Tips PdPR Kepada Ibu Ayah Murid Darjah Satu

Tips PdPR kepada ibu ayah murid darjah satu mesti ingin diketahui ramai yang terlibat. Menteri Kanan Pendidikan mengumumkan hanya calon SPM 2020 sahaja ke sekolah secara bersemuka pada sesi persekolahan 2021.

Pelajar sekolah lain pula belajar secara dalam talian sahaja setakat hari ini. Aku yang ada anak baru masuk darjah satu memang terasa cabarannya.

Apa PdPR Ni?

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR satu norma baharu yang cukup popular di kalangan ibu bapa sejak sesi persekolahan bermula.

Disebabkan Covid-19 masih lagi jadi ancaman kepada keselamatan dan nyawa manusia maka para pelajar tidak dapat menghadiri persekolahan seperti biasa.

Namun sesi pengajaran dan pembelajaran harus terus berjalan dan dibuat secara dalam talian. Suka atau tidak, itu pilihan normal baharu yang semua pihak kena terima dan mencari jalan terbaik untuk menjayakannya.

Tips PdPR
Anak aku excited dapat pakai headphone Baba dia belikan untuk PdPR

Kenapa PdPR Mencabar

Sebagai ibu kepada anak darjah satu yang belajar secara PdPR memang aku akui banyak cabarannya.

Selepas tiga tahun tiada anak bersekolah di sekolah rendah, tiba-tiba aku kena lalui benda baharu iaitu PdPR untuk si kecil.

Tahun lepas PdPR anak kedua yang tingkatan 3 tak terlalu mencabar sebab dia uruskan semua sendiri. Jadi, aku tak masuk campur sangat dan PdPR dia pun hanya berlaku di hujung tahun sahaja.

Jadinya tahun ni bila si kecil masuk darjah satu dengan aku sekali kena hadam tentang PdPR. Sesuatu perkara yang baru kepada semua ibu bapa.

Setelah 6 hari persekolahan, bukan sedikit rungutan dan komen yang didengari daripada ibu bapa, pelajar dan guru sendiri tentang pelaksanaan PdPR ni.

Daripada pemerhatian aku, ini antara cabaran PdPR yang paling utama.

  • Capaian internet terutama guru dan pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman.
  • Kemampuan menyediakan peranti seperti laptop, tablet atau handphone.
  • Fokus pelajar pada pembelajaran secara maya.
  • Persekitaran rumah kurang kondusif.
  • Kekeliruan komunikasi antara ibu bapa dan guru.
  • Kesukaran ibu bapa bekerja memantau pembelajaran anak di rumah.

Top Tips PdPR

Sudahlah PdPR itu sendiri mencabar, bayangkan pula ia perlu dilakukan pada murid darjah satu. Bertambah mencabar.

Murid darjah satu langsung tiada pengalaman pergi sekolah. Mereka tak tahu situasi belajar di sekolah sebenar sebab tadika lain environment nya.

Aku dan husband buat R&D sendiri macam mana nak kurangkan masalah dan cabaran PdPR anak aku darjah satu ni.

Ni antara solution yang kami buat:

  • Guna peranti yang anak paling suka. Contoh macam anak aku memang dia teruja dapat guna iPad lama aku.

Selalunya dia mintak untuk tengok Youtube Kids kat iPad. Aku hanya bagi dia tengok sekali-sekala je so bila dapat guna untuk PdPR dia jadi excited.

Tips PdPR
Bantu anak buat kerja sekolah
  • Tidur awal setiap malam. Macam anak aku memang sejenis kena tidur dengan mama dia so memang dengan aku sekalilah kena tidur awal.
  • Guna headphone atau speaker ketika PdPR. Disebabkan masih darjah satu dan takde pengalaman belajar dalam kelas, jadi suara cikgu kena jelas pada pendengaran mereka.

Mula-mula kami bagi dia guna headphone. Tapi risau pulak telinga boleh ada effect untuk jangka masa panjang. Tu tukar speaker.

Tips PdPR
Spekaer yang warna hitam tu. Gambar gelap pulak haha

Setakat baru seminggu sekolah, ni je tips yang pada pemerhatian aku berkesan untuk untuk anak aku yang darjah satu stay fokus masa PdPR.

Nanti bila dah start banyak kerja sekolah, aku nak kena fikir pulak kaedah untuk bagi dia fokus siapkan kerja-kerja tu haha.

Harap-harap semua ibu ayah anak-anak darjah satu dan sekolah rendah lain terus tabah dan stay strong untuk memastikan anak-anak kita tak tertinggal sepanjang PdPR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *