kemasukan hospital
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM15,000
  • Manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Khairat kematian – termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Komitmen serendah RM30 sebulan (pakej Intan)

Cara Buka Akaun SSPN Online

Mesti ramai ingat akaun simpanan SSPN ni hanya untuk anak-anak je. Rupanya kita silap.

Orang dewasa pun boleh buka akaun simpanan SSPN untuk diri sendiri. Sis pun buka untuk diri sendiri.

Bila Encik Ghafar kata rugi tak bukak akaun simpanan SSPN sebab ia antara simpanan yang tertinggi  bayaran dividennya.

Selain itu kita boleh simpan duit tanpa had limit dan boleh bawa keluar atau nak simpan bila-bila masa secara online atau di kaunter.

Syarat-syarat buka akaun SSPN sangatlah simple

  • Warganegara Malaysia
  • Pendeposit berumur 18 tahun ke atas
  • Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun
  • Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Okay sis nak share cara untuk yang pertama kali nak buka akaun SSPN. Klik je www.lovesspn.com

  1. Pilih produk – Nak SSPN-i atau SSPN-i Plus
  2. Skrol ke bawah, klik ‘Daftar SSPN-i/ SSPN-i Plus
  3. Klik pada pembukaan akaun, isi maklumat akaun, pilihan pakej (jika SSPN-i Plus) dan butiran peribadi.
  4. Pilih kaedah bayaran dan buat deposit bayaran.
  5. Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 48 jam pembukaan akaun secara online. Biasanya pendeposit akan dapat notifikasi di emel juga.

Buka akaun SSPN untuk yang tersayang

Lepas dah tahu banyak kelebihan simpanan SSPN, sis buka untuk tiga-tiga orang anak.

Setiap anak ada 2 jenis akaun iaitu SSPN-i dan SSPN-i plus. Sis pilih pakej yang serendah RM30 untuk SSPN-i Plus.

Untuk akaun SSPN-i mereka pula sis masukkan ikut giliran. Yang pasti sis akan pastikan dalam akaun layak untuk dapat pelepasan cukai.

Sis juga buka akaun SSPN untuk diri sendiri. Why not kan?

So dah 2 tahun sis layak claim pelepasan taksiran cukai sampai RM8,000 untuk akaun SSPN atas nama anak.

Yang bestnya juga bila ada akaun SSPN, kita boleh join macam-macam kempen yang mereka anjurkan.

Sepanjang kempen tu kalau kita tambah jumlah simpanan, maka kita berpeluang untuk menang pelbagai hadiah hebat.

Boleh dikatakan sepanjang tahun macam-macam jenis kempen dan cabutan hadiah ada untuk pendeposit.

Macam sekarang ni SSPN tengah ada kempen Stay Safe & Win.

Semua pendeposit yang join kempen berpeluang menang hadiah kereta Proton X50, kereta Myvi, laptop, baucar barang kemas dan macam-macam lagi.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok terus di website SSPN.

Lagi satu yang paling melekat kat kepala sis sejak 3 tahun kenal SSPN ni iaitu tagline dorang.

Simpan simpan simpan, jaminan masa depan

Jadinya marilah kita rajin-rajin menyimpan duit untuk kegunaan diri sendiri dan pendidikan anak.

Banyak pilihan ada di pasaran. Nak atau tidak je.

Lagi satu kena rajin-rajin buat research pilih jenis simpanan yang sesuai dengan kemampuan diri sendiri.

4 comments / Add your comment below

  1. itulah aku pun start 5 tahun dulu kut. lepas tu setiap kali keluar bond yang masuk 500 bdk akan dpt 500. aku dapat buat 2 kali kut. tapi tak boleh keluar sampai umur 18 tahun

  2. Dulu saya pernah simpan kak. Tapi lepas bertahun tak jadi apa, saya gi keluarkan.. hahaha. Macam syok pulak baca akak punya ni. Nanti boleh kembangkan ke sini balik.. kiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published.